Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.so.al.kan] | ممڤرسوءالکن

Definisi : mengemukakan sesuatu sbg soal, menjadikan soal, membahaskan, membincangkan, memperdebatkan: akhbar itu pula ~ mutu hasil-hasil sastera sekarang; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[mem.per.so.al.kan] | ممڤرسوءالکن

Definisi : menjadikan sesuatu sbg soal atau sbg masalah: Kita tidak boleh ~ hal-hal politik dlm majlis kita ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
soal
Kata Terbitan : menyoal, mempersoalkan, persoalan, soalan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
cynicismsinisismeKesusasteraanTiadaKecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau keraguan terhadap kebaikan, kejujuran seseorang.
cynicismsinisismeSejarahTiadaKecenderungan untuk mempersoalkan tentang sesuatu yang diterima umum atau keraguan terhadap kebaikan, kejujuran seseorang.
dissent at a penaltybantah keputusanSukanTiadaPerbuatan mempersoalkan atau menentang keputusan pengadil, sama ada dengan perilaku atau lisan.
postmodern artseni postmodenKesenianTiadaSeni lepas perang dunia kedua yang mempersoalkan nilai seni lukis moden.
counter culture newspapersurat khabar budaya songsangKomunikasiTiadaSurat khabar yang mempersoalkan nilai-nilai arus perdana masa kini.
metafictionmetafiksyenKesusasteraanTiadaBentuk karya fiksyen yang bertujuan untuk mengangkat karya sastera sebagai artifak yang mempersoalkan hubungan antara fiksyen dengan realiti. Karya metafiksyen ini disampaikan melalui teknik parodi atau merombak teknik naratif konvensional.
contract of adhesionkontrak kesertaanPentadbiran PerniagaanTiadaKontrak yang menghendaki pihak berkenaan menerima atau menolak secara keseluruhan kontrak tersebut tanpa mempersoalkan kandungannya. Contoh : kontrak insurans.
imagistimagisKesusasteraanPuisiPenyair-penyair yang bebas daripada sebarang ikatan dan kongkongan bentuk, idea dan kata-kata yang dipilih dengan teliti. Di samping itu penyair imagis ini juga biasanya mempersoalkan sesuatu isi secara langsung. Kata-kata yang dipilih dan diterapkan itu benar-benar berfungsi dalam konteks keseluruhan struktur puisinya.
incontestible clausefasal tidak boleh tandinginsuransTiadaFasal dalam polisi insurans harta dan kesihatan yang menetapkan bahawa selepas polisi berkuat kuasa selama tempoh yang ditetapkan, biasanya dua tahun, insurer tidak boleh lagi mempersoalkan pernyataan dalam borang permohonan.
incontestable clausefasal tidak boleh tandingPentadbiran PerniagaanTiadaFasal dalam polisi insurans hayat dan kesihatan yang menetapkan bahawa selepas polisi berkuat kuasa selama tempoh yang ditetapkan, biasanya dua tahun, insurer tidak boleh lagi mempersoalkan pernyataan dalam borang permohonan.
12

Kembali ke atas