Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ke.mas] | ممڤرکمس

Definisi : menjadikan lebih kemas (teratur, rapi, dll): bahagian penerangan pertubuhan itu sedang diperkemas supaya licin pentadbirannya; saya mengucapkan setinggi-tinggi terima kasih kpd beliau yg turut memberikan pandangan bagi ~ buku ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ke.mas] | ممڤرکمس

Definisi : menjadikan lebih kemas: Mereka ~ sistem pentadbiran negara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperkemas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, bagaimana untuk memperkemas ayat berikut? Tiba di perkarangan sekolah, kelihatan ramai ibu bapa yang sudah sedia menunggu kepulangan anak masing-masing.Kelihatan ramai ibu bapa yang sudah sedia menunggu kepulangan anak masing-masing di perkarangan sekolah.Tatabahasa18.05.2012
Salam, 'Tatabahasa Dewan' memang duah menjadi bahan rujukan asas saya. Demi memperkemas lagi pemahaman tatabahasa Melayu, bolehkah Tuan/Puan sarankan bahan-bahan rujukan tambahan yang lain?Untuk pelajar yang terlibat dengan peperiksaan kami sarankan merujuk buku Tatabahasa Dewan termasuklah edisi sekolah rendah dan sekolah menengah. Untuk pelajar dan orang awam yang berminat untuk membuat kajian boleh merujuk buku tatabahasa dalam pelbagai aspek seperti pembentukan kata dan pembentukan ayat, seperti Canggihnya Bahasa Melayu Sistem Pembentukan Kata : Unsur Bergabung Tutur Bersambung, Ismail Dahaman dan Canggihnya Bahasa Melayu: Sistem Pembentukan Ayat: Kalimat Bersusun Ayat Bersantun, Ismail Dahaman.
Lain-lain04.08.2020
Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu agar tidak terlepas peluang keemasan kerana jualan murah sedang diadakan. Tuan bagaimana untuk memperkemas ayat di atas?Orang ramai berasak-asak masuk ke dalam pusat beli-belah itu kerana jualan murah sedang diadakan. Bagi ayat majmuk jangan terlalu panjang, jika perlu bina dua ayat daripadanya.Tatabahasa13.06.2012
Mohon penelitian ayat di bawah : Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital .....sentiasa berusaha untuk memperbaiki lagi perkhidmatan yang diberi kepada tuan/puan. Dengan cadangan yang telah diberikan, kami percayai ianya dapat membantu kami dalam usaha meningkatkan lagi perkhidmatan. sekiranya pihak DBP ada cadangan ayat yang lebih baik, mohon cadangan jua. Sekian, terima kasih.Ayat tersebut boleh dibuat sedikit pindaan bagi memperkemas tatabahasanya, "Terima kasih kerana tuan/puan sudi berurusan dengan kami. Hospital ... sentiasa berusaha untuk memperbaik perkhidmatan yang diberikan kepada tuan/puan".Tatabahasa06.02.2014
SELAMAT PETANG. masalah saya ialah penggunaan imbuhan memper,,,kan dan memper,,,, dengan betul. dalam konteks apa kita boleh gunakan imbuhan tersebut. jenis perkataan yang manakah kita boleh aplikasikan imbuhan ini ?Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Manakala untuk kata adjektif hanya memper-... digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 208 dan halaman 177.Tatabahasa27.02.2012
Mohon penjelasan daripada tuan yang bijaksana. Saya pernah diberitahu bahawa tidak boleh ada tiga imbuhan bagi satu perkataan. Contohnya : Mempergunakan, memperlekehkan dan sebagainya. Benarkah begitu dan apa rasionalnya?Apitan memper-...-kan boleh bergabung dengan kata nama dan kata kerja untuk membentuk kata kerja. Contohnya: memperisterikan, memperbudakkan, mempersendakan, memperdengarkan, memperlihatkan, mempertunjukkan. Untuk kata adjektif hanya memper- digunakan. Contohnya: memperbesar, memperindah, memperkemas.Tatabahasa17.02.2012
Tuan/Puan, Salam sejahtera. Mengikut jawapan yang diberikan oleh Khidmat Nasihat DBP, perkataan "ais" (a.is) dan "aib" (a.ib) ialah vokal rangkap/vokal berganding yang hadir secara berurutan dalam satu perkataan dan kedua-dua vokal itu terpisah dalam suku kata yang berlainan. Contoh lain ialah aur (a.ur). Tetapi, saya telah merujuk kepada Tatabahasa Dewan (Edisi ketiga, muka surat 301), dan dinyatakan di situ bahawa "air" mengandungi diftong "ai", manakala "perkataan "aur" pula mengandungi diftong "au". Jadi, adakah terdapat ketidakselarasan dalam penjelasan Tatabahasa Dewan pada muka surat 62 dan 301? Terima kasih.Kami mengambil maklum berkenaan ketidakselarasan yang dinyatakan. Untuk makluman puan, kami telah merujuk Munsyi Dewan berhubung kekeliruan yang timbul berhubung dengan diftong.  Menurut Munsyi Dewan, a.ir, a.ib, a.ja.ib, a.ur, ga.un, sa.uh, ko.ir, he.ro.in merupakan vokal rangkap, iaitu dua huruf vokal yang berdiri secara terasing.

Untuk makluman puan juga, DBP sedang memperkemas dan menambah baik buku Tatabahasa Dewan untuk terbitan baharu. Ketidakselarasan ini diambil maklum oleh Munsyi Dewan dalam terbitan buku Tatabahasa Dewan selanjutnya. Kami menghargai pertanyaan puan untuk kebaikan bersama dalam memastikan penggunaan bahasa Melayu yang betul.
Tatabahasa28.01.2014

Kembali ke atas