Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1. = memulai mula membuat (melakukan) sesuatu: dia terus menunjukkan cara mereka ~ peraduan itu; 2. melakukan (mengerjakan) dr mula, mengasaskan: me-mang sukar hendak ~ sesuatu perniagaan tetapi adalah lebih sukar lagi utk memelihara perniagaan itu; 3. membiarkan mula me­lakukan sesuatu: orang Parsi menunggu orang Islam ~ serangan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.la.kan] | ممولاکن

Definisi : 1 bermula melakukan atau membuat sesuatu: Mereka baru saja ~ gerakan bergotong-royong. 2 melakukan atau menjalankan sesuatu dr mula; mengasaskan: Beliaulah yg ~ syarikat kerjasama di kampung ini. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mula
Kata Terbitan : mula-mula, semula, bermula, memulakan, memulai, permulaan, pemula,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
in media resin medias resKesusasteraanTiadaTeknik memulakan cerita di tengah-tengah oleh pengarang dalam naratif. Teknik ini berbeza dengan kebanyakan naratif yang memulakan cerita di permulaan. Teknik ini membolehkan pengarang bergerak ke depan dan menyorot ke belakang cerita untuk memberikan maklumat yang perlu di tempat yang sesuai untuk menyampaikan cerita. Teknik bertujuan untuk menarik perhatian khalayak secara serta-merta, khususnya jika sesuatu peristiwa yang dipersembahkan sangat menarik atau mengejutkan. In medias res digunakan dalam semua genre, tetapi lumrahnya dikaitkan dengan puisi epik. In medias res berasal daripada perkataan Laitn yang bermaksud �di tengah-tengah sesuatu�. Lihat juga epik, imbas kembali.
activation leveltahap pengaktifanSains SukanBiomekanikTahap aktiviti neuron dalam sistem saraf pusat di saraf tunjang yang memulakan proses penghasilan pergerakan. Pada tahap ini, bahagian dorsal (belakang) saraf tunjang akan memulakan mekanisme pemprosesan saraf, manakala bahagian ventral (hadapan) saraf tunjang mencetuskan output lakuan.
boot-upbutTeknologi MaklumatTiadaProses untuk menghidupkan komputer. Biasanya pengguna hanya menekan suatu butang suis untuk memulakan proses pengebutan ini. Semasa proses ini, program yang terbenam dalam ROM (BIOS) pemproses dijalankan, kemudian beberapa siri ujian ke atas komputer dan peranti komputer dilakukan, dan seterusnya memulakan perlaksanaan sistem pengendalian. Tempoh proses pengebutan ini bergantung kepada jenis komputer (kelajuan pemproses) serta sistem pengendalian yang digunakan.
initiatememulakanPentadbiranTiadaTiada
introducing (service)memulakan (perkhidmatan)KejuruteraanTiadaTiada
plant start upmemulakan lojiKejuruteraanTiadaTiada
attacca (It)atakaKesenianTiadaMemulakan gerak muzik berikutnya tanpa berhenti.
laganglagangKesenianTiadaProses memulakan kerja menganyam mengkuang, pandan, buluh atau rotan
tajatajaKesenianTiadaProses memulakan kerja menganyam mengkuang, pandan, buluh atau rotan.
gebagebaKesenianTiadaProses memulakan kerja mengayam mengkuang, pandan, buluh atau rotan.
12345678910...

Kembali ke atas