Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.muat] | مموات

Definisi : 1. mengangkut (kapal, perahu, kereta, dll), berisi dgn: besoknya Cina itu pasti datang, tiga empat buah lori ~ barang-barang; 2. mengandungi (mempunyai sbg isi): Sejarah Melayu misalnya ~ kisah-kisah keturunan raja-raja Melayu Melaka; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memuat

Puisi
 

Orang bertolak di Tanjung Rhu,
     Sarat memuat buah perpat;
Hendaklah banyak mengadap guru,
     Supaya terang jalan makrifat.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Pekerja memunggah barang-barang ke dalam lori. Bolehkah saya menggunakan perkataan "memunggah" dalam ayat ini?Memunggah bermaksud menurunkan (muatan kapal dan lain-lain). Oleh itu memunggahtidak sesuai digunakan dalam ayat tersebut, yang betul ialah memuat - pekerja memuat barang-barang ke dalam lori.Tatabahasa03.04.2009
Saya memuat turun teks laporan ini daripada Malaysian Law Journal, adakah penggunaan tatabahasa Bahasa Melayu yang digunakan adalah betul, dan jika tidak, apakah kesalahan-kesalahan bahasa yang terdapat dalam teks laporan ini? disini saya sertakan teks laporan tersebut.Merujuk perenggan awal teks yang dilampirkan, beberapa kesalahan dapat dikesan termasuklah dari aspek ejaan, tanda baca, istilah, penggunaan kata sendi nama, pemilihan kata dan binaan ayat yang tidak gramatis. Contoh kesalahan yang ditemukan ialah samada, di lakukan, mel-elektronik, dari risiko, mewujudkan kasih sayang di antara suami isteri, mengukir sejarah dan lain-lain.Tatabahasa07.04.2013
Ayat manakah yang betul : 1. Kita haruslah berhati-hati apabila (memuat naik/ memuatnaikkan) gambar (ke / ke dalam) laman media sosial.Ayat  yang betul ialah Kita haruslah berhati-hati apabila memuat naik gambar ke laman media sosial.Tatabahasa03.11.2021
Salam sejahtera, 1.Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke / di Google Classroom. (sila beri pencerahan) 2.Murid-murid diminta menyalin karangan di / pada kertas kajang. (sila beri pencerahan). Terima kasih.1. Ayat yang betul ialah Murid-murid diingatkan agar memuat naik video ke Google Classroom. Kata sendi nama "ke" digunakan untuk menunjukkan arah yang dituju dan berlakunya pergerakan.

2. Ayat yang betul ialah Murid-murid diminta menyalin karangan pada kertas kajang. Kata sendi nama "pada" digunakan untuk menunjukkan tempat bagi perbuatan sesuatu kata kerja.
Tatabahasa29.06.2021
Ayat songsangan yang manakah betul? 1. a. Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan. b. Apabila lagu Negaraku dinyanyikan, semua murid berdiri. 2. a. Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial b. Ketika memuat naik gambar ke laman sosial, pengguna harulah berhati-hati.Jawapan yang betul ialah

1.  Berdiri semua murid apabila lagu Negaraku dinyanyikan.
2.  Haruslah berhati-hati pengguna ketika memuat naik gambar ke laman sosial.
Tatabahasa31.10.2017
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tuan/Puan, Saya mengalami kesulitan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Jabatan yang dilampirkan di dalam sistem E-Pengambilan DBP bagi tujuan permohonan jawatan Pembantu Tadbir.(P/O) N19. Bersama- sama ini dikemukakan tangkap layar yang berkaitan untuk rujukan tuan/puan. Perhatian dan bantuan yang diberikan amat dihargai dan didahului dengan ucapan terima kasih. Sekian.Pihak kami mengambil maklum berhubung kesulitan puan untuk mengakses dan memuat turun Borang Perakuan Ketua Jabatan dalam sistem e-Pengambilan DBP. Pihak kami telah menyelesaikan masalah teknikal ini. Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan jawatan kosong atau sistem e-Pengambilan DBP, puan boleh e-mel ke pengambilan@dbp.gov.my.Lain-lain26.10.2021
Salam sejahtera, Yang manakah sesuai untuk terjemahan "loading..."? Ini ialah proses memuat laman/tapak web(teknologi maklumat). 1. Memuatkan... 2. Pemuatan... Kedua-dua perkataan ini menujukkan proses memuatkan, bilakah penggunaan yang sesuai bagi setiap perkataan? Mohon pendapat dan bantuan pihak DBP. Terima kasih.

Kata “memuatkan” ialah kata kerja kerana adanya imbuhan “me” di depan kata muat. Kata “pemuatan” pula ialah kata nama kerana diapit dengan imbuhan “pe” dan “an”. Contoh ayat yang berikut menunjukkan penggunaan kata tersebut:

  1. Amin sedang memuatkan fail dalam laman web syarikatnya.
  2. Pemuatan fail dijangka mengambil masa dalam tempoh 10 saat.
Tatabahasa30.01.2018
ADAKAH PORTAL DBP INI MENYEDIAKAN APLIKASI YANG MEMBOLEHKAN PENGGUNA MENCARI DAN MEMUAT TURUN JURNAL, ARTIKEL ATAU YANG SEUMPAMANYA?Ya, antara dokumen yang boleh dimuat turun ialah brosur, pedoman dan pedoman bahasa serta borang.Lain-lain07.10.2010
Mohon bantuan untk muatturun bahan multimedia untuk sekolah Assalamualaikum, Tuan, Saya berhajat untuk memuat turun bahan berkenaan tetapi gagal. Mohon bantuan tuan. Pautan yang berkaitan adalah seperti berikut: http://lamanweb.dbp.gov.my/index.php/pages/view/764 Maklumat bentuk muka bumi. Terima kasih

Lain-lain18.09.2017
NYATAKAN PERBEZAAN MENGANDUNG DAN MENGANDUNGIMengandung bermaksud 1. membawa sesuatu dalam kandung; dan 2. berisi atau memuat. Merujuk maksud yang kedua mengandung boleh memberi makna yang sama dengan mengandungi. Contohnya, mengandungi maklumat atau mengandung maklumat kedua-duanya adalah betul tetapi lazimnya kita menyebut mengandungi maklumat.Tatabahasa02.05.2014
12345

Kembali ke atas