Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.mus.nah.kan] | مموسنهکن

Definisi : membinasakan langsung, menghilangkan, melenyapkan, merosakkan: angkatan udara Mac Arthur di Filipina telah dimusnahkan dlm masa tiga hari sahaja; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.mus.nah.kan] | مموسنهکن

Definisi : menyebabkan jadi musnah; membinasakan; merosakkan: Bom atom telah ~ bandar Hiroshima dan Nagasaki. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
musnah (adjektif)
Bersinonim dengan binasa, ranap, punah, hancur, hancai, remuk, jahanam, rosak, lingkup, tengkarap, hapus, sirna;,
Kata Terbitan : memusnahkan, kemusnahan, pemusnahan, pemusnah,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
disinfectantbahan penyahjangkitHerbaPemiawaianAgen yang digunakan untuk memusnahkan atau merencat aktiviti mikroorganisma. Bahan penyahjangkit terdiri daripada bahan penyahjangkit lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan spora dan bentuk vegetatif mikroorganisma, dan bahan penyahjangkit tak lengkap, iaitu bahan yang dapat memusnahkan bentuk vegetatif, tetapi tidak dapat memusnahkan spora mikroorganisma tersebut. Contohnya, ekstrak sirih (Piper betle) yang dijadikan sebagai bahan pembersih wanita.
eradicationpembasmianBiologiPatologiPenyembuhan penyakit dengan cara memusnahkan patogen, misalnya sumber inokulum. Usaha ini termasuklah memusnahkan perumah terjangkit yang bertujuan memusnah sumber inokulum. Kaedah lain yang sering dilakukan ialah mencabut dan memusnahkan tanaman yang terserang dengan cara membakarnya. lih. penakaian.
lousicidelousisidPerubatanTiada1. Memusnahkan kutu.,2. Agen yang boleh memusnahkan kutu.
antiamebicantiamebikFarmasiFarmakologi1. Berkaitan dengan memusnahkan atau menindas pertumbuhan ameba. 2. Agen yang digunakan untuk memusnahkan atau menindas pertumbuhan ameba Entamoeba histolytica di dalam usus. Contoh agen ini ialah dehidroemetin, metronidazola dan diiodohidroksilruinolina.
Kanzius RF therapyterapi Kanzius RFFizikNanoteknologiSejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang disangkut pada sel kanser dan diberikan sinaran elektromagnet pada frekuensi radio (RF). Apabila menerima sinaran ini, nanozarah akan menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tanpa memusnahkan sel yang sihat.
cancer nanotherapynanoterapi kanserFizikNanoteknologiSejenis terapi kanser yang menggunakan nanozarah yang peka dengan rangsangan seperti gelombang elektromagnet, medan magnet dan akustik. Apabila rangsangan dikenakan, nanozarah menjadi panas dan memusnahkan sel kanser tetapi tidak memusnahkan sel yang sihat. Lihat juga terapi Kanzius RF.
fighter jetjet pejuangAeroangkasaTiadaPesawat udara yang direka bentuk khas dan diperalatkan untuk memintas, bertempur di udara dan memusnahkan pesawat udara musuh.,Pesawat udara yang disewa oleh syarikat talian udara daripada syarikat lain untuk kegunaannya.,Pesawat udara yang direka bentuk khas dan diperalatkan untuk memintas, bertempur di udara dan memusnahkan pesawat udara musuh.
demyelinatedemielinatPerubatanTiadaMemusnahkan atau mengeluarkan lapisan mielin sesuatu saraf.
deacidificationpenyahasidanPerubatanTiadaProses memusnahkan keasidan atau meneutralkan sesuatu atom.
bactericidalbakterisidalPerubatanTiadaBerupaya memusnahkan bakteria.
12345678910...

Kembali ke atas