Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.ku.kuh] | ممڤرکوکوه

Definisi : menjadikan lebih kukuh; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.ku.kuh] | ممڤرکوکوه

Definisi : menjadikan lebih kukuh: ~ tali persaudaraan antara mereka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kukuh (adjektif)
1. Bersinonim dengan kuat: tegap, tahan, tidak mudah rosak, tidak mudah binasa, tidak mudah runtuh, tidak mudah roboh,

2. Dalam konteks pendirian
bersinonim dengan cekal, utuh, sali, kawi, tidak mudah berubah, pagan, tidak mudah berganjak,

3. Bersinonim dengan ketat: tegap, utuh, kemas, rapi,

4. Bersinonim dengan erat: mesra, karib, rapat, akrab,

5. Bersinonim dengan bersatu: padu, bersatu padu, teguh,

Kata Terbitan : berkukuh, mengukuhkan, memperkukuh, kekukuhan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
i. “Memperkukuh Organisasi, Membangun Khairu Ummah" ii. “Memperkukuh Organisasi, Membangun khaira Ummah" Khaira @ Khairu?Cadangan kami, “Memperkukuh Organisasi, Memajukan Ummah".Tatabahasa03.04.2017
Salam pihak dbp, saya ingin bertanya. Adakah dasar MOE iaitu Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih relevan dan digunapaki sehingga hari ini? Terima Kasih.Salam sejahtera, Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) Untuk makluman, Dasar Memartabatkan Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) masih dilaksanakan di KPM dan masih relevan. Dewan Bahasa Pustaka hanya terlibat dalam Memartabatkan Bahasa Malaysia (MBM) menerusi Inisiatif 108 dan Pelan Memartabatkan Bahasa Melayu Sekian, terima kasih.Lain-lain05.11.2020
Mana yang betul, memperkukuh ke memperkukuhkan?Jawapan yang betul ialah memperkukuh.Tatabahasa03.07.2011
Betulkah ayat di bawah: 1) Program ini memperkukuh dan mendorong kesediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti. 2) Kedua-dua anak perempuan saya menjadi lebih berdikari dan expresif setelah menyertai program ini.

Ayat sepatutnya:
1) Program ini memperkukuh dan mendorong persediaan kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti.

2) Ejaan expresif salah, yang betul ekspresif tetapi dalam konteks ini perkataan ekspresif tidak sesuai kerana ekspresif bermaksud perbuatan, tulisan, lukisan, dan sebagainya yang dapat melahirkan sesuatu maksud (perasaan, tujuan) dengan jelas, contoh ayat Ghafar lebih memperlihatkan kesan ekspresif.

Tatabahasa29.06.2010
Apakah beza penggunaan antara: "Memperkukuhkan" & "Mengukuhkan" & "Memperkukuh" ? Bolehkah berikan contoh perkataan lain seperti ini? Terima kasih.Kata dasar bagi perkataan yang dinyatakan ialah "kukuh" (kata adjektif). Dalam perkara ini, penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper-...-kan seperti memperkukuhkan dianggap tidak tepat (Buku Tatabahasa Dewan, Edisi Ketiga).

Perkataan mengukuhkan dan memperkukuh membawa maksud yang sama iaitu "menjadikan sesuatu lebih kukuh" (Kamus Dewan Perdana, halaman 1184).

