Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.lia.kan] | ممولياکن

Definisi : 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.lia.kan] | ممولياکن

Definisi : 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Cikgu, "memuliakan maruah diri" atau "memulia maruah diri"? Kata dasar "mulia" patut menerima awalan meN- atau menerima apitan meN-...-kan?Pembentukan kata yang betul ialah "memuliakan", sila rujuk Kamus Dewan untuk melihat pembentukan kata yang betul daripada akar kata.Tatabahasa13.05.2014
Puan, Salam sejahtera. Sila semak penggunaan "tanda" dan "susah senangnya" dalam ayat-ayat yang berikut : "Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir. Susah senangnya membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera. Ribuan terima kasih."Perbanyakkanlah amalan pada bulan Ramadan sebagai tanda kita memuliakan bulan yang penuh berkat itu," kata Ustaz Monir.


Susah senang membesarkan anak-anaknya selama ini mula memperlihatkan hasil apabila anak sulungnya berjaya menjadi jurutera
Tatabahasa14.01.2013
Assalamualaikum Kenapakah al-Quran dieja dengan huruf besar tetapi hadis dieja dengan huruf kecil padahal kedua-duanya merupakan sumber utama hukum dalam perundangan Islam. Sepatutnya kedua-duanya dieja dengan huruf besar bagi memuliakan wahyu ilahi.

Al-Quran ialah kitab suci yang diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad SAW untuk menjadi panduan hidup manusia (untuk dunia dan akhirat). Al-Quran digolongkan dalam kata nama khas. Kata nama khas mendukung makna rujukan khusus pada suatu nama orang, haiwan, benda, perbadanan (institusi), undang-undang, bangsa, bahasa, pangkat dan seumpamanya. Dalam tulisan, huruf pertama kata nama khas ditulis dengan huruf besar. Contoh kata nama khas ialah seperti Amelia, Raja Zakuan, Jibrail, Kancil, Melayu, Singapura, Piala Thomas, Dewan Bahasa dan Pustaka, Honda, dan lain-lain. 

Hadis pula membawa maksud sabda (perbuatan atau kelakuan) Nabi Muhammad SAW yang diriwayatkan oleh sahabat-sahabatnya (untuk menjelaskan atau menentukan sesuatu hukum Islam). Perkataan hadis digolongkan dalam kata nama am. Kata nama am ialah perkataan yang merujuk benda, perkara, atau konsep yang umum sifatnya. Ia boleh dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil berdasarkan ciri makna perkataannya, iaitu hidup atau tak hidup, manusia atau bukan manusia, institusi atau bukan institusi, konkrit atau abstrak, berbilang atau tak berbilang, dan seumpamanya. Contoh kata nama am ialah seperti pegawai, penyanyi, bayi, bidadari, semut, rumput, pejabat, sawah, dunia, laut, senyuman, rancangan, keburukan, roh, hawa, ajaran, dan lain-lain.

Tatabahasa18.09.2019
Apakah perbezaan antara menjulang dengan menjunjung?menjujung piala

Perkataan menjunjung ialah membawa sesuatu yang diletakkan di atas  kepala dan maksud lain ialah mematuhi, menghormati atau memuliakan, manakala menjulang ialah mengangkat sesuatu ke atas. Oleh itu, menjulang piala lebih sesuai digunakan.

Tatabahasa21.08.2021
Bagaimana untuk menterjemah "honour" dan "respect" seperti dalam penggunaan ayat "We should honour, respect and preserve the cultures of our forefathers" memandangkan kedua-dua perkataan tersebut bermaksud "menghormati". Terima kasih.Pada pandangan kami, padanan bahasa Melayu bagi honour ialah memuliakan manakala respect ialah menghormati mengikut konteks ayat.Penyemakan dan penterjemahan12.10.2017
Apakah perbezaan antara "menyambut" dan "meraikan"? Bolehkah saya menggunakan menyambut untuk perayaan? Sila beri contoh... Terima kasihDalam Kamus Dewan Edisi Keempat, menyambut bererti mengalu-alukan; manakala meraikan bererti 1. menjamu (untuk memuliakan atau menghormati), 2. mengadakan keramaian, merayakan. Sama ada perkataan menyambut atau meraikan, kedua-duanya boleh digunakan untuk perayaan. Contoh: Mereka berbelanja besar utk menyambut Hari Raya Puasa. Seluruh penduduk Desa Murni diundang untuk meraikan perkahwinan anak sulung Penghulu Naim. Makna05.05.2011
Assalam, saya nak sahkan pengenai frasa pejabat agung atau Pejabat Agung atau pejabat Agung. Terima Kasih.Menurut data kami, agung bermaksud 1 tertinggi: Allah yang Maha ~. 2 besar: tiang ~; layar ~. mengagungkan menganggap agung; memuliakan; meluhurkan:. Perkataan tersebut dieja dengan huruf kecil, mohon nyatakan pertanyaan dengan jelas supaya kami dapat membantu memberikan jawapan.Ejaan03.08.2020
Tuan, apakah perbezaannya jika kita meletakkan akhiran -kan di belakang meN... dan TIDAK meletakkan akhiran -kan di belakang meN...? Sebagai contoh: 1. (a)menggunakan (b) mengguna 2. (a) menyaksikan (b) menyaksi 3. (a) memastikan (b) memasti 4. (a) menerbitkan (b) menerbit 5. (a) memberitahu (b) memberitahukan 6. (a) membersih (b) membersihkan 7. (a) melibat (b) melibatkan 8. (a) mengagih (b) mengagihkan 9. (a) mengekal (b) mengekalkan 10. (a) merekod (b) merekodkan 11. (a) memuliakan (b) memuliaUntuk makluman, terdapat kata dasar yang boleh menerima awalan meN- dan boleh juga menerima apitan meN-...-kan. Contohnya:
1. membaca, membacakan 2. membeli, membelikan 3. membesar, membesarkan 4.mengalir, mengalirkan 5. memberitahu, memberitahukan 6. memberi, memberikan
Terdapat juga kata dasar yang hanya dapat menerima apitan meN...-kan dan tidak dapat menerima awalan meN- . Contohnya: menggunakan, menyaksikan, memastikan, membersihkan, melibatkan, mengekalkan, memuliakan
Untuk maklumat lanjut tentang perkara ini, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga muka surat 190 - 197.
Tatabahasa29.04.2014
Selamat sejahtera, saya ingin bertanyakan penggunaan singkatan dalam istilah islamik. Mengapakah SAW dieja rapat tanpa titik tetapi R.A. dieja ada titik? Bukankah konsepnya sama, iaitu singkatan? Sefaham sy, jika akronim memang dieja tanpa titik dan menggunakan huruf besar. Namun, SAW, SWT, RA merupakan kata singkatan. Bolehkah pihak DBP terangkan? Sekian, terima kasih.Ejaan perkataan SWT dan SAW dikecualikan daripada dieja bertitik kerana perkataan ini merupakan kalimat khusus untuk mengagungkan dan memuliakan hanya untuk Allah (SWT) dan Nabi Muhammad (SAW). Perkataan lain seperti r.a. dan a.s. dieja bertitik.


Ejaan01.02.2021

Kembali ke atas