Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.luas] | ممڤرلواس

Definisi : menjadikan lebih luas: mereka dihantar ke luar negeri utk ~ pengetahuan dan pemandangan mereka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.luas] | ممڤرلواس

Definisi : menjadikan lebih luas (lebih besar dsb) drpd yg ada; memperbesar: Kerajaan akan ~ penggunaan komputer di jabatan-jabatan kerajaan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperluas


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Memperluaskan Memperluas mana satu yang betul Tuan??Kata terbitan yang betul ialah memperluas.Ejaan27.09.2017
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan pilihan berikut, yang mana satukah betul? 1. Memperluas pasaran lagi 2. Meluaskan lagi pasaran 3. Meluaskan pasaran lagi 4. Memperluas pasaran. Penggunaan perkataan “lagi” dalam pilihan 1 , 2 dan 3 tersebut adalah betul atau salah? Terima kasih atas pihak dbp yang sudi memberikan penjelasan yang jelas.Frasa yang betul ialah "Meluaskan lagi pasaran" Tatabahasa18.06.2023
Jawapan yang manakah betul berdasarkan soalan berikut? Apakah tujuan penganjuran lawatan sambil belajar? a. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar ialah memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid. b. Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Kata pemeri ialah perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua kata pemeri, iaitu kata ialah dan adalah. Kata pemeri ialah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri ialah digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Mata pelajaran yang paling saya minati ialah Matematik (FN+FN), ii) Kegiatan kokurikulum ialah kegiatan yang dijalankan di luar bilik darjah(FN+FN).

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + frasa sendi nama. Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. Contoh dalam ayat: i) Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting (FN+FA), ii) Teh herba yang sedang diminum oleh ibu adalah baik untuk kesihatan (FN+FA).


Oleh itu,  berdasarkan keterangan di atas, jawapan yang dicadangkan untuk persoalan daripada
tuan/puan ialah: Tujuan penganjuran lawatan sambil belajar adalah untuk memperluas ilmu pengetahuan di samping mengeratkan hubungan antara guru dan murid.

Tatabahasa25.08.2019
Tuan, saya ingin bertanya... kata luas(adjektif) - menjadi - memperluas . (bukan memperluaskan) maka bagaimana pula dengan kata damai (adjektif) ? mengapakah dibolehkan (memperdamaikan). Saya minta penjelasan yang arif.

Saudara,

Mengikut rumus tatabahasa terkini damai(kata adjektif)  apabila mendapat imbuhan memper... menjadi memperdamai seperti juga dengan memperluas.

Tatabahasa27.08.2010
Soalan: 1. fluctuation: turun naik atau naik turun? 2. perluasan liputan atau peluasan liputan? Sekian terima kasih.1. turun naik
2. Peluasan bermaksud perihal atau perbuatan meluaskan atau memperluas, manakala perluasan ialah hasil daripada perbuatan memperluas.
Ejaan28.01.2015
Tlg beri pejelasan kenapa apitan memper-...-kan tidak boleh digunakan untuk kata adjektif. Contoh: memperluaskan dikatakan salah dan yg betulnya memperluas shj. Apa justifikasinya?Mengikut Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, awalan memper- digunakan dengan kata adjektif untuk membawa maksud menjadi lebih atau bertambah. Contohnya, memperluas - bermaksud menjadi lebih atau bertambah luas.  Penggunaan bentuk kata adjektif dengan apitan memper...kan seperti  memperluaskan adalah tidak tepat. Oleh itu, perkataan yang betul memperluas.Tatabahasa02.03.2020
1)apakah perbezaan antara pelbagai dan berbagai 2) jika ada perkataan mem.....kan tak perlu ada perkataan "tentang" 3) memperluas atau memperluaskan 4) bagaimana penggunaan mem...per...kan

1. Pelbagai sama makna dengan berbagai-bagai.

2. Terdapat beberapa peraturan dalam penggunaan apitan meN-...-kan, iaitu: i. bentuk apitan meN-...-kan, ii. golongan kata yang boleh bergabung dengan meN-...-kan, iv. jenis kata kerja yang terbentuk, dan iv. aspek makna apitan me-...-kan. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 190 - 197 untuk mengetahui setiap peraturan yang tersebut. Sementara itu, salah satu makna tentang ialah mengenai, dan penggunaan kata tentang perlu disesuaikan dengan makna yang tersebut.

3. Kata terbitan yang betul ialah memperluas.

4. Kata nama dan kata kerja boleh bergabung dengan apitan memper-...-kan untuk membentuk kata kerja, contohnya: isteri (kata nama) - memperisterikan, dengar (kata kerja) - memperdengarkan. Untuk maklumat lanjut sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 209.

Tatabahasa22.04.2010
Penggunaan perkataan "lagi" mesti di hadapan atau belakang objek. A. Meluaskan lagi pasaran B. Memperluas pasaran lagi Mana yang betul, A atau B? Sekian, Terima kasihSoalan tidak jelas. Sila kemukakan soalan dengan ayat yang lengkap.Lain-lain18.10.2022
Apakah imbuhan yang sesuai untuk 'luas'? Adakah perkataan 'memperluaskan' itu betul?Yang betul ialah memperluas.Lain-lain05.08.2014
Para pelajar akan dapat ........... perbendaharaan kata dan meningkatkan kemahiran berbahasa jika rajin membaca. Mana jawapan yang betul? A. Luaskan B. Meluaskan C. Perluaskan D. Memperluas Diharap pihak tuan dapat memberi penjelasan.Terima kasih.Jawapan yang betul ialah: B. MeluaskanTatabahasa19.08.2013
123

Kembali ke atas