Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ce.kap] | ممڤرچکڤ

Definisi : menjadikan lebih (bertambah) cekap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempercekap


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emoticonemotikonTeknologi MaklumatTiadaSimbol yang ditaip dengan papan kekunci komputer untuk meringkaskan dan mempercekap komunikasi. Ia agak berkesan dalam menyampaikan perasaan pengirim e-mel. Emotikon berasal daripada perkataan emotional icon. Emotikon perlu diliha
Chief Information OfficerKetua Pegawai MaklumatTeknologi MaklumatTiadaPegawai yang tertinggi dalam hierarki jabatan yang merancang dan mengurus perihal aplikasi dan penggunaan teknologi maklumat dan sistem komputer . Tanggungjawab utama pegawai ini adalah untuk mempercekap aplikasi dan penggunaan sistem maklumat organisasi oleh kakitangan dalam syarikat atau organisasi tersebut. Tugas utama adalah untuk menyokong visi dan misi syarikat atau organisasi.
distributed computingpengkomputan teragihTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada persekitaran rangkaian atau topologi yang melibatkan penggunaan beberapa komputer untuk proses membuat keputusan, penyimpanan fail dan fungsi rangkaian lain tidak berpusat. Persekitaran ini biasanya terdapat dalam aplikasi klien-pelayan dan seni bina rakan-ke-rakan. Contohnya dalam situasi perniagaan, pengkomputan teragih melibatkan pelaksanaan pelbagai langkah proses perniagaan di stesen klien dan sebahagiannya pada pelayan untuk mempercekap proses transaksi. Sinonim pemprosesan teragih Banding pemprosesan terpusat, pemprosesan ternyahpusat.
professional advertisingpengiklanan ikhtisasKomunikasiKorporatPengiklanan yang disasarkan kepada kumpulan ikhtisas, seperti doktor, jurutera, peguam, akauntan, dan arkitek. Kandungan iklan ini boleh dalam bentuk barangan atau perkhidmatan. Iklan dalam bentuk perkhidmatan adalah seperti penawaran khidmat ikhtisas lain yang boleh membantu kecekapan pengurusan kelompok tersebut. Antara perkhidmatan tersebut termasuklah perkhidmatan membaik pulih peralatan perubatan, perkhidmatan pakar perisian komputer, dan sebarang bentuk pengurusan ikhtisas lain seperti khidmat perundingan penyelidikan yang diperlukan oleh kumpulan ikhtisas. Contoh iklan barangan untuk kumpulan ikhtisas ialah jenis ubat dan peralatan perubatan terbaru di pasaran untuk golongan doktor dan pakar perubatan. Terdapat juga perkhidmatan yang berkaitan dengan perisian pengurusan baru yang dicipta untuk mempercekap pengurusan bidang ikhtisas. Semua barangan dan perkhidmatan boleh diiklankan dengan menggunakan pendekatan dan saluran pengiklanan yang biasa diamalkan. Kadar kos yang dikenakan bagi setiap iklan adalah sama dengan kos untuk pengiklanan lain.

Kembali ke atas