Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mung.kin.kan] | مموڠکينکن

Definisi : 1. menyebabkan mungkin, menjadikan mungkin, mengharuskan: ke-matian mereka ~ terjadinya sesuatu yg tidak diingini oleh manusia; 2. memberi kesem­patan (kpd), membolehkan (melakukan se­suatu): ini tidak ~ si pengarang dapat mengata-kan dia sudah banyak membaca; 3. meng­anggap mungkin (boleh jadi), memandang tidak mustahil; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mung.kin.kan] | مموڠکينکن

Definisi : 1 menjadikan mungkin. 2 membolehkan sesuatu berlaku: Peraturan itu ~ pekerja-pekerja menjalankan tugas dgn cekap dan teratur. 3 menganggap mungkin atau menganggap tidak mustahil. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
mungkin (kata tugas)
Bersinonim dengan barangkali, boleh jadi, harus, tidak mustahil, agak-agaknya, mudah-mudahan, mentak;,
Kata Terbitan : memungkinkan, kemungkinan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
APAKAH PERBEZAAN ANTARA WAHANA DAN BAHANA?Wahana bermaksud saluran atau perantaraan (yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai), manakala bahana antaranya bermaksud sesuatu yang timbul disebabkan daripada sesuatu kejadian (perbuatan, tindakan, keadaan, dan sebagainya). Untuk melihat makna yang lain sila rujuk Kamus Dewan.Makna30.08.2009
Apakah makna perkataan wahanaMerujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, wahana bermakna saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna22.03.2009
BAGAIMANAKAH FAKTOR-FAKTOR YANG MENYEBABKAN WUJUDNYA MASYARAKAT PELBAGAI BAHASA DI MALAYSIA?

Kepelbagaian kaum dalam masyarakat Malaysia memungkinkan wujudnya masyarakat pelbagai bahasa di negara ini. Untuk maklumat lanjut sila rujuk perpustakaan dan dapatkan makalah atau kertas kerja yang dibentangkan di pelbagai seminar bahasa dan linguistik. 

Lain-lain02.10.2010
Apakah makna 'enable' , 'adjust' dan 'intense' di dalam bahasa malaysia? Terimakasih.Merujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, makna bagi 'enable' ialah membolehkan ; memungkinkan; memberikan kesempatan. Manakala makna 'adjust' pula ialah menyesuaikan; membetulkan; melaraskan. Makna 'intense' ialah amat sangat; mendalam; kuat; hebat; sunguh-sunguh; penuh perasaan. Untuk rujukan seterusnya, sila rujuk Kamus Dwi Bahasa Edisi Kedua, terbitan DBP. Harap Maklum.Makna22.12.2006
Salam sejahtera.Saya nak tanya apakah perbezaan antara wahana dan wacana dari segi penggunaan dan makna?

Wahana bermaksud saluran atau perantaraan (yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai).

Wacana pula ialah unit bahasa yang melebihi batas ayat. Wacana boleh terdiri daripada ayat, sejumlah ayat, ceraian, dialog, bab, buku, siri buku dan sebagainya, yang memperlihatkan hubungan dan perkembangan fikiran yang berurutan dan lengkap.

Dalam sesebuah wacana, perkaitan antara unit bahasa yang terlibat melahirkan kesatuan yang utuh. Sesuatu wacana, sama ada dalam bentuk lisan atau tulisan, diujarkan bagi tujuan menyampaikan sesuatu maklumat tentang sesuatu topik.

Untuk keterangan lanjut dan untuk mengetahui makna perkataan, sila rujuk Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga dan
Kamus Dewan Edisi Keempat melalui https://prpm.dbp.gov.my/.

Lain-lain11.08.2022
Apakah kerjaya yang melibatkan bidang sastera?Bidang sastera suatu disiplin ilmu yang dipelajari  bersama-sama disiplin lain di Institusi Pengajian Tinggi. Umumnya pengkhususan sastera dalam peringkat sarjana atau doktor falsafah , yang memungkinkan pemegangnya menjadi pensyarah atau sebagainya. Kerjaya lain yang melibatkan sastera termasuklah penulis sepenuh masa dalam bidang kreatif imaginatif seperti novel, cerpen, puisi, yang menjajikan pendapatan sekiranya diterima untuk penerbitan. Seelok-eloknya seseorang yang  berkelulusan sastera harus mempelajari bidang ilmu yang lain seperti ekonomi, pentadbiran, kewangan, undang- undang, sekadar beberapa contoh agar dapat menghasilkan karya yang bertemakan isu semasa sebagaimana pengarang-pengarang Barat. Di Amerika umpamanya, penulis seperti John Grisham adalah pengamal undang-undang dan sebab itulah beliau dapat menggarap persoalan undang-undang dalam karyanya.     Lain-lain11.08.2008
1. Apa beza wahana dan wadah? 2. Akan membeli rumah Firdaus, kalau mendapat pinjaman daripada kerajaan. Betul atau salah ayat ini?Merujuk Kamus Dewan Edisi Keempat, maksud wahana ialah saluran atau perantaraan (yg memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai). Wadah pula ialah alat, asas, medan, saluran (utk melakukan atau menyampaikan sesuatu). Untuk keterangan lanjut dan mengetahui makna sesuatu makna perkataan, sila rujuk Kamus Dewan. Ayat tersebut salah kerana tidak mempunyai subjek.Tatabahasa18.09.2008
definisi wahana
Wahana  ialah saluran atau perantaraan yang memungkinkan sesuatu dilakukan, disampaikan, atau dicapai.
Makna05.01.2013
pusat perkembangan bahasa melayu di asia tenggara pada abad ke 15 hingga abad ke 17.Untuk mengumpul maklumat berkaitan dengan tugasan tuan, sila kunjungi perpustakaan yang berhampiran khususnya di tempat puan belajar. Ruang dan perkhidmatan yang terhad tidak memungkinkan kami membantu menyelesaikan soalan yang berkaitan dengan tugasan. Tiada jalan pintas untuk berjaya, kadangkala ia bermula dengan sesuatu yang sukar.Lain-lain24.12.2015
Apakah perbezaan antara 'kecacatan bangunan' dan "kerosakan bangunan' yang lazimnya digunakan dalam istilah kejuruteraan?Kecacatan bangunan bermaksud keadaan bangunan yang tidak sempurna, manakala kerosakan bangunan bermaksud keadaan bangunan sudah tidak baik atau tidak sempurna lagi; sudah binasa atau pecah-pecah. Dalam bahasa yang mudah difahami kerosakan bangunan memungkinkan bangunan tidak boleh digunakan, manakala kecacatan bangunan hanya menyebabkan keadaan tidak sempurna tetapi masih boleh digunakan. Bidang pembinaan juga menerima konsep tersebut kerana itulah lazimnya istilah 'kecacatan bangunan' digunakan.Istilah04.03.2012
12

Kembali ke atas