Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.dah.kan] | ممودهکن

Definisi : 1. menjadikan mudah (utk dikerjakan dll), menyenangkan: utk ~ men-dapat makan, mereka telah menyewakan rumah mereka; 2. memandang atau meng­anggap tidak penting (mustahak, berharga, dll), menganggap enteng: maksud senang di sini bukanlah bererti yg mereka harus ~ kewajiban mengeluarkan zakat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.dah.kan] | ممودهکن

Definisi : 1 menjadikan mudah utk dikerjakan. 2 menganggap tidak penting, tidak berharga dll; memandang mudah. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mudah (adjektif)
Bersinonim dengan senang, enteng, gampang, ringan, lancar, ringkas, kecil, lekeh, ganyir, suang, lasuh, lancar;,
Kata Terbitan : bermudah-mudah, memudahkan, mempermudah, kemudahan, pemudah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
open governmentkerajaan terbukaUndang-undangTiadaKerajaan yang memudahkan rakyat mendekatinya dan memudahkan rakyat mendapatkan maklumat daripadanya.
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifTiadaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
ring gappelega gelangKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaRuang di antara bahagian hujung gelang omboh yang memudahkan gelang omboh dipasang ke dalam alur gelang omboh dan memudahkan gelang omboh mengembang apabila menjadi panas.
house listsenarai milikanKomunikasiKorporatSenarai nama dan maklumat yang memudahkan urusan komunikasi yang berkaitan pelanggan, sama ada pelanggan tetap, bekas pelanggan, atau bakal pelanggan yang disimpan oleh sesebuah organisasi atau syarikat. Fungsi senarai nama ini adalah untuk memudahkan usaha pemasaran dan meluaskan aktiviti pengukuhan citra organisasi atau syarikat, dan mengekalkan serta meluaskan jaringan. Walau bagaimanapun, senarai yang tersimpan terdiri daripada nama pelanggan terpilih yang mempunyai kecenderungan tinggi untuk terus berurusan dengan sesuatu syarikat atau organisasi.
entrainerpengiringKejuruteraanKejuruteraan KimiaBahan tambah yang dicampurkan ke dalam campuran cecair yang tidak mudah dipisahkan. Ia bertujuan memudahkan pemisahan secara penyulingan dijalankan. Ia biasanya membentuk campuran azeotrop dengan komponen di dalam campuran cecair tersebut dan dengan itu, membantu memudahkan proses pemisahan.
sheath (dress)gaun sheathKesenianTiada1. Gaun potong lurus, dan sempit yang lazimnya tanpa kelim. Untuk memudahkan pergerakan, berlisu terbalik bahagian tengah hadapan, di sisi atas tengah belakang supaya kelihatan mengikut bentuk badan.,2. Gaun sama sendat berkelim di pinggang, skirt menirus ke kelepet dan berbelah tengah belakang untuk memudahkan pergerakan. Kedua-duanya dipopularkan pada tahun 1950-an dan awal tahun 1960-an.
facilitatememudahkanPerubatanTiadaTiada
stranded wiredawai berlembarTeknikElektrikDawai atau kabel yang mengandungi beberapa utas dawai halus yang dipintal atau dianyam untuk membentuk teras/pengalir dawai atau kabel tersebut. Dawai ini dibuat berlembar dengan tujuan memudahkan kabel itu dilentur, mengurangkan kesan kekulitan, memudahkan penyambungan, dan menambahkan daya keliatan (sukar patah atau lesu).
facilitating conditionkeadaan memudahkanSosiologiTiadaTiada
contour terracingpeneresan konturPertanianAgronomi

 Kaedah memotong permukaan tanah di lereng bukit yang curam untuk memudahkan penanaman dan mengelakkan hakisan tanah. Lereng bukit ditandakan dengan pancang mengikut ketinggian aras atau kontur yang sama. Tanah pada kontur ini diratakan mengikut kelebaran yang sesuai, iaitu antara 2 meter hingga 4 meter, dan penanaman pokok seperti getah, kelapa sawit atau durian dibuat di tengah teres yang terbentuk. Teres ini akan memudahkan pergerakan manusia untuk menoreh atau memetik buah.  Selain itu, teres ini akan mengurangkan kelajuan air dari atas bukit apabila hujan, sekali gus mengurangkan kemungkinan hakisan tanah berlaku. Jarak antara teres kontur adalah antara 10 meter hingga 20 meter. Di beberapa negara seperti Indonesia dan China, peneresan kontur juga dilakukan untuk penanaman padi di lereng bukit.

12345678910...

Kembali ke atas