Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.rin.dah]/[mem.per.in.dah] | ممڤراينده

Definisi : menambah keindahan (kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.rin.dah]/[mem.per.in.dah] | ممڤراينده

Definisi : menjadikan lebih indah; mempercantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperindah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, untuk kata "memperindah," PRPM menyebut "Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperindah." Akan tetapi, takrifan ada diberikan. Saya dapati ada kes-kes seperti ini. http://prpmv1.dbp.gov.my/Search.aspx?k=memperindah+ PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya, selain daripada Kamus Dewan Edisi Keempat, Kamus Dewan Perdana dan kamus-kamus lain terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka. Manakala tesaurus pula ialah buku yang mengandungi senarai kata seerti atau sinonim dan kata yang berkaitan maknanya, yang disusun mengikut sistem atau olahan tertentu. Sehubungan dengan itu, disebabkan fungsinya yang berbeza, tidak semua kata yang terakam dalam PRPM dilengkapi dengan maklumat tesaurus, termasuk perkataan “memperindah”.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan tesaurus, sila rujuk Tesaurus Bahasa Melayu Dewan Edisi Baharu. Tesaurus tersebut mengandungi kira-kira 5,400 entri utama dan 18,000 subentri yang dilengkapkan dengan pilihan sinonim dan kata-kata yang berkaitan serta lebih tersusun dan jelas berdasarkan pecahan makna dan kolokasi, selain dilengkapi  dengan kelas kata dan label geografi.
Lain-lain19.02.2022
mengindahkan kawasan sekolah atau memperindah kawasan sekolahmengindahkan bermaksud menjadikan indah, mencantikkan. memperindah bermaksud menambah keindahan(kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah(cantik). Oleh itu kedua-dua kata ini betul bergantung pada konteks dan maksud yang akan disampaikan.Tatabahasa19.03.2008
Apakah perbezaan di antara frasa - memperindahkan kawasan sekolah dengan frasa - memperindah kawasan sekolahPerkataan yang betul ialah memperindah.Tatabahasa29.07.2014
1. memperindahkan atau memperindah 2. memperdalamkan atau memperdalam 3. memperjuangankan atau memperjuang 4. memperelokkan atau memperelok 5. mempertahankan atau mempertahan 6. mempergunakan atau mempergunaPerkataan yang betul ialah memperindah, memperdalam, memperjuangkan, memperelok, mempertahankan dan mempergunakan.Tatabahasa10.07.2012
1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni / belon-belon yang berwarna-warni 2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat / merata-rata tempat.

1. Kami memperindah ruang tamu dengan belon yang berwarna-warni.

2. Mereka membuang sampah di merata-rata tempat.

Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan Kamus Dewan Edisi Keempat untuk keterangan lanjut.

Tatabahasa05.06.2010
Penggunaan perkataan yang betul: Sarima bergotong-royong dengan anak-anaknya bagi memperindah @ memperindahkan halaman rumah mereka.Jawapan yang sesuai:

Sarima bergotong-royong dengan anak-anaknya bagi memperindah halaman rumah mereka.
Tatabahasa11.05.2016
1. Kakak____rumah dengan menannam pokok bunga kertas. A. perindahi kawasan halaman B. memperindah kawasan laman C. mengindahkan kawasan halaman 2. Rumah banglo ____akibat kejadian tanah runtuh. 3. Kumpulan pelajar itu ____ gunung yang tertinggi A. terdaki B. mendaki C. berdaiki D. didaki1. Kakak memperindah kawasan laman rumah dengan menannam pokok bunga kertas. 
2. Rumah banglo ranap/musnah akibat kejadian tanah runtuh.
3. Kumpulan pelajar itu mendaki gunung yang tertinggi.
Tatabahasa21.03.2012
Adakah perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' untuk memaknai proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu menepati tatabahasa Melayu? Contohnya: Pemerindahan Sungai Gajus langkah yang baik bagi meningkatkan kedatangan pelancong. Pemerdalaman lubang itu perlu dilakukan segera supaya kerja lain dapat dilakukan. Pemercepatan prosedur pendaftaran meningkatkan kapasiti penerimaan pelanggan cawangan itu.Perkataan 'pemercepatan', 'pemerindahan' dan 'pemerdalaman' tidak menepati pembentukan imbuhan tatabahasa Melayu untuk maksud proses mempercepat, memperindah dan memperdalam sesuatu. Perkataan yang tepat ialah 'pencepatan', 'pengindahan' dan 'pendalaman'.
 
Tatabahasa07.04.2019
apakah maksud tahsihan atau pentahsihan?tahsihan atau pentahsihan (kata dasarnya tahsis) tiada dalam Kamus Dewan, yang ada ialah tahsin bermaksud hal memperelok dan memperindah bacaan al-Quran dr segala aspek spt tajwid, lagu dsb; dan tashih yang bermaksud pengesahan.Makna12.10.2007
Memperlebar dan memperlebarkan,apa bezanya?Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah. Contohnya, memperbesar dan memperindah.  Penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper...kan seperti memperbesarkan dan memperluaskan adalah tidak tepat. Oleh itu, perkataan yang betul memperlebar.Tatabahasa17.01.2011
12

Kembali ke atas