Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[mem.per.tam.bah] | ممڤرتمبه

Definisi : menjadikan bertambah (besar), memperbanyak, memperbesar, mem­perluas: adanya jalan itu ~ lagi hasil negeri; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mempertambah


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Kemusyikilan 1: Kamus Pelajar: menambahkan asid pd bes. Penerangan DBP: menambah gula dalam air kopi. Kamus Pelajar: menambah bilangan penuntutnya Penerangan DBP: menambahkan produktiviti Persoalannya, yang manakah yang betul? Kemusykilan 2: Mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas Persoalannya, kalau kata "tambah" bukan kata adjektif, apakah jenis golongan kata? Dan, bolehkah 'tambah' menerima awalan rangkap memper-, dan adakah kata adjektif "banyak", "lebar" dan "luas" mengungkapkan maksud "tambah"? Kemusykilan 3: Tatabahasa Dewan: ... membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya. membacakan = membaca sst untuk sso. mengambilkan = mengambil sst untuk sso. Mengapakah Tatabahasa Dewan menggunakan kata sendi "kepada" dalam ayat tersebut? Kemusykilan 4: Pertanyaan kewujudan kata nama terbitan "pelibatan" dan "pelihatan" belum dijawab lagi. Sekian.

1. Tidak nampak perbezaan yang nyata (hampir sama) antara makna menambah dan menambahkan. Oleh itu ayat menambahkan asid pd bes, menambah gula dalam air kopi, menambahkan produktiviti, semuanya betul. 2. Tambah ialah Kata Kerja, mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Walau bagaimanapun dalam entri banyak, lebar, luas tidak mengungkapkan maksud tambah. Kata tambah boleh menerima awalan memper... untuk membentuk kata terbitan mempertambah. 3. Ayat, membaca karangan yang terbaik kepada murid-muridnya, betul dan kata sendi nama kepada hadir di hadapan kata nama/frasa nama yang menjadi sasaran. 4. Kata terbitan pelibatan/penglibatan dan pelihatan/penglihatan wujud dan membawa makna yang sama antara kedua-duanya. Walaupun melibatkan - pelibatan, melihat - pelihatan, berdasarkan korpus penglibatan dan penglihatan banyak digunakan dan sama situasinya dengan pelibatan dan pelihatan. Sekian.

Tatabahasa19.07.2008
Adakah kata "tambah" kata adjektif? Dan, bolehkah kata "tambah" menerima awalan rangkap "memper-"? Yang mana betul: (a) menambah produktiviti atau menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi atau menambahkan gula dalam air kopi? Hal ini demikian kerana maksud dan contoh penggunaannya agak mengelirukan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Sekian, terima kasih.Tambah - bukan keta adjektif. Merujuk Kamus Dewan, tambah boleh menerima awalan memper... - mempertambah bermaksud memperbanyak, memperbesar, memperluas. Menambah bermaksud menjadikan lebih banyak/besar/kuat dsb, atau memberi tambah/menokok, manakala menambahkan bermaksud menambahkan sesuatu pada yang sudah ada supaya jadi besar. Oleh itu yang betul ialah, a)menambahkan produktiviti (b) menambah gula dalam air kopi.Tatabahasa08.07.2008

Kembali ke atas