Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.ju/] | مموجوق

Definisi : memakai kata-kata manis dgn tujuan hendak memikat hati (mengajak, me­nipu, dll); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.ju/] | مموجوق

Definisi : menuturkan kata yg manis-manis utk memikat (melembutkan hati dll): Maka Khadijah telah ~ dia supaya pergi berjumpa dgn seorang kerabatnya yg bernama Warakah bin Nufal. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pujuk
Kata Terbitan : memujuk, pujukan, pemujukan, pemujuk,

Puisi
 

Api-api pangkalan tarap,
     Pucuk meluncur dari Labuan;
Laki-laki jangan diharap,
     Bijak memujuk si perempuan.


Lihat selanjutnya...(5)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
taghrirpenipuanPerniagaan IslamTiadaPerihal memujuk individu dengan cara yang salah supaya melaksanakan akad. Contohnya, memujuk bakal pembeli dengan memberi gambaran yang tidak benar sehingga menyebabkan satu pihak bersetuju untuk berakad. Penipuan boleh berpunca daripada pihak penjual, pembeli atau orang tengah. Sekiranya wujud kerugian yang besar akibat penipuan, maka pihak yang tertipu diberi hak khiyar kecuali penipuan yang melibatkan harta anak yatim, wakaf dan baitulmal.
persuasive advertisementiklan memujukEkonomiTiadaTiada
solicitationpengumpananSains PolitikPolitik PerbandinganTindakan memujuk untuk menarik perhatian pihak tertentu bagi melakukan sesuatu seperti yang diharapkan oleh pihak yang mengumpan. Tindakan ini boleh dilakukan oleh individu atau satu kelompok terhadap individu lain seperti pemimpin atau badan tertentu. Melalui pengumpanan ini, diharapkan individu yang diumpan terdorong untuk memenuhi kehendak atau melakukan sesuatu pertolongan yang diharapkan oleh pengumpan. Biasanya pengumpanan ini melibatkan ganjaran tertentu yang dijanjikan. Contohnya, wang dan janji pembangunan sering dijadikan umpan untuk mendapatkan undi oleh calon dalam pilihan raya.
union raidingserbu kesatuanPentadbiranTiadaAmalan kesatuan memujuk ahli kesatuan lain menyertai mereka.
lusingandolusingandoMuzikTiada

 Gaya persembahan memujuk dan manis untuk memaparkan perwatakan muzik yang menggoda dan menawan. Contohnya, dalam lagu Getaran Jiwa oleh Tan Sri P. Ramlee.

advertisementiklanKomunikasiTiadaKaedah komunikasi untuk memberitahu dan memujuk pengguna supaya membeli atau menggunakan barangan dan perkhidmatan melalui saluran media massa seperti televisyen, akhbar dan sebagainya.
letter of persuasionsurat pujukanPentadbiran PerniagaanTiadaSurat untuk memujuk pemikiran atas sesuatu keputusan.
accarezzevole (It)belaianKesenianSeni Muzik

Mud muzik yang memujuk jiwa.

reward systemsistem ganjaranPergigianTiadaKaedah menarik minat dan memujuk kanak-kanak untuk menerima rawatan atau menjaga kesihatan dengan memberi ganjaran dalam bentuk pujian atau hadiah. Biasanya hadiah seperti lencana, pelekat atau model akan diberikan selepas rawatan dijalankan.
media functionfungsi mediaKomunikasiTiadaPeranan yang dimainkan oleh media tertentu untuk memaklum, menerang, menghibur dan memujuk masyarakat atau orang perseorangan.
12

Kembali ke atas