Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.kuat] | ممڤرقوات

Definisi : menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.kuat] | ممڤرقوات

Definisi : menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pasukan bola sepak Selangor sedang berusaha untuk memperkuatkan bahagian serangannya yang tumpul. A memperkuat bahagian serangannya B memperkuat pasukan serangannya (munsyi, apakah jawaban yang lebih sesuai digunakan? TK)Ayat yang gramatis ialah pasukan bola sepak Selangor sedang berusaha untuk memperkuat bahagian serangannya yang tumpul.Tatabahasa05.09.2012
"Ubat itu dipercayai dapat memperkuaatkan sistem pertahanan badan manusia". atau "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". Ayat manakah yang betul dan mengapa ayat tersebut betul??? Apakah kesalahan tatabahasanya???Ayat yang betul ialah "Ubat itu dipercayai dapat memperkuat sistem pertahanan badan manusia". - kuat ialah kata adjektif dan dapat menerima awalan memper- sahaja. Tatabahasa14.01.2011
Bolehkah perkataan 'lagi"digunakan bersama dengan perkataan menguatkan Dan memperkuat? Terima kasih.

Perkataan “lagi” boleh digunakan dengan perkataan “menguatkan”.

Tatabahasa19.03.2023
Salam Tuan Harap tuan dapat beri penjelasan tentang kesalahan yang terdapat dalam ayat di bawah. 1)Kempen memperkasakan bahasa Melayu sering diuar-uarkan dalam usaha meningkatkan martabatnya dalam kalangan masyarakat. 2)Mesyuarat guru besar-guru besar sedang dilangsung di bilik mesyuarat. 3)Haris memperkuat suaranya untuk memanggil rakannya di luar kelas. 4)Mereka pun tidak tahu bahawa Har Lim lagi hebat membaiki komputer berbanding dengan Suresh. Terima kasih. Hj Izani b. Hj. Daud.

1) Tiada kesalahan.

2) Yang betul ialah "... guru-guru besar ..." bukan guru besar-guru besar.

3) Yang betul ialah "... menguatkan suaranya ..." bukan memperkuat suaranya.

4) Yang betul ialah "... lebih hebat ..." bukan lagi hebat.

Tatabahasa21.09.2011
bagaimana saya ingin membezakan penggunaan imbuhan diper- dan diper-kan contoh; jalan itu diperbesar atau jalan itu diperbesarkan, memper- dan memper-kan contoh ayat pihak tentera telah memperkuatkan kubu pertahanan atau memperkuat kubu pertahanan, pe-an dan per-an contoh ayat, pelantikan dan perlantikan, ada yang mengatakan per-untuk menunjukkan proses perkara itu dilakukan. 2. bagaimana untuk membezakan perkataan yang menggunakan imbuhan per- an dan pe-an. jika pihak tuan boleh menunjukkan proses /formula untuk membezakan penggunaan per-an dan pe-an, ramai yang keliru termasuk saya.1. Awalan diper- dan apitan diper-...-kan ialah bentuk pasif bagi kata kerja memper- dan memper-...-kan.  Awalan mempeR- pembentuk kata kerja yang wujud hanya dalam satu bentuk. Dalam bahasa Melayu bentuk ini biasa juga dirujuk sebagai hanya awalan peR-. Namun demikian, dalam ayat aktif peR- tidak boleh wujud tanpa awalan meN- kecuali dalam ayat perintah. Bentuk ini berubah menjadi dipeR-dalam ayat pasif. Rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 177 - 183. 
Apitan memper-...-kan Hanya golongan kata nama dan kata kerja yang boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Kata adjektif tidak boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan. Apitan memper-...-kan akan menghasilkan kata kerja pasif diper-...-kan. Rujuk Tatabahasa Dewan, halaman 208 - 211.

2. Apitan pe-...-an dan peR-...-an membentuk kata nama. Apitan pe-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat atau kawasan khusus, seperti petempatan dan pesisiran. Apitan peR-...-an bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata nama dan kata kerja untuk menandakan makna tempat, seperti perkampungan dan perhentian. Apitan peR-...-an membentuk kata nama yang membawa abstrak, Hasil gabungan apitan ini dengan kata nama, kata kerja, kata adjektif dan kata tugas menandakan makna khusus, iaitu hal yang berkaitan dengan kata dasar atau hasil daripada melakukan maksud kata dasarnya  seperti perakuan dan persengketaan. Untuk maklumat lanjut, rujuk buku Tatabahasa Dewa, halaman 126 - 129.
Tatabahasa30.03.2014
1.Apakah maksud perkataan menggalang ?

Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, menggalang bermaksud diberi galang (landasan, ganjal, dll), menyokong, menunjang: Contoh ayat, menggalang kepala dgn bantal; 2. Id memperkuat, memperkukuh (negara, pertubuhan, dll): Contoh ayat, menyumbangkan tenaga dan fikiran utk menggalang parti sendiri;      3. menghalang: Contoh ayat, barang kehendaknya tidak pernah digalang melainkan diturutkan sahaja. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat. 

Makna04.03.2010
Apakah beza penggunaan antara: "Memperkukuhkan" & "Mengukuhkan" & "Memperkukuh" ? Bolehkah berikan contoh perkataan lain seperti ini? Terima kasih.Kata dasar bagi perkataan yang dinyatakan ialah "kukuh" (kata adjektif). Dalam perkara ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper-...-kan seperti memperkukuhkan dianggap tidak tepat (Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga).

Perkataan mengukuhkan dan memperkukuh membawa maksud yang sama iaitu "menjadikan sesuatu lebih kukuh" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1184).

Contoh perkataan lain yang menerima awalan mempeR- dan apitan meN-...-kan ialah kuat (memperkuat-menguatkan). 
Tatabahasa25.09.2023

Kembali ke atas