Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
proses (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan operasi, perjalanan, tindakan, pergerakan, perkembangan;,
Kata Terbitan : memproses, pemprosesan, pemproses,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam, Yang manakah betul? 1) Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya. 2) Encik Ali ingin memproses susu lembu daripada ladang ternaknya. Terima kasih.Ayat yang betul ialah "Encik Ali ingin memproses susu lembu dari ladang ternaknya". Dalam ayat di atas, kata sendi nama "dari" digunakan di hadapan kata nama yang menyatakan tempat. 
Tatabahasa13.12.2021
1. Anda boleh menggunakan perkhidmatan yang disediakan oleh kami. 2. Pihak majikan akan memproses maklumat yang diberikan oleh anda. Adakah dua ayat ini betul?Yang betul: i. Anda boleh menggunakan perkhidmatan yang kami sediakan. ii. Pihak majikan akan memproses maklumat yang anda berikan. Kami dan anda ialah kata ganti nama diri kedua.Tatabahasa03.10.2007
selamat sejahtera, saya ingin membuat papan tanda dan ingin membuat semakan bahasa. 1) kilang membuat koay teow dan cili boh 2) kilang memproses koay teow dan cili boh manakah perkataan yang lebih sesuai digunakan? sekian terima kasihPerkataan yang sesuai ialah Kilang Kuetiau dan Cili BohLain-lain23.11.2018
Salam sejahtera, Dimaklumkan bahawa saya merasai kecekapan bahagian anda telah turun dalam menyemak permohonan iklan berbanding dengan masa dahulu. Dahulunya, penyemakan hanya mengambil masa 1 hari, manakala kini telah melebihi 1 hari malah 1 minggu pun pernah jadi. Saya berharap pihak anda dapat mengatasi kelemahan ini. Selain daripada itu, saya berharap kakitangan anda dapat membezakan apanya nama syarikat yang telah diluluskan oleh SSM, janganlah menolak atas nama syarikat tersebut sebab itu adalah nama syarikat dan bukan sesuatu ayat. Sekian, terima kasih.Kami ambil perhatian aduan dan saranan tuan. Untuk makluman tuan, pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.Lain-lain30.07.2015
APA ITU PROSES?
 Proses: 1 perubahan (peristiwa dll) yg berlaku berturut-turut atau beruntun-runtun dgn sendirinya: ~ perkembangan jiwa; ~ penghadaman makanan. 2 cara atau kaedah tertentu yg diikut utk membuat sesuatu: ~ Bessemer salah satu cara membuat keluli yg dipelopori oleh Bessemer. 3 beberapa perbuatan berperingkat-peringkat yg dilakukan utk mendapatkan sesuatu: ~ pengeluaran minyak kelapa sawit memang rumit dan memerlukan modal yg banyak. memproses 1 membuat (menyediakan, menjalankan) sesuatu menerusi berbagai-bagai proses: Sebuah kilang ~ minyak telah dibina di Port Dickson. 2 membubuh ubat pd kayu supaya tahan lama (tidak dimakan ulat dll). pemprosesan perbuatan atau hal memproses.
Makna05.10.2009
Saya ingin bertanya 2 soalan. Soalan 1 Istilah Bahasa Melayu bagi 1) Ease of use 2) Ease of learning Soalan 2 Saya ingin membangunkan satu modul untuk meningkatkan kemahiran resilien di kalangan pesakit. Adakah saya boleh menggunakan perkataan 'resilien' atau perlu menggunakan perkataan 'daya tahan'? Terima kasih.1. Cadangan terjemahan bagi perkataan ease of use ialah mudah guna/kemudahan penggunaan dan ease of learning ialah mudah belajar/kemudahan pembelajaran bergantung pada konteks penggunaannya.

