Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.pe.rin.dah]/[mem.per.in.dah] | ممڤراينده

Definisi : menambah keindahan (kecantikan), memperelok, menjadikan bertambah indah (cantik): ia tidak pernah menyorot sesuatu karya utk menunjukkan bagaimana unsur-unsur teknik dapat ~ karya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.pe.rin.dah]/[mem.per.in.dah] | ممڤراينده

Definisi : menjadikan lebih indah; mempercantik. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperindah


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ornate languagebahasa hiasKesusasteraanTiadaBahasa berbunga yang disifatkan satu teknik pengarang memperindah gaya bahasa karya ciptaannya.
ornateperhiasan penuh;bahasa hiasKesusasteraanTiadaBahasa berbunga yang disifatkan sebagai satu teknik pengarang memperindah gaya bahasa karya ciptaannya.
hydroculturehidrokulturPertanianAgroteknologiKaedah penanaman hidroponik yang menggunakan media cecair yang mengandungi nutrien lengkap. Satu contoh mudah untuk tanaman hidrokultur ialah dengan menggunakan keratan batang tumbuhan yang akarnya diletakkan di dalam larutan nutrien. Dengan menggunakan kaedah ini, tanaman akan mendapat keperluan air dan nutrien dalam tempoh yang lama. Tanaman ini unik kerana boleh memperindah kawasan selain dapat meningkatkan kesihatan melalui penghasilan udara yang bersih. Jenis tanaman yang biasa ditanam ialah tumbuh-tumbuhan untuk hiasan rumah atau pejabat.

Kembali ke atas