Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.la.ki] | ممڤرلاکي

Definisi : mengambil jadi laki: perkelahi­an berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.la.ki] | ممڤرلاکي

Definisi : mengambil jadi laki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperlaki


Kamus Bahasa Melayu

KataTakrifSumber
memperlakimengambil jadi laki.Kamus Pelajar Edisi Kedua
memperlakimengambil jadi laki: perkelahi­an berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki;Kamus Dewan Edisi Keempat
memperlakimengambil jadi lakinya.Kamus Pelajar
memperlakimengambil jadi lakinya.Kamus Pelajar
laki-lakimemperlaki mengambil jadi lakinya.Kamus Pelajar
lakipasangan hidup kpd seseorang perempuan (agak kasar jika dibandingkan dgn perkataan suami): ~ bini suami isteri. laki-laki, lelaki 1 jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2 ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. berlaki mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. berlakikan berkahwin dgn (bkn wanita); bersuamikan: Susah hidup kalau ~ orang pemalas. memperlaki mengambil jadi laki. memperlakikan mengahwinkan anak perempuan. kelaki-lakian, kelelakian 1 sifat laki-laki; tingkah laku laki-laki. 2 keberanian; kegagahan.Kamus Pelajar Edisi Kedua
laki-lakilelaki 1. jenis manusia sbg pasangan kpd perempuan: anak ~. 2. ki sifat berani; keberanian: Dia hendak menunjukkan ~nya kpd kita. berlaki mempunyai laki; sudah berkahwin (bkn wanita); bersuami. berlakikan berkahwin dgn (bkn wanita); bersuamikan: Susah hidup kalau ~ orang pemalas. memperlaki mengambil jadi lakinya. memperlakikan mengahwinkan anak perempuan. kelaki-lakian 1. sifat laki-laki; tingkah laku laki-laki. 2. keberanian; kegagahan.Kamus Pelajar
laki I(kurang halus) suami, pasangan hidup bini; ~ bini (isteri) suami isteri; ~ pulang kelaparan, dagang lalu ditanakkan prb lebih mementingkan urusan orang lain drpd urusan sendiri; bagai menanti ~ pulang maling prb selalu dlm kegelisahan; berlaki mempunyai laki, sudah berkahwin (perempuan): orang ~ bercerai ungkai, orang bercerai pulang balik; bagai ~ anak semang prb perempuan yg tidak senonoh kelakuan­nya; berlakikan berkahwin dgn (bkn perem­puan), bersuamikan: senanglah hidup awak ~ orang kaya; malang nasibnya ~ seorang penjudi; ternanti-nanti bagai ~ raja prb berhajat kpd orang yg tidak berkehendak kepadanya; memperlaki mengambil jadi laki: perkelahi­an berlaku apabila Cik Tom menuduh Asmah hendak ~ si Mat; barang siapa yg berkenan kpd beta, itulah beta perlaki; memperlakikan mengahwinkan (anak pe­rempuan), memberi laki (kpd anak perem­puan): dia belum hendak ~ anaknya itu.Kamus Dewan Edisi Keempat

Kembali ke atas