Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.rin.ci.kan]/[mem.per.in.ci.kan] | ممڤرينچيکن

Definisi : menghuraikan (membentangkan, menimbangkan) dgn teliti (per­kara, kira-kira, dll): setelah ditimbangkan dan diperincikan soal itu baharu diketahuinya di mana telah berlaku kesilapan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.rin.ci.kan]/[mem.per.in.ci.kan] | ممڤرينچيکن

Definisi : men­jadikan sesuatu dpt dirinci. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[mem.pe.rin.ci.kan]/[mem.per.in.ci.kan] | ممڤرينچيکن

Definisi : menghuraikan sesuatu sepenuh-penuhnya; menjadikan sesuatu dpt dibahagi-bahagikan atau dipecah-pecahkan: ~ kira-kira hutang piutang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperincikan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAH FUSSILAT

Surah Fussilat ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-41 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 54 ayat.

Surah ini dinamakan Fussilat (yang diperincikan)

kerana Allah S.W.T. memperincikan penerangan

melalui ayat-ayatnya. Surah ini menjelaskan bukti

kekuasaan dan keesaan Allah S.W.T. serta

membawa keterangan yang tepat bagi

menunjukkan kewujudan dan keagungan-Nya.

Surah ini juga menyatakan tentang kejadian alam

yang indah tersergam yang menggambarkan

ketinggian dan kebesaran kuasa Allah S.W.T..

Surah ini diturunkan selepas Surah Ghafir. Lihat

Surah Ghafir.

UMUM 
SURAT IKATAN

Surat ikatan ialah dokumen bertulis berhubung

dengan pemindahan hak milik harta. Surat ikatan

mesti ditandatangani oleh pihak yang memindah

hak milik. Dalam banyak kes, ia juga ditandatangani

oleh pihak yang menerima hak milik. Surat ikatan

juga mesti memperincikan harta yang dipindah

milik dan menunjukkan niat untuk memindah milik.

Surat ikatan ini hanya akan berkuat kuasa apabila ia

dihantarkan kepada pihak yang menerima hak

milik.

UMUM 

Kembali ke atas