Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
1. Bolehkah menggunakan perkataan 'untuk ' sebagai memulakan ayat ? 2. Bolehkah menggunakan ungkapan ' pertama-tamanya ' untuk memulakan ucapan ? 3. Bolehkah memulakan surat rasmi dengan Adalah dimaklumkan ?

Sdr. Ahmad Norisham, terima kasih kerana menghubungi KNBDBP.

Bagi soalan 1 dan 2 perkataan untuk dan pertama-tama boleh digunakan sekiranya ia digunakan dalam permulaan ucapan atau untuk penulisan iklan atau pemakluman. Manakala Adalah dimaklumkan - tidak boleh. Perkataan adalag ialah kata pemeri, yakni unsur yang menjadi pemerihal atau penghubung antara subjek dengan kata atau rangkai kata utama dalam predikat. Ayat ini seharusnya ditulis Dengan segala hormatnya/ dengan ini dimaklumkan....

Terima kasih

 

Tatabahasa15.04.2009
Saat ini, yang mustahak untuk dilakukan ialah/adalah memulakan kehidupan baru. Ialah atau adalah? Kalau tambah "untuk" di hadapan "memulakan" itu mungkin lebih tepat kalau guna "adalah", tapi nanti jadi ada dua perkataan "untuk" kan jadi tak kemas. Lagipula "memulakan" itu kata kerja kan? Jadi tak boleh pakai adalah? Sekian Terima kasih

Ayat yang betul ialah "Saat ini yang mustahak untuk dilakukan, memulakan kehidupan baru." Kata pemeri tidak boleh hadir di hadapan frasa kerja atau kata kerja.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan (DBP, 2015), halaman 263-265.

Tatabahasa03.03.2024
Bolehkah memulakan ayat dengan perkataan Dan ?Soalan tidak jelas. Sila kemukan soalan dengan ayat yang lengkap.Lain-lain28.08.2022
bolehkah memulakan satu ayat dengan menggunakan perkataan "tetapi"? selain daripada perkataan "namun begitu" apakah perkataan lain yang boleh digunakan?Menurut data kami perkataan tetapi tidak boleh digunakan pada permulaan ayat. Perkataan lain yang boleh digunakan sebagai kata penghubung tentangan bagi permulaan ayat ialah walau bagaimanapun.Tatabahasa17.07.2020
Untuk memulakan perenggan ke 2 surat rasmi mana perkataan yang betul: 1. Dimaklumkan bahawa... 2. Sila maklum ...3. Untuk makluman....4. Adalah dimaklumkan bahawa...Frasa yang betul ialah "dimaklumkan bahawa ...".Tatabahasa19.07.2012
Bolehkah memulakan ayat dengan 'Yang berikut ... ... '. Jika diambil daripada ayat bahasa Inggeris 'The following... ...'? Terima kasih.

Terjemahan bagi "The following... " pada awal ayat ialah "Berikut " atau" Yang berikut".

Contohnya:

1. Berikut ialah atur cara yang dicadangkan bagi sambutan Hari Belia Negara.

2. Yang berikut ialah senarai nama yang akan bertugas pada Pesta Buku Kuala Lumpur.

Tatabahasa26.04.2011
Dalam memulakan penulisan surat rasmi, apakah ayat permulaaan yang digunakan. Adakah betul :- Dengan segala hormatnya atau Dengan hormatnyaKedua-duanya boleh digunakan.Lain-lain15.01.2009
Adakah boleh memulakan ayat dengan frasa iaitu?Untuk makluman, perkataan "iaitu" ialah kata hubung yang digunakan untuk menentukan atau menjelaskan sesuatu yang dinyatakan sebelumnya. Contoh ayat, Ambillah harta itu dengan cara yang baik, iaitu sekadar mencukupi untuk dirimu dan anak-anakmu. “Iaitu” juga merupakan kata pancangan keterangan atau kata keterangan yang berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi keterangan pada klausa utama dan tidak boleh diletakkan di hadapan ayat.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk Kamus Dewan Perdana (DBP, 2021), halaman 796 dan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (DBP, 2008), halaman 253.

Tatabahasa06.05.2024
SIAPAKAH YANG MEMULAKAN BAHASA MELAYU , ADAKAH IANYA SEBELUM ZAMAN NABI ATAU KETIKA ZAMAN PURBAAsal usul orang Melayu, iaitu penutur asli bahasa Melayu, amat kabur kerana sejarah kuno Asia Tenggara masih belum diselidiki dengan mendalam. Beberapa teori telah mengatakan bahawa penutur bahasa Melayu berasal daripada golongan Austronesia yang juga merupakan peradaban Asia Timur sejak sepuluh ribu tahun silam.Lain-lain24.08.2023
Adakah dibolehkan memulakan ayat dengan perkataan UNTUK seperti ayat ini: Untuk markah terperinci sila rujuk borang rubrik. Adakah lebih tepat sekiranya "Sila rujuk borang rubrik untuk markah terperinci" Mohon penjelasan, terima kasih.Ayat yang betul ialah "Sila rujuk borang rubrik untuk melihat markah terperinci"Tatabahasa15.07.2019
12345678910...

Kembali ke atas