Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.muk.ta.mad.kan] | ممعتمدکن

Definisi : memutuskan atau mene­tapkan sesuatu cadangan (rancangan, kepu­tusan dsb) secara muktamad: kabinet ~ ca-dangan eksport dlm usaha utk mewujudkan imbangan dagangan; Bank Negara ~ garis panduan itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.muk.ta.mad.kan] | ممعتمدکن

Definisi : memutuskan sesuatu secara muktamad. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata memuktamadkan


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam DBP, saya ingin dapatkan khidmat nasihat bagi penggunaan ayat Bahasa Malaysia yang betul. Saya sedang dalam memuktamadkan Penyata Kewangan syarikat saya. 1) Apakah ayat yang paling tepat untuk ayat Hartanah Pelaburan atau Harta Pelaburan. Ayat Bahasa Inggeris adalah Investment Property; dan 2) Apakah ayat yang paling tepat untuk ayat Hartanah, Loji dan Peralatan atau Harta Tanah. Loji dan Peralatan. Ayat Bahasa Inggeris adalah Property, Plant and Equipment. Diharap dengan khidmat nasihat DBP akan memastikan penggunaan ayat Bahasa Malaysia digunakan dengan betul. Sekian terima kasih.

Kami mencadangkan padanan terjemahan seperti berikut:

 

1. Investment Property = Hartanah Pelaburan, Harta Pelaburan atau Hak Milik Pelaburan.

2. Property, Plant and Equipment = Hartanah, Loji dan Kelengkapan atau Hartanah, Loji dan Peralatan.

 

Semua padanan terjemahan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.

Istilah05.06.2021
Adakah penggunaan perkataan "perinci" digunakan secara tepat dalam ayat ini? Bolehkah ia digantikan dengan perkataan "terperinci"? Terima kasih. Mesyuarat pada hari ini diadakan dengan tujuan untuk berbincang dan meneliti secara perinci bagi memuktamadkan terma perjanjian baharu yang akan ditandatangani antara syarikat A dan syarikat B kelak.Cadangan perkataan yang sesuai dalam ayat tersebut ialah kata "terperinci" yang bermaksud lengkap dengan butiran keterangannya. Sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2020:1686).Makna15.10.2022
Adakah perkataan "pemuktamadan" boleh digunakan dalam konteks ayat berikut: Objektif mesyuarat adalah untuk pengesahan minit dan pemuktamadan pelan tindakan.." Hal ini kerana melalui carian kata, perkataan "pemuktamadan" hanya terdapat dalam Kamus Inggeris-Melayu Dewan bagi maksud "finalization". Terima kasih.
Mengikut Kamus Dewan Perdana, kata "pemuktamadan" bermaksud perbuatan memuktamadkan keputusan, cadangan dan sebagainya. Contoh ayat: "Pemuktamadan data ini penting kerana kerajaan negeri perlu menetapkan jumlah penduduk setinggan di kawasan tersebut."
Makna18.07.2022

Kembali ke atas