Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
temu
Kata Terbitan : bertemu, menemui, menemukan, mempertemukan, pertemuan, penemuan, penemu,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Apakah beza menghubungi dan menghubungkan? Bolehkah pihak tuan memberikan contoh bagi setiap ayat? Terima kasih

Menghubungi: 1. membuat perhubungan dgn seseorang utk memberitahu sesuatu (melalui surat, telefon, atau pergi sendiri mendapatkannya): ejen-ejen polis rahsia akan terus ~nya lagi; perbicaraan ditangguhkan sehingga saksi penting dapat dihubungi polis; 2. menjadi sambungan kpd sesuatu, mengikuti, menuruti, menyambut (dgn): kata-kata itu dihubungi dgn ketawa;

Menghubungkan1. menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon;  menjadikan berhubungan (berangkaian, bersambungan), menyambungkan, merangkaikan: garisan lurus yg ~ dua titik; rumah itu mempunyai dua kamar yg satu sama lainnya dihubungkan oleh sebuah pintu; 2. = memperhubungkan mempertalikan (dgn), mengaitkan (dgn): perdaganganlah yg ~ negeri Melaka dgn kawasan-kawasan di sekelilingnya; rakyat Hirahlah yg menjadi perantaraan ~ orang Parsi dgn orang Arab; 3. = memperhubungkan mempertemukan dgn, menjadikan satu dgn, menggabungkan dgn: ia pun ~ dirinya dgn pergerakan wanita setempat; mereka memperhubungkan kami dgn sekeluarga orang perantauan lain; 4. menjadikan supaya berhubungan atau bertemu: ada jalan kereta api yg ~ Bangkok dgn Saigon; 

Makna14.09.2009
1. Apakah bezanya perkataan ganggam dan cekak? 2. Apakah makna perkataan 'karih'? 3. Soalan ..Nasi yang telah masak _____ oleh ibu sebelum menghidangkannya. ( Pilihan jawapan: dikarih, dikacau , mana yang lebih tepat) Terima kasih.

1. Tidak wujud istilah ganggam. Mungkin yang saudara maksudkan ialah genggam. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, genggam bermaksud kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang. Cekak pula bermaksud ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yang dibuat dengan mempertemukan ibu jari dengan ibu jari lain.

2. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, karih bermaksud mengacau, mengarau, mengaduk.

3. Berdasarkan konteks ayat, jawapan yang tepat ialah dikarih.    

Tatabahasa12.04.2010
Apakah perbezaan antara cekak dan genggam ?Mengikut Kamus Dewan, cekak mempunyai tiga makna, iaitu (1) ukuran yang besarnya ditentukan oleh lingkaran (bulatan) yg dibuat dengan mempertemukan ibu jari dgn jari lain; (2) gamak, harapan; makna (3) gamak, harapan. Manakala genggam pula mempunyai (1) makna, iaitu kepalan tangan, cengkaman tangan untuk memegang.Makna02.09.2014
Nurul Syuhada SAT 22:57 Nurul Syuhada Nurul Assalamualaikum, terima kasih kerana membaca mesej saya ini. Tujuan saya menulis ini adalah ingin mencari 2 buah buku terbitan DBP yang telah saya baca di zaman persekolahan saya dulu. Antologi cerpen itu begitu dekat dengan hati saya, dan kini, saya sangat rindu utk membacanya lagi. Saya amat berharap agar DBP dapat mempertemukan saya dengan buku berikut: 1. Antologi cerpen bertajuk Musim Penyesuaian 2. Antologi Cerpen Hawa. Saya amat berharap agar dapat membaca karya ini lagi. Terima kasih atas perhatian.Untuk maklumat lanjut, sila hubungi pegawai Bahagian Pengedaran dan Pemasaran DBP, Encik Zulhilmi Baharuddin melalui talian 03-41012409 atau e-mel zulhilmi@dbp.gov.my. Terima kasihLain-lain01.10.2016

Kembali ke atas