Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.je.las] | ممڤرجلس

Definisi : membuat lebih jelas: kita akan ~ keadaan ini dgn memberi dua contoh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperjelas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Minta memperjelas beza 'keesokan hari' dan 'esok'. Adakah 'keesokan hari' itu lewah? Saya tidak dapat pikirkan konteks penggunaan 'keesokan hari' yang tidak dapat digantikan dengan 'esok', bentuk yang lebih pendek dan padat tetapi sama makna.Esok merujuk hari sesudah hari ini; besok, manakala keesokan hari merujuk kepada esoknya.
Kedua-duanya tepat dan betul dan merujuk makna yang sama.
Makna04.04.2019
dapat memperjelas lagi kaitan istilah 'bumiputera' dengan istilah 'rakyat', kerana saya berpendapat ini boleh dipermainkan menjadi isu yang kontroversial.Dalam Kamus Dewan, maksud bumiputera ialah anak negeri, peribumi. Rakyat pula ditakrifkan seperti yang berikut: 1 seluruh penduduk sesebuah negara 2. anak buah, orang sebawahan 3. orang kebanyakan, orang ramai, orang biasa 4. pasukan perang, bala tentera. Walau bagaimanapun, untuk aspek yang lebih teknikal, puan perlu merujuk sumber yang sahih seperti Perlembagaan Persekutuan untuk memperincikan maksud bumiputera dan rakyat. Kamus Dewan hanya memberikan makna untuk difahami dan tidak melibatkan aspek teknikal atau perundangan.Istilah01.11.2012
Sukacita sekiranya pihak DBP dapat memberi sedikit penjelasa mengenai - Perjelas dan Menjelaskan dengan beberapa contoh. Terima Kasih.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana, perkataan “perjelas” merupakan kata pasif bagi perkataan memperjelas yang bermaksud 1. menjadikan sesuatu lebih jelas 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya).

Contoh ayat:
1. Gambar, ilustrasi dan rajah dapat memperjelas sesuatu keterangan dalam wacana.
2. Apa yang hendak diperjelas ialah tembakau yang ditanam di negara kita bukan penyebab utama kegiatan merokok.

Perkataan “menjelaskan” pula bermaksud 1. menerangkan atau menghuraikan sesuatu dengan terang dan dapat difahami 2. menyelesaikan atau membereskan (kerja, hutang dan sebagainya.

Contoh ayat:

1. Kertas kerja ini cuba menjelaskan bahawa reka bentuk busana Melayu menepati konsep dan selaras dengan nilai-nilai Islam.
2. Dia sekarang berjimat-cermat kerana hendak menjelaskan harga motokar itu.

Makna26.09.2022
Adakah kepenggunaan perkataan dari bahasa indonesia yang ada dalam rekod dbp dibenarkan dalam karangan malaysia? Adakah perkara ini dapat meningkatkan nilai serta mutu sastera melayu malaysia atau sebaliknya? Harap dbp dapat memperjelas masalah ini dengan lebih terperinci, terima kasih.Pihak DBP tidak membenarkan penggunaan bahasa Indonesia dalam penulisan dan sebagainya kecuali perkataan bahasa Indonesia yang telah diterima secara rasmi dalam bahasa Melayu.Lain-lain25.11.2015
penggunaan perkataan dan angka. Contoh: '....memberi tiga puluh (30) hari notis bertulis' Pertanyaan saya, perlu guna kedua-duanya atau guna salah satu. Jika guna perkataan 'tiga puluh' tak perlu lagi letak angka dalam kurungan.

Puan,

Kedua-duanya boleh digunakan. Penggunaan angka adalah untuk memperjelas maksud yang hendak disampaikan.

Ejaan03.09.2010
Bagaimanakah nak menjadi pendeta bahsa melayu seperti zaba ada petua bagi didorongnya kalau ada tip, saya akan boleh menjadi seorang munsyi yang membawa kegemilangan kekal bahasa.ada satu soalan yang masih meruncup yakni maksud jogi berhaman bujangga. Dalam soalan apakah maksud haman.tolong menerangkan dengan contoh ayat yang boleh dipakai.dalam contoh ayat saya mahu perkataan mengindoktrinasikan pucuk-pucuk hijau bagi memperjelas ayat yang saya diingini.tolong tuan.

Maaf, soalan yang dikemukakan oleh saudara tidak jelas. Sila kemukakan soalan yang lebih jelas dengan menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan boleh difahami. Walau bagaimanapun, untuk membantu saudara menyelesaikan persoalan tersebut, saudara boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) http://prpm.dbp.gov.my untuk mencari maklumat. PRPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Saudara hendaklah memasukkan perkataan tersebut dalam ruang yang disediakan dan klik "cari". Selamat mencuba.

Lain-lain31.05.2018
1.Bagaimana saya hendak tahu bila hendak meletakkan (-) pada perkataan?Saya jadi confused sebab ada kata ganda yang kena letak tanda (-) dan ada juga yang tidak perlu. 2.Saya masih tidak memahami cara penulisan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH dan saya kadang-kadang keliru dengan perbezaan CAKAP AJUK CAKAP PINDAH.

Mengikut Pedoman Umum Ejaan Bahasa Malaysia tanda sempang digunakan untuk i. menulis kata ulang, cth. anak-anak; pegawai-pegawai ii. menyambung suku kata kata dasar yang terpisah oleh penggantian baris,  cth. menangguhkan penyelenggaraan pro-

                                                   jek; iii.  memperjelas ungkapan, cth. ber-evolusi dengan berrevolusi iv. merangkaikan huruf kecil dengan huruf besar, cth. anti-Rusia, hamba-Mu v. merangkaikan ke- dengan angka,cth. ke-3,ke-40 vi. merangkaikan angka yang menunjukkan tahun dengan akhiran -an, cth. tahun 80-an vii. menunjukkan hubungan setara atau rangkai kata istilah,cth. alat pandang dengar.

Cakap ajuk ialah ujaran sebenar penutur yang lazimnya ditandai dengan intonasi atau tanda baca. Cakap pindah ialah ujaran tak langsung. Untuk keterangan lanjut tentang kata ganda dan cakap ajuk dan cakap pindah sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga atau buku-buku tatabahasa bahasa Melayu yang lain yang ada di pasaran. 

Tatabahasa07.03.2009

Kembali ke atas