Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : 1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : menempelkan pupuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : 1 menyuburkan tanah atau tanaman dgn pupuk; membubuh baja. 2 ki menyebabkan menjadi maju (berkembang dll): Kerajaan berusaha ~ perpaduan antara kaum di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan baja: kompos, serasah, rabuk,

2. Bersinonim dengan perangsang: pencetus

Kata Terbitan : memupuk,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
memupuk juaramembentuk juaraTatabahasa09.04.2007
Ibu bapa perlu meluangkan masa untuk menemani anak supaya memupuk hubungan yang mesra. Betulkah penggunaan kata kerja memupuk dalam ayat ini? Cadangan: Ibu bapa perlu meluangkan masa menemani anak supaya dapat memupuk hubungan yang lebih mesra. Lain-lain01.06.2009
bagaimanakah memupuk minat pelajar cina terhadap sastera melayu?KN DBP hanya dapat menjawab soalan berbentuk fakta.  Oleh sebab soalan saudara/saudari tersebut bersifat subjektif, kami menyarankan saudara/saudari membuat penelitian minat pelajar-pelajar Cina tersebut terlebih dahulu terhadap bentuk-bentuk sastera Melayu yang mereka minat. Selain itu, saudara/saudari juga boleh meneliti faktor tidak minat mereka kepada sastera Melayu. Walau apa pun yang perlu ditekankan kepada mereka adalah bahawa asas sesuatu sastera, tanpa mengira bangsa adalah satu matlamat, iaitu melahirkan insan yang berjiwa murni dan bersahsiah tinggi.Lain-lain14.06.2008
Selamat petang. Saya ingin bertanya adakah frasa memupuk semangat keprihatinan dapat digantikan dengan menggalakkan semangat mengambil berat? Apakah perkataan yang sesuai untuk menggantikan perkataan memupuk? Terima kasih.

Frasa "menggalakkan semangat mengambil berat" betul dan mempunyai maksud yang sama dengan frasa "memupuk semangat keprihatinan."

Tatabahasa29.07.2022
1. Untuk memupuk minat membaca dalam kalangan pelajar, pihak sekolah mesti mengadakan Kempen Membaca. Soalan saya-Bolehkah mulakan ayat dengan kata sendi "untuk"? 2. banyak pelajar/ramai pelajar -manakah yang betul? 3. Kita mestilah menghormati guru dengan memberi sepenuh tumpuan ketika guru sedang mengajar. Soalan saya-bolehkah kata sendi "dengan" hadir di hadapan kata kerja? 4. Pakaian gadis itu sangat menjolok/mencolok mata. -mana yang betul? Terima kasih.1.        Untuk pengetahuan saudara, kata sendi nama untuk boleh berada pada awal ayat. Contoh yang dikemukakan ialah ayat songsang iaitu dengan mengalihkan unsur frasa sendi nama ke bahagian hadapan; mendahului subjek. Contoh ayat songsang yang mudah ialah:            Ayat biasa : Hadiah itu untuk ibu.            Ayat songsang : Untuk ibu hadiah itu.2.     Banyak pelajar/ramai pelajar, Kedua-duanya betul mengikut konteks. Perkataan banyak dan ramai berkongsi pada makna banyak tetapi tidak pada maknanya yang lain. Banyak merujuk kepada bilangan/jumlah tetapi ramai merujuk kepada situasi . 3.     kata sendi dengan boleh hadir di hadapan kata kerja.4.     Ungkapan yang betul ialah mencolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, mencucuk (menusuk) mata bermaksud mencucuk mata. Tiada istilah menjolok mata. Menurut Kamus Dewan edisi keempat, menjolok bermaksud 1. menusuk (merodok) sesuatu dgn galah dll supaya gugur, menusuk ke dlm lubang dll. 2. memasukkan jari tangan ke dlm lubang hidung (kerongkong dll). Makna29.04.2011
Mohon penjelasan tuan, manakah yang tepat tentang penggunaan ialah dapat atau adalah dapat contoh: 1) Manfaat seterusnya IALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama. 2) Manfaat seterusnya ADALAH DAPAT memupuk semangat kerjaasama.Ayat yang gramatis ialah "Manfaat seterusnya dapat memupuk semangat kerjasama." Penggunaan kata pemeri ialah dan adalah tidak perlu.Tatabahasa16.05.2017
Selamat sejahtera. 1. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah mempelajari sejarah negara. 2. Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Perkara yang mengelirukan saya di sini ialah kata nama digunakan selepas perkatan "ialah". Dalam ayat 2 atas, perkataan "kita" ialah kata nama selepas perkatan selepas perkatan "ialah ". Namu, kalau dibaca ayat kedua itu, saya ada kekeliruan. Jadi,ayat mana satu betul? Atau kedua-dua ayat betul?Harap maklum.
Ayat yang betul ialah: Antara langkah untuk memupuk perpaduan ialah kita harus mempelajari sejarah negara. Kata ialah dan adalah merupakan kata pemeri. Kata pemeri ialah menunjukkan persamaan dan hadir di hadapan frasa nama, manakala kata pemeri adalah menunjukkan huraian dan hadir di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan, halaman 263.

Tatabahasa15.05.2014
adakah MEMUPUK seerti dengan MENYEMAIKAN ?Dalam istilah pertanian, memupuk dan menyemaikan membawa erti yang berbeza.Istilah14.08.2011
Program ini diadakan untuk memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar. atau Program ini didadakan demi memupuk amalan membaca dalam kalangan pelajar. Antara dia atas, ayat manakah yang lebih sesuai atau kedua-dua ayat di atas pun sesuai?

"demi' di dalam ayat tersebut membawa maksud tujuan dan dalam Kamus Dewan Edisi Keempat antara maksud demi ialah untuk. Oleh itu penggunaan kata-kata tersebut adalah betul.

Tatabahasa26.03.2011
Amalan membaca dapat memupuk kita menjadi seorang yang berguna dalam masyarakat. Adakah ayat ini betul?Amalan membaca dapat memupuk kita menjadi orang yang berguna dalam masyarakat.Tatabahasa18.03.2014
123456

Kembali ke atas