Contoh perkataan lain yang menerima awalan mempeR- dan apitan meN-...-kan ialah kuat (memperkuat-menguatkan). 
Tatabahasa25.09.2023
Lazimnya, Strategi dalam dokumen ditulis menggunakan kata kerja. Contohnya, Memperkukuh Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Sekiranya Strategi tersebut dijadikan tajuk/subtajuk, adakah ia ditulis menggunakan kata kerja atau ditukar kepada kata nama, iaitu Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa. Mohon penjelasan. Sekian, terima kasih.Ya, akan menjadi kata nama Pengukuhan Kerjasama Antara Agensi dan Kerjasama Antarabangsa.Tatabahasa13.01.2015
Kementerian Pertahanan akan membeli beberapa buah pesawat tempur untuk memperkukuh sistem (ketahanan,pertahanan) udara. munsyi, saya kekeliruan mengapa jawaban yang diberikan ialah pertahanan? apakah jawaban yang sebanarnya, TQSistem pertahanan negara betul kerana pertahanan bermaksud hal mempertahankan atau menjaga keselamatan, sedangkan ketahanan bermaksud keadaan tahan atau kuat. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk kamus dan bezakan maksud kedua-dua perkataan tersebut.Tatabahasa25.03.2012
Saya pernah tanya soalan ini: Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik. Jawapan DBP seperti ini: Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan. Saya tertanya mengapa ia 'tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' walhal kata 'pemer-' sebagai padanan 'pelaku' untuk 'memper-' iaitu perbuatannya sudah diterima dalam bahasa Melayu khususnya dalam entri Kamus Dewan. Kata seperti 'pemeroleh' yang bermakna orang/pihak yang 'memperoleh' dan 'pemerkosa' yang bermakna orang/pihak yang 'memperkosa' sebahagian perbendaharaan kata Melayu dan ini tidak dapat dibahaskan sebagai 'kekecualian' dalam bahasa kerana tiada bentuk yang dapat diwujudkan untuk 'menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan' dan kata-kata seperti 'pemeroleh' dan 'pemerkosa' mendukung makna sendiri. Mungkin 'sistem pembentukan kata untuk imbuhan' DBP perlu dikemas kini dengan data terkini.

Untuk perkataan memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang, awalan memper- bergabung dengan kata dasar daripada golongan kata adjektif membentuk kata kerja yang membawa makna menjadikan lebih atau bertambah bagi sifat yang terkandung dalam kata dasar. Contohnya:

            Cantik – mempercatik (menjadikan lebih cantik)

(TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA, m.s.: 179)

Untuk perkataan pemerkosa, kata dasarnya adalah perkosa. Perkataan ini menerima imbuhan awalan peN- untuk membentuk kata nama terbitan. PeN- menjadi pe- apabila bergabung dengan kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf m, n, ny, ng , r, l, dan w. Contohnya:

            Masak – pemasak

Termasuk dalam jenis ini ialah kata dasar yang bermula dengan huruf-huruf p, t, k, dan s. Dalam hal ini, huruf pertama dalam kata dasar luluh dan digantikan dengan bentuk sengau yang dilafazkan pada tempat yang sama daerah artikulasinya (homorganik) dengan bunyi pertama dalam kata dasar, iaitu m bagi p, n bagi t, ng bagi k, dan ny bagi s. Contohnya:

            Perkosa – pemerkosa

            Tahan – penahan

            Karang – pengarang

            Selam – penyelam

Untuk lebih memahami pembentukan kata nama dengan lebih lanjut, tuan boleh merujuk buku TATABAHASA DEWAN EDISI KETIGA (m.s.: 104 – 132)

Tatabahasa11.07.2019
Berdasarkan jawapan tuan berkaitan dengan soalan 107. Rasanya saya semakin faham akan penjelasan tuan. Jadi saya ingin memperkukuh pemahaman saya dengan soalan di bawah. Tuan memberikan contoh ayat " Azmi mendapat markah penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu". Kalau saya gugurkan 'mata pelajaran' dalam ayat tersebut, adakah maksud ayat tersebut masih sama dengan contoh ayat tuan? Adakah 'Bahasa Melayu' masih diberikan huruf besar selepas mata pelajaran digugurkan? Terima kasih tuan.Azmi mendapat markah penuh dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, dan Azmi mendapat markah penuh dalam Bahasa Melayu. Kedua-duanya betul dan ayat kedua juga merujuk makna yang sama seperti ayat pertama kerana markah penuh dalam ayat tersebut merujuk mata pelajaran Bahasa Melayu.Tatabahasa24.05.2010
Adakah kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang diterima sebagai menepati tatabahasa Melayu untuk memaknai sesuatu yang digunakan untuk memperkukuh, mempercantik dan memperpanjang? Contohnya: Potret-potret catan tangan itu pemercantik kamar yang sudah sedia cantik.Kata-kata seperti pemerkukuh, pemercantik dan pemerpanjang tidak diterima sebagai kata dalam bahasa Melayu kerana tidak menepati sistem pembentukan kata untuk imbuhan.Tatabahasa07.04.2019
12

Kembali ke atas