Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : 1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : menempelkan pupuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : 1 menyuburkan tanah atau tanaman dgn pupuk; membubuh baja. 2 ki menyebabkan menjadi maju (berkembang dll): Kerajaan berusaha ~ perpaduan antara kaum di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan baja: kompos, serasah, rabuk,

2. Bersinonim dengan perangsang: pencetus

Kata Terbitan : memupuk,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BINTANG RADIOBINTANG RADIO,  pertandingan nyanyian tahunan yang popular di kalangan pendengar Radio Malaysia sebelum adanya siaran televisyen. Pertandingan ini diperkenalkan pada tahun 1956 dan ditamatkan pada tahun 1970. Tujuannya adalah untuk mencungkil dan memupuk bakat baru dalam bidang seni suara.  Usaha ini  juga menggalakkan lebih ramai penyanyi tempatan memperbaiki mutu seni suara untuk rakaman piring hitam atau persembahan di kelab malam.BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
RUKUN TETANGGA

RUKUN TETANGGA, pertubuhan masyarakat bagi tujuan memupuk semangat kejiranan di kalangan penduduk di sesuatu kawasan perumahan atau kawasan kediaman.  Rukun Tetangga telah diperkenalkan secara rasmi pada 29 Ogos 1975 oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak.  Perkataan ‘Rukun Tetangga’ diambil daripada sebuah pertubuhan kejiranan keselamatan yang terdapat di Indonesia.  Rukun Tetangga dianjurkan oleh kerajaan Persekutuan dengan kerjasama kerajaan negari.  Rukun Tetangga ditadbirkan oleh Jabatan Perpaduan Negara di bawah Jabatan Perdana Menteri.  Mulai bulan Oktober 1990, Rukun Tetangga diletakkan di bawah tanggungjawab Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
SEKIM AMANAH SAHAM NASIONALSEKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Sekim Amanah Saham Nasional (Sekim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Sekim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
PERADUAN MENGARANG NOVEL

PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden.

SASTERAKonsep
SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL

SKIM AMANAH SAHAM NASIONAL, skim saham amanah yang pertama yang ditubuhkan oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB).  Skim Amanah Saham Nasional (Skim ASN)  ditubuhkan dengan tujuan menggembleng tabungan kaum bumiputera termasuk golongan di luar bandar serta memupuk tabiat menabung di kalangan mereka. Skim ASN dilancarkan secara rasmi pada 20 April 1981 oleh Tun Hussein Onn, Perdana Menteri Malaysia. Skim ini mempunyai ciri-ciri yang unik dan telah membawa pulangan yang baik dan stabil dalam bentuk dividen dan bonus kepada para pelabur sejak penubuhannya. Skim ini adalah wahana utama kerajaan bagi meningkatkan pemilikan ekuiti bumiputera dalam sektor korporat dan membantu membasmi kemiskinan di kalangan mereka selaras dengan matlamat Dasar Ekonomi Baru (DEB).

SEJARAH DAN ARKEOLOGISistem
PERSIS

PERSIS, pertubuhan Islam modenis di Indonesia.  PERSIS ialah singkatan Persatuan Islam.  Persatuan ini ditubuhkan di Bandung pada 12 September 1923 oleh sekumpulan cendekiawan Islam yang berminat kepada pengkajian dan kegiatan Islam.  Sebelum tahun 1926, PERSIS tidak mengamalkan prinsip moden berorganisasi tetapi memupuk pengajian Islam.  Pemimpin awalnya ialah Haji Zamzam, seorang guru agama di Sekolah Agama Darul Muta’allimun, Bandung dan Haji Muhammad Junus, seorang pedagang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT

KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT, majalah yang terbit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini dicetak oleh Al-Islamiah Press di Singapura bagi keluaran pertamanya pada 17 September 1935, di bawah pimpinan Mohd. Ali Abduh. Majalah ini diterbitkan secara bulanan pada tiap-tiap pertengahan bulan setebal 28 halaman dan berukuran 26 cm x 38 cm. Majalah ini memuatkan penulisan rencana dan sastera yang bersifat keagamaan. Tulisan yang termuat dalam majalah ini berusaha memupuk dan membentuk minda masyarakat Melayu supaya lebih berorientasi keagamaan, di samping mempertingkatkan nilai moral dan takwa mereka.

SASTERAPenerbitan

Kembali ke atas