Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.lia.kan] | ممولياکن

Definisi : 1. menjadikan mulia: firman Tuhan lagi, “Dan sesungguhnya Kami telah ~ bani Adam”; 2. menjunjung tinggi, meng­hormati; ~ janji menepati janji; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.lia.kan] | ممولياکن

Definisi : 1 menjadikan mulia. 2 menjunjung tinggi; sangat menghormati: (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mulia (adjektif)
Bersinonim dengan luhur, tertinggi, terhormat, murni, suci, kudus, bersih, agung, utama, syahdu, sani;,
Kata Terbitan : memuliakan, kemuliaan, pemuliaan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REJAB

Rejab ialah bulan ketujuh mengikut takwim Hijrah.

Nama Rejab digunakan sejak tahun 412 M. semasa

zaman Kilab ibn Murrah, iaitu datuk Rasulullah s.a.w.

Bulan ini dinamakan Rejab kerana orang Arab

memuliakan dan menghormati bulan ini dengan

mengelakkan diri daripada melakukan pertumpahan

darah. Malah pada zaman Jahiliyah pun peperangan

diharamkan pada bulan ini.

UMUM 
SKALD

Skald ialah perkataan dalam bahasa Iceland yang

bermaksud penyair, yang merujuk kepada penyair Scandinavia

pada Zaman Pertengahan. Dari tahun 900-an hingga

tahun 1200-an, kebanyakan penyair istana di

Scandinavia berasal dari Iceland. Kebanyakan

puisi skald memuliakan pemimpin yang

berkhidmat dengan skald. Banyak daripada puisi

ini atau sebahagiannya dipelihara dalam sagas

Iceland tahun 1100-an dan 1200-an. Puisi skald

sangat kompleks bentuknya. Ia mempunyai pola

aliterasi (persamaan rima dengan pengulangan

bunyi yang pertama) yang terkawal dan konsonan

(sejenis rima antara suku kata yang mengandungi

vokal yang berbeza tetapi berakhir dengan

konsonan yang sama). Puisi skald juga

menggunakan sejenis metafora luasan yang

disebut sebagai kenning.

Lihat juga Edda; Saga.

UMUM 
THUG

Thug ialah ahli persatuan lama di India yang

membunuh atas nama agama. Istilah Thug berasal

daripada bahasa Hindustan yang bermaksud

penipu atau samseng . Ahli persatuan Thug ini

membunuh dan merompak mangsa mereka untuk

memuliakan Kali, iaitu dewi kemusnahan yang

juga isteri Dewa Shiva.

UMUM 
SURAH AL-NAS

Surah al-Nas ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah yang ke-114 mengikut susunan

surah-surah al-Qur’an, iaitu surah terakhir dan

mengandungi enam ayat. Surah ini dinamakan al-

Nas (manusia) untuk memuliakan manusia di mana

perkataan Rabb yang bermakna Tuhan disandarkan

kepada kalimah tersebut.

UMUM 
MAULID RASUL

MAULID RASUL, perayaan tahunan untuk memperingati dan memuliakan hari kelahiran Nabi Muhammad s.a.w.  Perayaan ini diadakan pada tarikh kelahiran baginda iaitu 12 Rabiulawal.  Perayaan ini bermula lebih kurang pada abad ke-8 H. Di Mesir.

BUDAYAPerayaan/Upacara
SURAH AL-KAHFI

Surah al-Kahfi ialah salah satu daripada surah

Makkiyyah, surah ke-18 mengikut susunan surah-surah

al-Qur’an dan mengandungi 110 ayat. Surah

ini dinamakan al-Kahf (Ashab al-Kahf) kerana

kandungannya menceritakan mengenai mukjizat

Tuhan dalam sebuah kisah yang aneh dan ajaib,

iaitu kisah Ashab al-Kahf. Surah ini adalah surah

Makkiyyah, yang bertujuan memperbaik akidah

dan tauhid. Ia juga adalah salah satu daripada lima

surah yang bermula dengan perkataan

(alhamdulillah). Lima surah yang bermula dengan

(alhamdulillah) ialah surah al-Fatihah, al-An’am,

Saba, dan Fatir. Surah al-Kahfi bermula dengan

pujian kepada Allah S.W.T., memuliakan-Nya,

pengiktirafan keagungan dan kebesaran serta

kesempurnaan-Nya.

UMUM 

Kembali ke atas