Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.mu.dah] | ممڤرموده

Definisi : menjadikan lebih mudah: tujuan logaritma ialah hendak ~ kerja kiramengira biasa; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.mu.dah] | ممڤرموده

Definisi : menjadikan lebih mudah; menganggap lebih mudah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
third generation CADCAD generasi ketigaKejuruteraanKejuruteraan KimiaPerisian yang dimajukan dalam tahun 1980-an untuk menyatukan kesemua teknologi serta memperkenalkan dan mempermudah pengajaran di universiti.
public sectorsektor awamPentadbiranPentadbiran Awam

Bahagian perkhidmatan yang diwujudkan dan dikendalikan oleh pihak kerajaan untuk menyediakan pelbagai kemudahan dan memenuhi keperluan serta kepentingan awam. Sektor ini turut berperanan menyediakan pelbagai infrastruktur, peluang pekerjaan, kebajikan dan keselamatan dan mempermudah pelbagai urusan. Di samping itu, ia turut berperanan menguruskan pembangunan dan menjana pendapatan negara. Operasi sektor ini tidak berorientasikan keuntungan dan bertindak sebagai nadi penggerak ke arah kemajuan dan pembangunan sesebuah negara. Namun, memandangkan sifatnya yang besar dan kompleks serta sangat berhierarki, ia sering kali dilihat sebagai kurang cekap dan sarat dengan karenah birokrasi.

velocity potentialkeupayaan halajuKejuruteraanKejuruteraan KimiaKomponen skalar vektor keupayaan A, iaitu u = �f + � x A, dengan u = halaju (m/s), f = keupayaan halaju (m/s), A = vektor keupayaan (m2/s), � = pengendali Laplacean (m-1). Keupayaan halaju juga merupakan kaedah untuk mempermudah persamaan gerakan tiga matra bendalir tak boleh mampat sebagai . u = -�2 f. Kaedah perumusan ini berguna untuk menyelesaikan proses pemindahan haba secara perolakan semula jadi yang memerlukan penyelesaian persamaan gerakan dan persamaan pemindahan haba secara serentak.
autonomous learningpembelajaran berautonomiTeknologi Maklumate-PembelajaranPendekatan pembelajaran yang memerihalkan pelajar menentukan sendiri bidang yang hendak dipelajari dengan memilih aktiviti yang berkaitan secara kendiri dan menyelesaikan masalah atau mengembangkan idea-idea baharu dengan bimbingan luaran yang minimum. Pembelajaran berautonomi membolehkan pelajar memperibadikan agenda pembelajarannya berdasarkan kekuatan akademik dan minatnya, dan memantau sendiri pencapaiannya. E-pembelajaran mempermudah pembelajaran berautonomi.
International Criminal Police Organization (Interpol)Polis AntarabangsaSains PolitikHubungan AntarabangsaO rganisasi yang ditubuhkan pada tahun 1923, beribu pejabat di Vienna. Pada tahun 1938, organisasi ini telah dibubarkan oleh Hitler, tetapi selepas Perang Dunia Kedua, iaitu pada tahun 1946, organisasi ini ditubuhkan semula dan beribu pejabat di Paris. Perkhidmatan utama organisasi ini adalah untuk memberi maklumat kepada lebih 140 buah negara anggotanya berkenaan dengan lokasi penjenayah antarabangsa, menganjurkan seminar berkenaan dengan penyiasatan jenayah secara saintifik dan mempermudah penangkapan penjenayah. Organisasi ini memainkan peranan yang penting dan berjaya dalam membanteras jenayah yang merangkumi penyeludupan, pemalsuan, peniruan dan perdagangan narkotik. Organisasi ini mengelak daripada terlibat dalam jenayah yang berkaitan dengan politik, ketenteraan, keagamaan dan perkauman. Sinonim Interpol.

Kembali ke atas