Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ka.sa.kan] | ممڤرکاساکن

Definisi : menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ka.sa.kan] | ممڤرکاساکن

Definisi : menjadikan perkasa (hebat, unggul dsb): Usaha dijalankan utk ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperkasakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1.'memperkasa' atau 'memperkasakan' mana satu betul?Untuk makluman, perkataan yang betul ialah memperkasakan. Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasaEjaan10.04.2016
bila memperkasakan boleh digunakanKata memperkasakan boleh digunakan dalam konteks berikut, usaha untuk memperkasakan industri minyak sawit perlu dilakukan segera; usaha untuk memperkasakan bahasa Melayu. Lain-lain06.03.2008
Kenapa mempertemukan boleh menggunakan akhiran -kan manakala memperkasa tidak boleh...Untuk makluman, perkataan yang betul ialah memperkasakan. Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasaTatabahasa15.07.2014
adakah penggunaan perkataan "pemerkasaan" dalam ayat adalah betul, atau penggunaan ayat memperkasakan lebih tepat?Kata terbitan 'pemerkasaan' dan 'memperkasakan' adalah betul, memperkasakan (kata kerja) bermaksud menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dan sebagainya), manakala pemerkasaan (kata nama) ialah perihal memperkasakan.Tatabahasa08.03.2011
kenapakah perkataan 'memperkasakan' adalah salah dari segi tatabahasa?Memperkasakan hasil daripada apitan meN-...-kan dengan kata dasar perkasa, bukan apitan memper-...-kan dengan kata adjektif.Tatabahasa10.02.2011
apakah ejaan yang betul, memperkasakan atau memperkasa?Yang betul ialah memperkasakan.Tatabahasa05.04.2009
Penggunaan frasa Ke arah memperkasakan dan mencemerlangkan pendidikan Tepat atau tidak?Cadangan frasa Ke arah memperkasakan dan mencemerlangkan pendidikan adalah betul penggunaan tatabahasanya.Tatabahasa28.05.2019
Mengapakah `perkasa` yang menerima apitan meN-kan mengekalkan `p` iaitu `memperkasakan` dan bukannya 'memerkasakan`?perkasa apabila menerima apitan meN-kan tidak mengalami pengguguran hurup kerana termasuk dalam kekecualian dan kekal sebagai memperkasakan. Keterangan lanjut, lihat buku Tatabahasa Dewan, mukas surat 146, Awalan Kata KerjaTatabahasa09.11.2007
Saya perlukan kepastian, kenapa tidak ada dalam Kamus Dewan perkataan Memperlekeh? Memperkasakan? Kenapa ejaan Digilis tidak diterima dalam sistem dewan eja yang saya guna di Karangkraf?Kata memperlekeh boleh digunakan tetapi bentuk yang betul ialah memperlekehkan. Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat ada perkataan memperkasakan, begitu juga dengan perkataan digilis.Tatabahasa24.07.2010
APAKAH TANGGUNGJAWAP DAN PERANAN UNTUK MEMPERKASAKAN BAHASA MELAYU? BAGAIMANAKAH IBU BAPA BOLEH MEMBANTU PROSES PEMERKASAAN BAHASA MELAYU DALAM SESEBUAH INSTITUSI KEKELUARGAAN?Bahasa Melayu sebagai bahasa moden yang berkembang seiring dengan kemajuan dunia terdedah kepada pelbagai unsur yang sedikit sebanyak memberi kesan kepada kualiti penggunaan bahasa Melayu. Namun apa yang penting ialah iltizam kita sebagai pengguna bahasa Melayu dan atas semangat mematuhi perlembagaan negara yang telah menetapkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, bahasa perpaduan harus tekal memperkasakan bahasa Melayu. Rasa sayang kita terhadap bahasa kebangsaan harus sentiasa dipupuk malah diterapkan dalam institusi keluarga seperti mengamalkan penggunaan bahasa yang betul (mengikut situasi) dalam kalangan keluarga, jika kita berbahasa dengan betul bermakna kita menjaga adab dan susila hidup berkeluarga. Untuk maklumat lanjut, rujuk makalah yang berkaitan dalam konteks perbincangan ini.Tatabahasa27.08.2010
123456

Kembali ke atas