Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ka.sa.kan] | ممڤرکاساکن

Definisi : menjadikan hebat (unggul, kuat, terkenal, berdaulat, dominan dsb): usaha utk ~ industri minyak sawit perlu dilakukan segera; ~ bahasa Melayu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ka.sa.kan] | ممڤرکاساکن

Definisi : menjadikan perkasa (hebat, unggul dsb): Usaha dijalankan utk ~ bahasa Melayu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperkasakan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
gynocriticismginokritisismeKesusasteraanTiadaAnalisis penulisan wanita oleh pengkritik wanita. Ginokritisisme mengkaji semula penulisan pengarang wanita yang pencapaiannya sudah dilupai, dan meneroka isu yang lebih luas seperti keupayaan bertindak bagi penulis wanita melalui perundangan dan soal memperkasakan bahasa wanita. Ginokritisisme diperkenalkan oleh Elaine Showalter pada tahun 1979. Karya Elaine yang memperkatakan wanita ialah The Female Malady, Inventing Herself dan Sexual Anarchy. Penulisan Virginia Woolf juga mempunyai pengaruh penting bagi kritikan feminis ini, terutamanya melalui karyanya bertajuk Mrs. Dalloway dan A Room of One�s Own. Lihat juga genderlect.
negritudenegritudeKesusasteraanTiadaGerakan yang menyuarakan wawasan para cendiakawan dan seniman kulit hitam tentang nasib dan warisan sepunya bangsa Afrika. Negritude menolak nilai kolonial dan memberontak terhadap sistem kolonialisme. Pada masa yang sama, negritude cuba memperkasakan nilai tradisional Afrika dengan mengembalikan kegemilangan masa silamnya. Dalam bidang kesusasteraan, negritude mewakili suatu bentuk estetika yang cuba mengekalkan sifat-sifat tradisi kebudayaan Afrika. Istilah ini diperkenalkan pada tahun 1930-an oleh Aim� C�saire, seorang penyajak dan dramatis dari artinique dan L�opold S�dar Senghor, seorang penyajak dan ahli politik dari Senegal. Negritude menjadi perintis kepada gerakan Black Power yang berpangkalan di Amerika pada tahun 1960-an. Lihat juga harlem renaissance.
growth strategystrategi pertumbuhanPengurusanPerancanganStrategi yang dibentuk oleh pihak pengurusan atasan dengan menumpukan sumber organisasi untuk meningkatkan hasil, membesarkan saiz perniagaan dan mengembangkan syer pasaran. Pendekatan strategi ini boleh dilakukan dengan meluaskan pasaran, menambahkan kepelbagaian produk, memperkasakan segmentasi (kategori) pasaran, meningkatkan strategi pemasaran dan mengukuhkan kekuatan bagi mengatasi pesaing. Contohnya, institusi pengajian tinggi tempatan membentuk strategi pengantarabangsaan dengan meluaskan pasaran melalui penawaran program ijazah kepada calon pelajar luar negara.

Kembali ke atas