Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GRES

GRES,1">  kumpulan 17 cerpen karya Putu Wijaya. Kumpulan cerpen ini diterbitkan oleh Balai Pustaka, Jakarta pada tahun 1982. Cerpen yang terhimpun dalam kumpulan ini memperlihatkan suatu kecenderungan baharu dalam penampilan karya-karya Putu Wijaya iaitu jagat raya realiti yang berbaur dengan jagat impian yang saling menyatu dan amat sukar untuk melihat batas pemisahnya. Dari sudut ini,  cerpen Putu Wijaya harus dirujuk pada hakikat cereka sebagai lojik cereka bahawa realitinya adalah realiti imaginatif.

SASTERAKarya
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK

1.0pt 0cm" class=MsoNormal>PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966.  Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak.  Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak.  Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam.  Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan

Kembali ke atas