Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.nia.ga.kan] | ممڤرنياݢاکن

Definisi : menjual dan membeli sesuatu (utk mencari keuntungan), mem­perdagangkan: antara barang yg di­per­niagakan orang pd masa itu ialah kain, kulit binatang, dan barang-barang permata; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.nia.ga.kan] | ممڤرنياݢاکن

Definisi : menjadi­kan sesuatu sbg bahan berniaga; mem­perdagangkan: Beliau telah ~ hasil ta­naman dr kampung ke bandar-bandar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memperniagakan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Syarikat kami Siah Home Relaxing Sdn Bhd (1073206-X) sudah berdaftar dan ingin memperniagakan. Kami memohon perlesenan pada MHDS memperolehi bersetujukan mohon kelulusan Dewan Bahasa Dan Pustaka. Sebab kami perlu diiklanan di halaman surat khabar dan signboard perniagaan. Harap dapat kelulusan pada Dewan Bahasa Dan Pustaka dan memberi nasihat apa perlu. Terima Kasih

Untuk hal berkenaan pengesahan iklan, sila layari http://dbpsahbahasa.my/

 

Terima kasih.

Lain-lain20.06.2017
1.Apakah perbezaan antara kata ' menjaja' dengan ' menjual'? 2..cakap ajuk~ Kakak: Apakah masakan yang sedap kamu masak ini? Cakap pindah~ Kakak menanyakan masakan yang sedang seseorang masak itu?( Ayat ini betul?)Menurut Kamus DewanEdis Keempat, perkataan jaja membawa maksud mencari rezeki (nafkah, pen­dapatan, dan sebagainya) dengan membawa barang dagangan berkeliling utk dijual. Manakala, perkataan jual membawa maksud berjual, berpencarian dengan memperniagakan sesuatu; berniaga; berdagang. Menjual pula membawa maksud memberikan barang dengan mengambil wang.

Soalan 2 kurang difahami, mohon penjelasan yang lebih lanjut.


Makna25.09.2020
salam, 1. bagaimanakah penggunaan imbuhan bagi perkataan pemerdagangan manusia . 2.adakah perkataan ini betul dari segi penggunaan imbuhan dan maknanya. 3. kenapa istilah ini tiada dalam kamus dewan. sekian, terima kasih

1.  Di bawah kata dagang ada kata terbitan mendagangkan dan memperdagangkan yang bermaksud menjadikan  sesuatu untuk dijual beli, atau dalam kata lain disebut menjualbelikan (barang-barang perniagaan), atau memperniagakan (biasanya ke tempat atau negeri asing): seperti contoh ayat - rupanya manusia kita ini diperdagangkan oleh lanun-lanun itu sebagai menjual kambing dan lembu. Oleh itu, kata terbitan memperdagangkan bermaksud perihal menjadikan sesuatu (termasuk manusia) untuk dijual beli atau meperniagakan manusia. Perkataan pemerdagangan boleh digunakan dan ada dalam istilah ekonomi sebagai padanan kepada commercialization.

   

Tatabahasa31.03.2010

Kembali ke atas