Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.kuat] | ممڤرقوات

Definisi : menjadikan lebih kuat, mem­perkukuh, memperteguh, mempererat: kerajaan telah menerima bantuan utk ~ angkatan bersenjata Malaysia; ~ keazaman utk mengambil peranan dlm pembentukan masyarakat baru; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.kuat] | ممڤرقوات

Definisi : menjadikan lebih kuat: Dia ~ ikatan pd berkas kayu itu sebelum mengangkatnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kuat (adjektif)
1. Bersinonim dengan gagah: berdaya, bertenaga, sasa, mampu, sanggup, boleh,
Berantonim dengan lemah

2. Bersinonim dengan teguh: kukuh, tegap, tahan,
Berantonim dengan rapuh

3. Bersinonim dengan cekal: tabah, tahan, sabar,
Berantonim dengan lemah

4. Bersinonim dengan teruk: tenat, nazak, berat,
Berantonim dengan ringan

5. Bersinonim dengan suka: gemar, kaki, candu, ketagih,

6. Bersinonim dengan pandai: bijak, cekap, mahir, cerdik,

Kata Terbitan : sekuat-kuatnya, berkuat, berkuat-kuatan, menguatkan, memperkuat, kekuatan, penguatan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
beam slotalur alangArkeologiData Arkeologi dan Teknik ArkeologiBahan yang digunakan dalam pembinaan struktur rumah. Alur alang digunakan sebagai asas untuk memperkuat, mengurangkan beban berat dan menyeimbangkan rangka rumah pada bahagian lantai dan atap semasa pembinaan. Alur alang terbahagi kepada dua, iaitu alur panjang dan alur pendek. Masing-masing berfungsi untuk memperkuat bahagian asas atap dan memperkuat rangka rumah pada bahagian lantai. Alur alang diperkukuh dengan memasukkannya pada lubang yang dikenali dengan alur atau pasak. Sinonim alur rasuk.
pseudoantogonistpseudoantagonisBiologiFisiologiOtot yang memperkuat kesan otot lain yang merentasi/menyilang sendi itu untuk bertindak pada otot yang lebih jauh.
stomachicstomakikHerbaTiadaHerba yang memperkuat dan memulihkan otot perut. Contoh herba ini ialah betik, cengkih, ginseng, selasih, jintan, saderi, buah pic dan lobak.
acoustoelectric amplifieramplifier akustoelektrikFizikAkustikAmplifier yang memperkuat getaran mekanik secara terus pada frekuensi audio dan ultrasonik. Amplifier akustik.
cross memberanggota silangKejuruteraan AutomotifTiadaBahagian yang dipasang menyilang untuk memperkuat struktur panel dan bahagian rangka kereta.
hammer glovesarung tangan tukul besiSukanTiadaAlat yang diperbuat daripada kulit untuk memperkuat tapak dan pergelangan tangan yang ketika memakainya, ibu jari dan keempat-empat hujung jari tidak ditutup.
cross memberanggota silangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaBahagian yang dipasang menyilang untuk memperkuat struktur panel dan bahagian rangka kereta.
photomultiplier tubetiub pemfotogandaKimiaKimia AnalisisFotosel yang mempunyai dinod yang digunakan untuk memperkuat arus pancaran melalui penggandaan elektron. Ia digunakan sebagai pengesan kebanyakan spektrofotometer.
exclusion reactiontindak balas eksklusifBiologiGenetikTindak balas penyembuhan bakteria yang dijangkiti faj dengan memperkuat sampul sel bakteria berkenaan untuk menghalang kemasukan faj tambahan.
tricyclic antidepressantantikeresahan trisiklikFarmasiTiadaKumpulan drug yang struktur kimia asasnya terdiri daripada tiga gelang yang terlakur dan memperkuat tindakan katekolamina. Kumpulan drug ini digunakan untuk merawat keresahan. Contohnya, amitriptilina dan imipramina.
12

Kembali ke atas