2. Perkataan yang lebih tepat dan mudah difahami ialah daya tahan seperti daya tahan pesakit.

Mohon maaf atas kelewatan memproses pertanyaan tuan. Soalah diterima pada 7 Disember 2020.
Penyemakan dan penterjemahan25.02.2020
Salam 1 Malaysia, saya ingin bertanya, berapa lama proses untuk kelulusan pengesahan bahasa oleh dbp untuk iklan?Pada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua - tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan.1">Lain-lain21.07.2015
Apakah maksud rencana? Apakah teknik penulisan rencana? Apakah jenis-jenis rencana?Rencana bermaksud 1. cerita, karangan,kisah. 2. catatan mengenai perbincangan dalam mesyuarat dll.,laporan, minit.3. rangka sesuatu yang dikerjakan4. acara, agenda,jadual,program. Penulisan rencana dibahagikan kepada dua peringkat,peringkat prapenulisan dan peringkat penulisan. Peringkat prapenulisan melibatkan penentuan tajuk,pengumpulan maklumat dan memproses maklumat. Dalam pengumpulan maklumat beberapa teknik digunakan,iaitu Teknik Kategori Aristotle,,Teknik Pemetaan Fikiran, Teknik Rajah Idea dan Teknik Rangka Piramid. Jenis-jenis rencana pula ialah rencana penerangan, berita, profil, penyiasatan, pengalaman peribadi,pendapat, perbahasan,kritikan dan umum. Saudara boleh merujuk beberapa buku tentang perkara ini yang boleh diperoleh di kedai-kedai buku utama.Makna01.04.2008
Saya adalah salah 1 agen yang menguruskan reka bentuk grafik dan periklanan, yang membabitkan pelanggan serta membabitkan proses pencarian rezeki didalam perniagaan. soalan pertama. Mengapa proses penyemakkan dari pihak DBP mengambil masa terlalu lama daripada 1 hari jadi ke 3 hari dan kemudian menjadi melebihi 1 minggu? Sedangkan proses ini perlu dibayar memandangkan sebelum ini tidak perlu dibayar namum proses amat bagus yang hanya memerlukan masa 1 hingga 2 hari bekerja sahaja. Perkara sedemikian bukan la baru sekali dua berlaku pada saya, namun proses ini bole menjejaskan perniagaan saya yang mana saya perlu menunggu melebihi 1 minggu untuk mengaut keuntungan sebanyak rm200.00. Soalan kedua Adakah logik akal pada pihak DBP yang mana rm200.00 sudah cukup bagus tuk perniagaan yang perlu kita kutip dalam masa seminggu lebih? Soalan ketiga Adakah tujuan DBP membuat percaturan sedekian adalah untuk menjatuhkan ekonomi atau menjatuhkan penigaan orang melayu di malaysia ini. Soalan ke empat Kenapa perlu diwujudkan sistem ini andai boleh menyusahkan, merugikan pihak lain dan kenapa perlu dibayar andai sistem ini lembab.Untuk makluman tuan/puan, proses penyemakan dan pengesahan bahasa ditetapkan dalam tempoh 3 hari bekerja selepas bayaran diterima oleh DBP. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk memproses permohonan dalam tempoh kurang dari 3 hari bekerja. Sistem pengesahan bahasa dalam talian diwujudkan bagi memberikan kemudahan dan pilihan kepada pelanggan yang tinggal di luar kawasan Lembah Kelang kerana tidak perlu ke Kaunter Pengesahan Bahasa di DBP Kuala Lumpur untuk mendapatkan khidmat pengesahan bahasa. Sekian. Terima kasih.Lain-lain26.08.2017
Assalamualaikum, saya ingin bertanya beberapa soalan. 1) saya telah membuat permohonan untuk iklan dan saya masih menunggu pengesahan dari pihak DBP, berapa lama proses pengesahan dari pihak DBP diberikan kepada saya. 2) Adakah proses pengesahan bahasa (iklan) memerlukan bayaran?? terima kasih indahPada kelazimannya setiap permohonan diproses dalam tempoh dua hingga tiga hari bekerja. Walau bagaimanapun setelah permohonan diterima daripada seluruh negara, kami perlu mengambil lebih masa bagi memproses setiap permohonan. Bagi pelanggan yang memerlukan kelulusan segera, boleh hubungi kami melalui talian 03-21479400/9500/9600 dan nyatakan nombor pendaftaran iklan tuan. Sehingga kini perkhidmatan yang kami berikan adalah percuma.1">Lain-lain31.07.2015
12

Kembali ke atas