Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.bai/] | ممڤرباءيق

Definisi : menjadikan bertambah baik: rancangan-rancangan utk ~ taraf ekonomi orang Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.bai/] | ممڤرباءيق

Definisi : membuat supaya menjadi lebih baik (bagus, rapi dsb): Setiap orang harus berusaha ~ nasibnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperbaik


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memperbaiki atau memperbaik?Ejaan yang tepat ialah memperbaik.Ejaan09.08.2006
salam, adakah perkataan "memperbaiki" boleh digunakan? adakah menjadi kesalahn jika menggunak perkataan tersebut dari sudut tatabahasa?Perkataan yang betul ialah memperbaik, iaitu menjadikan bertambah baik. Perkataan memperbaiki digunakan dalam teks sastera lama yang bermaksud berbuat baik kepada. Oleh itu, penggunaan yang gramatis ialah memperbaik.Tatabahasa26.03.2012
Apakah perbezaan antara perkataan 'perbaiki' dan 'perbaik'Kata terbitan yang baku ialah memperbaik, iaitu membuat supaya menjadi lebih baik; dan memperbaiki, iaitu berbuat baik kepada.Tatabahasa28.10.2015
bagaimana cara untuk memperbaiki dan menguasai bahasa melayu

Saudara,

Cara yang terbaik untuk memperbaik dan menguasai bahasa Melayu adalah dengan banyak membaca  buku tatabahasa dan makalah yang disiarkan di dalam akhbar dan majalah,  membuat rujukan tentang penggunaan bahasa Melayu , memahami peraturan-peraturan dan pedoman bahasa yang sedia ada dan mengikuti perkembangan bahasa Melayu melalui pelibatan dalam kegiatan-kegiatan yang diadakan di tempat saudara.

Lain-lain11.11.2009
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Saya ingin minta cadangan terjemahan untuk frasa "Whire Makes Right" dalam bahasa Melayu. Adakah sesuai jika saya menterjemahkannya kepada "Orang Kulit Putih Memperbaik Keadaan"? Menurut Wikipedia, definisi "White Makes Right" ialah: "the belief that the white race is inherently superior to other races and that white people should have control over people of other races."Cadangan terjemahan bahasa Melayu bagi frasa white makes right ialah orang putih yang menguasai.Penyemakan dan penterjemahan26.12.2023
SAYA SUKA MEMBACA BUKU-BUKU MOTIVASI DIRI DAN NOVEL-NOVEL TAPI MALANGNYA SAYA SERING DI KETAWAKAN OLEH RAKAN-RAKAN KERANA SUSUNAN AYAT, EJAAN DAN PENGGUNAAN PERKATAAN YANG SALAH. KATA ORANG SERING MEMBACA ILMU PENUH DIDADA TAPI KENAPA SAYA BEGINI? :-(Untuk memperbaik penguasaan bahasa Melayu saudara, kami sarankan saudara banyak membaca buku-buku tentang bahasa, buku-buku motivasi dan novel pun boleh dibaca tetapi saudara hendaklah memilih buku-buku yang diterbitkan oleh penerbit yang menghasilkan buku-buku berkualiti seperti Dewan Bahasa dan Pustaka.Lain-lain24.11.2009
definasi yang lengkap tentang proses pemantauan dan penilaianBerdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, pemantauan berasal daripada kata dasar pantau yang bermaksud 1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb. Oleh itu, pemantauan bermaksud perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Penilaian pula bermaksud perihal atau perbuatan menilai, pentaksiran.Istilah30.07.2009
Apa maksud 'pemantauan"?

Saudara,

Perkataan pemantauan bermaksud  perihal (perbuatan, tindakan dsb) memantau. Maksud memantau ialah

1. menengok, melihat, menjenguk; 2. memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dsb) sesuatu perkara, fenomena dsb secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dsb: kerajaan sentiasa ~ harga barang keperluan asas agar para peniaga tidak mengambil kesempatan utk menaikkannya dgn sesuka hati;  Sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.  

 

Makna22.07.2009
As salam tuan di talian, Betulkan penggunaan perkataan memperbaiki atau perbaiki dalam ayat di bawah. 1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaiki karangannya yang lemah itu. atau 2. Saya akan perbaiki karangan saya yang lemah ini. Sekian terima kasih dan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha.1. Cikgu Salina meminta Salman agar memperbaik karangannya yang lemah itu.

2. Saya akan baiki karangan saya yang lemah ini.
Tatabahasa01.10.2014
Adakah betul penggunaan kosa kata dibawah DJ Radio : Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... - perkataan memantau adakah sesuai untuk pendengar radio? tqMemantau bermaksud memerhatikan dan memeriksa perkembangan (kemajuan, perjalanan dan sebagainya) sesuatu perkara, fenomena dan sebagainya secara kerap dan teliti, biasanya bertujuan utk mengawal, mencegah, memperbaik, mengawasi dan sebagainya. Dalam ayat "Terima kasih kerana anda masih lagi memantau siaran kami di... -" kata yang paling sesuai ialah mengikuti, memantau boleh juga diterima jika pendengar yang mengikuti siaran tersebut bertujuan untuk memerhatikan dan memeriksa perkembangan, contohny seperti pelajar yang membuat kajian tentang bahasa yang digunakan oleh juruhebah tersebut. Tatabahasa18.05.2008
123

Kembali ke atas