Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mus.nah.kan] | مموسنهکن

Definisi : membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mus.nah.kan] | مموسنهکن

Definisi : menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Glosari Sains Untuk Sekolah

Istilah Bahasa MelayuIstilah Bahasa InggerisHuraianPeringkat
antikulatantifungalSebatian kimia yang memusnahkan atau menyekat pertumbuhan kulat.Menengah Atas
antibiotikantibioticBahan kimia yang memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin.Menengah Atas
herbisidherbicidesBahan kimia yang merencatkan atau memusnahkan rumpai.Menengah Atas
disinfektandisinfectantBahan kimia yang digunakan untuk memusnahkan atau merencatkan aktiviti mikroorganisma yang terdapat pada benda yang tidak bernyawa.Menengah Atas
kerosakan gigitooth decayKerosakan pada gigi yang memusnahkan permukaan luar dan dalam enamel gigi. Lihat RajahSekolah Rendah
makrofajmacrophageSel fagosit yang besar, berfungsi untuk memusnahkan patogen secara fagositosis.Menengah Atas
antibiotikantibioticBahan kimia yang dihasilkan oleh kulat dan bakteria, yang dapat memusnahkan atau merencatkan pertumbuhan mikroorganisma lain. Antibiotik digunakan untuk merawat jangkitan penyakit. Contohnya, penisilin, streptomisin dan kloromisin.Menengah Rendah
klorofluorokarbon (CFC)chlorofluorocarbon (CFC)Sebatian kimia yang mengandungi unsur karbon, klorin dan fluorin. Sebatian ini boleh memusnahkan lapisan ozon di atmosfera.Menengah Rendah
monositmonocytesSel darah putih yang mempunyai satu nukleus yang besar dan berbentuk seperti ginjal. Monosit bersifat fagosit yang dapat memusnahkan bakteria dan benda asing yang masuk ke dalam sistem peredaran darah.Menengah Atas

Kembali ke atas