Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.re.rat]/[mem.per.e.rat] | ممڤرارت

Definisi : menjadikan lebih erat: menggunakan sukan sbg alat utk ~ tali persahabatan; dia mempelopori usaha ~ kerjasama antara Britain dan Amerika; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.re.rat]/[mem.per.e.rat] | ممڤرارت

Definisi : 1 menjadikan lebih erat (bkn ikatan, genggaman dll). 2 menjadikan lebih erat atau lebih rapat (bkn persahabatan dll): Projek gotong-royong itu akan ~ hubungan antara penduduk kampung. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempererat


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Mohon penjelasan tentang penggunaan "mempererat"/"mempereratkan" kerana maklumat drp pihak Khidmat Nasihat Bahasa sebelum ini bercanggah.Penggunaan yang betul ialah mempererat. Pihak kami akan mengemas kini data dalam KNB.Tatabahasa11.06.2019
Sesuaikah ayat ini : Mempereratkan hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.Salam sejahtera,

Tuan,

Ayat yang betul ialah:

1. Mempererat hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.

2. Mengeratkan hubungan di antara kakitangan dengan orang ramai menerusi amalan kualiti.


Sekian, terima kasih.
Tatabahasa20.09.2017
1) Dalam Kamus Dewan dinyatakan bahawa sebutan 'erat' menggunakan e pepet. Namun, mengapakah komuniti masih menggunakan e taling untuk sebutan erat itu ? Justeru, adakah kita perlu mengikut Kamus Dewan ataupun kebiasaan dalam komuniti? Contoh: Bersukan mampu mempererat hubungan antara satu sama lain. 2) Apakah perbezaan antara 'bersama' dengan 'bersama-sama' ?

1. Walaupun perkataan ini tidak tergolong dalam homonim (seperti sepak dan sepak), masyarakat wajar menyebutnya seperti dalam pedoman/kamus.  

2. Bersama membawa pelbagai maksud, antaranya ialah bergandingan dengan, serentak dengan ataupun bersama-sama. Dalam hal ini bersama membawa banyak makna tetapi bersama-sama hanya bermaksud bergandingan dengan. 

Tatabahasa01.04.2010
Selamat sejahtera.Nak tanya,apakah perbezaan antara ukhuwah dengan silaturahim?Makna kata ukhuwah dan silaturahim ialah seperti yang berikut:

ukhuwah kata nama
perhubungan sebagai saudara; persaudaraan:

Contoh penggunaan
Masjid bukan hanya menjadi tempat kita mengabdikan diri kepada Allah, tetapi tempat mempererat ukhuwah sesama kita.
Manusia yang baik ialah manusia yang dapat menjalin dan mempererat ukhuwah antara sesama manusia.

ukhuwah Islamiah
persaudaraan dalam Islam;

silaturahim kata nama
1 hubungan persaudaraan melalui kekeluargaan dan perkahwinan:
Contoh penggunaan
Janganlah kamu memutuskan silaturahim dengan keluarga kalian, sekalipun mereka menyakitimu.

2 hubungan persaudaraan antara orang-orang Islam:
Contoh penggunaan
Sedekah dapat mengeratkan silaturahim sesama umat Islam.

Daripada takrif tersebut dapatlah diketahui perbezaan dan persamaan makna kata tersebut. Untuk mendapatkan keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020).
Makna03.12.2023
1. "Pasukan polis dan pasukan bomba berkawad.","Pasukan polis dan bomba berkawad". Ayat manakah yang betul? 2. "Azman hendak ke kedai tetapi Azman tiada teman.","Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman." Ayat manakah yang betul? 3. "Jangan kamu kesali akan kejadian itu.","Jangan kamu menyesal akan kejadian itu." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat(kesali/menyesal). Terima kasih. 4. "Kata-kata nasihat itu akan saya renungi.","kata-kata nasihat itu akan saya renungkan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (renungi/renungkan). 5. "Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit.", "Jangan kamu cuba mengaburkan mata saya dengan wang ringgit." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengaburi/mengaburkan). 6. "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan hubungan.", "Matlamat pertandingan itu adalah untuk mempererat hubungan." Ayat manakah yang betul? Sila berikan sebab dan contoh ayat (mengeratkan/mempererat). Terima kasih.1. Pasukan polis dan bomba berkawad.
2. Azman hendak ke kedai tetapi tiada teman.
3. Jangan kamu kesali akan kejadian itu. Ayat pasif bagi orang kedua menggunakan akhiran -i. 
4. Kata-kata nasihat itu akan saya renungi. Ayat pasif bagi orang pertama menggunakan akhiran -i. 
5. Jangan kamu cuba mengaburi mata saya dengan wang ringgit. Mengaburi bermaksud menjadi kabur dan mengaburkan bermaksud menyebabkan menjadi kabur.  
6. Matlamat pertandingan itu adalah untuk mengeratkan/mempereratkan hubungan.  Mengeratkan dan mempereratkan boleh digunakan dalam konteks ayat tersebut.
Sila rujuk kamus untuk melihat contoh penggunaan kata tersebut dalam ayat dan rujuk buku Tatabahasa Dewan untuk membina ayat dengan imbuhan yang betul.
Tatabahasa05.11.2014

Kembali ke atas