Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.hé.bat] | ممڤرهيبت

Definisi : menjadikan lebih hebat (ba­nyak, besar, dll), menambah supaya jadi lebih hebat (banyak, besar, dll): polis telah ~ usaha utk meng­hancurkan kongsi-kongsi gelap; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.hé.bat] | ممڤرهيبت

Definisi : menjadikan lebih hebat: Polis sedang ~ kegiatan mencari perompak-perompak itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hebat (adjektif)
1. Bersinonim dengan unggul: agung, handal, ternama, terkenal, termasyhur, terbilang, gah,

2. Rujuk hangat 3

Kata Terbitan : menghebat, menghebatkan, memperhebat, hebat-hebatan, kehebatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
juxtapositionjukstaposisiKesusasteraanTiadaTeknik meletakkan sesuatu perkataan, frasa, imej, dan konsep bersebelahan dengan perkataan, frasa, imej, dan konsep yang lain dalam sesebuah karya sastera. Jukstaposisi digunakan untuk memperhebat imej, menyerlahkan perbezaan atau persamaan, menyebatikan dan memperluas maksud melalui konotasi dan asosiasi imej. Contohnya, ungkapan �bulan dan dian� menyerlahkan persamaan sebagai sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana sumber cahaya, di samping menghidupkan suasana ceria dan harmoni. Sebaliknya, ungkapan �taufan dan kolek� menonjolkan kontra (perbezaan) antara kuasa perkasa, keganasan, dan ketidakupayaan, di samping menghidupkan suasana takut dan ngeri. Jukstaposisi dikenali juga sebagai penjajaran dan parataxis. Jukstaposisi berasal daripada perkataan Latin yang bermaksud �meletakkan sebelah-menyebelah�.
counterplotplot sampinganKesusasteraanTiadaJalan cerita dalam sesebuah karya yang lebih rendah tarafnya daripada plot utama. Jalan cerita menyentuh persoalan tema dan aksi pokok dalam naratif, drama atau teater. Plot sampingan boleh bersifat bertentangan dengan plot utama, tetapi berkaitan dengannya. Tujuan plot sampingan adalah untuk memperhebat atau menyerlahkan plot utama. Tindak tanduk antagonis yang berlawanan dengan watak utama boleh juga diperikan sebagai plot sampingan. Plot sampingan dikenali juga sebagai subplot. Lihat juga plot, struktur dramatik.
atmospheresuasanaKesusasteraanTiadaKesan yang dicipta dan dipertahankan dalam sesebuah karya sastera untuk menimbulkan persekitaran emosi yang tertentu. Kesan ini diperoleh melalui penggunaan dialog, latar, pemerian dan sebagainya serta menggabungkan perincian fizikal dan psikologikal. Suasana bertujuan untuk membangkitkan rasa dan nada yang menyelubungi sesebuah karya secara menyeluruh seperti suasana nestapa yang meruntum, suasana marah yang mengelodak, atau suasana seram yang meremangkan. Sekiranya ditangani dengan baik, suasana yang dibangkitkan itu dapat dirasakan sebagai suatu kehadiran yang ketara untuk memperhebat karya. Suasana berasal daripada perkataan Yunani atmosphere yang bermaksud �gumpalan wap�. Lihat juga mood.

Kembali ke atas