Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : meletakkan pupuk (di ubun-ubun dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : 1. menyuburkan tanah (tanam-­tanaman) dgn pupuk, membubuh pupuk (atau baja) pd, membajai: tanah itu dipupuk dgn baja; 2. menggemukkan (badan, binatang, dll): ayam biri meskipun tidak dipupuk, gemuk juga; 3. menjadikan atau menyebabkan subur (maju, berkembang, dll): karya-karya dan tulisan pengarang boleh ~ semangat dan kemajuan masyarakat; menyemai dan ~ semangat cintakan tanah air; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : menempelkan pupuk. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.mu.pu/] | مموڤوق

Definisi : 1 menyuburkan tanah atau tanaman dgn pupuk; membubuh baja. 2 ki menyebabkan menjadi maju (berkembang dll): Kerajaan berusaha ~ perpaduan antara kaum di Malaysia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
pupuk (kata nama)
1. Bersinonim dengan baja: kompos, serasah, rabuk,

2. Bersinonim dengan perangsang: pencetus

Kata Terbitan : memupuk,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
trade-fostering policydasar memupuk perdaganganGeografiTiadaTiada
anchored instructionpengajaran tambatanPendidikanTiadaAktiviti yang direka bentuk untuk memupuk pembelajaran yang mempunyai hubungan langsung dengan cabaran kehidupan sebenar di luar bilik darjah.
health policydasar kesihatanPentadbiranTiadaDasar yang dilaksanakan oleh kerajaan bagi memupuk kesedaran dan memelihara kesihatan awam dengan melancarkan pelbagai program dan penguatkuasaan pelbagai peraturan yang berkaitan. Dasar kesihatan yang baik boleh memastikan bekalan makanan dan air bersih kepada orang ramai, memelihara kebersihan alam sekitar, mengawal kesihatan ibu dan bayi, menguatkuasa imunisasi penyakit berjangkit dan memperluaskan perkhidmatan kesihatan dan hospital sehingga ke kawasan pedalaman. Dasar seperti ini turut menumpukan perhatian kepada penghindaran jangkitan penyakit merbahaya seperti AIDS, kusta, batuk kering, taun, SARS dan polio. Di samping itu dasar kesihatan yang ketat turut mengawal pembekalan ubat dan dadah tertentu, penjualan bahan terkawal seperti minuman keras, ubat batuk dan rokok. Terdapat juga dasar kesihatan di negara tertentu yang mewajibkan pengambilan polisi insuran kesihatan bagi rawatan hospital dan terdapat dasar kesihatan yang memberi khidmat hospital dan rawatan percuma seperti negara kebajikan di Norway dan Denmark. Namun, tidak semua negara memiliki dasar kesihatan ini terutamanya negara sedang membangun seperti Sudan dan Etiopia.
principles of administrationprinsip pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Rukun atau etika pengurusan atau pentadbiran yang dipegang serta dijadikan amalan dalam sesebuah organisasi. Ia bertujuan untuk memupuk disiplin dan nilai murni dalam kalangan ahli organisasi. Biasanya, prinsip pentadbiran berpandu kepada budaya dan etika kerja yang ingin diserapkan di dalam persekitaran sesebuah organisasi. Bentuk prinsip pentadbiran adalah berbeza antara organisasi dengan organisasi yang lain kerana misi, visi dan matlamatnya berbeza. Pihak pengurusan atasan bertanggungjawab menentu dan melaksanakan prinsip pentadbiran ini sebelum dijadikan amalan atau budaya organisasi tersebut.

zero sum gamemainan campur-tolakSains PolitikHubungan AntarabangsaKeadaan apabila kekalahan sesuatu pihak merupakan kemenangan bagi pihak yang lain. Dalam politik antarabangsa, mainan ini tidak mempunyai ruang untuk memupuk kerjasama dalam kalangan aktor antarabangsa dalam jangka masa panjang. Contoh keadaan yang dapat disifatkan sebagai permainan ini ialah perlumbaan senjata antara negara.
triadic networkjaringan tiga serangkaiSains PolitikPolitik PerbandinganHubungan kerjasama yang melibatkan tiga negara dan memiliki hak serta peranan yang sama dalam aspek tertentu seperti ketenteraan, ekonomi, kebudayaan dan sosial. Kerjasama ini dibuat sebagai usaha untuk memupuk hubungan baik menjaga kepentingan bersama dan mendapatkan faedah atau keuntungan daripada hubungan tersebut. Contohnya, kerjasama MAPHILINDO antara Malaysia, Filipina dan Indonesia pada tahun 1960-an, SIJORI iaitu kerjasama antara Singapura, Johor dan Riau serta kerjasama BIMP-EAGA antara Malaysia, Brunei Darussalam dan Indonesia. Sinonim rangkaian tiga serangkai.
Organisation of Islamic Cooperation (OIC)Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC)Undang-undangUndang-undang AntarabangsaPertubuhan antara kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 1969 menerusi Piagam Pertubuhan Persidangan Islam sebagai tindak balas dunia Islam terhadap serangan Zionis yang membakar Masjid al-Aqsa. Antara objektif OIC adalah untuk memupuk perpaduan Islam antara negara anggota, memperkukuh kerjasama negara anggota dalam bidang seperti ekonomi, kebudayaan sosial dan saintifik, menyelaraskan usaha bagi melindungi tempat-tempat suci Islam serta menyokong perjuangan bangsa Palestin bagi membebaskan tanah air mereka daripada cengkaman Zionis.
administrative behaviourtingkah laku pentadbiranPentadbiranPentadbiran Awam

Sikap, kelakuan, gelagat individu atau kumpulan individu dalam menunaikan tanggungjawab pentadbiran. Sikap, kelakuan atau gelagat pentadbiran ini akan mempengaruhi persekitaran kerja khususnya dalam mengendalikan sesuatu tindakan atau menyelesaikan sesuatu pertikaian. Anggota pentadbiran perlu mengamalkan nilai dan etika murni ke arah memupuk semangat kerjasama, menyumbangkan kesinambungan idealisme dan motivasi kerja sesebuah organisasi. Adalah menjadi tugas utama pucuk pimpinan untuk melahirkan kesedaran di kalangan anggota mereka bagi memastikan segala misi, visi, matlamat dan objektif organisasi dapat dicapai.

administrative culturebudaya pentadbiranPentadbiranTiadaSatu set kesefahaman atau cara bekerja yang dikongsi bersama oleh anggota dalam sesebuah organisasi. Amalan ini dipengaruhi oleh norma, nilai, latar belakang, kepercayaan serta latihan organisasi atau masyarakat tersebut. Contohnya, etika kerja masyarakat di Jepun dan Korea Selatan yang telah diterapkan melalui Dasar Pandang ke Timur. Etika kerja dan slogan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk mengubah budaya kerja dan tingkahlaku kakitangan kerajaan seperti pengenalan kad perakam waktu bagi memupuk budaya menepati masa.
participative decision makingpembuatan keputusan libat samaPengurusanPerancanganProses pembuatan keputusan dalam pengurusan organisasi yang dilakukan dengan membenarkan dan menggalakkan pekerja untuk turut serta, melalui perkongsian pendapat dan idea. Keputusan yang dicapai melalui proses ini dianggap lebih berkualiti memandangkan pekerja merupakan sumber sebenar untuk memahami operasi organisasi. Pembuatan keputusan libat sama boleh diguna pakai oleh organisasi untuk memupuk hubungan kerja yang baik, meningkatkan kepuasan kerja dan seterusnya menyumbang kepada iltizam yang tinggi dalam kalangan pekerja.
12

Kembali ke atas