Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
putus (kata kerja)
1. Bersinonim dengan retas: rabit, relah, relai, gentas, tercerai, terlerai, terpotong, terkerat,
Berantonim dengan bercantum

2. Bersinonim dengan berakhir: habis, selesai, tamat, berhenti, kiamat, langsai, beres, siap, sudah, gentas,
Berantonim dengan bermula

Kata Terbitan : memutuskan, terputus, terputus-putus, keputusan,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera tuan. Saya ada beberapa pertanyaan. 1) Ibu memarahi adik kerana memutuskan rantai mutiaranya ke rantai. Adakah memutuskan betul? 2) Sistem pengurusan di pejabat itu tidak cekap sejak akhir-akhir ini. Adakah ayat ini betul? 3) Permohonan untuk pertandingan syarahan itu kini dibukakan kepada semua pelajar. Adakah dibukakah betul? 4) "Penceramah jemputan kita belum sampai lagikah?" Adakah kah patut disingkirkan? Terima kasih

Ayat “Ibu memarahi adik kerana memutuskan rantai mutiaranya ke lantai.” dan “Sistem pengurusan di pejabat itu tidak cekap sejak akhir-akhir ini.” adalah betul. Ayat (3) perkataan yang betul ialah  dibuka. “Permohonan untuk pertandingan syarahan itu kini dibuka kepada semua pelajar.”  Manakala contoh ayat (4) "Penceramah jemputan kita belum sampai lagikah?", adalah gaya bahasa Melayu lisan di mana partikel tanya -kah biasanya diletakkan pada hujung ayat. Dalam bahasa tulisan partikel tanya -kah dalam ayat tersebut  boleh digugurkan, contohnya "Penceramah jemputan kita belum sampai lagi?" Ayat ini tergolong dalam ayat tanya tanpa kata tanya.  

 

Tatabahasa28.12.2021
Tuan, adakah ayat ini berkesalahan? Jika berkesalahan, minta betulkan ayat tersebut. 1. Narut memutuskan untuk ke Chonburi.Ayat di atas adalah betul.Tatabahasa22.03.2015
Apakah perbezaan antara memontong dengan memangkas?contoh,memangkas dahan pokok

Memangkas ialah 1. memotong hujung tumbuh-tumbuhan supaya pendek: 2. memotong dengan gunting; menggunting.

Manakala memotong pula ialah 1. memutuskan sesuatu dengan pisau (gergaji dan lain-lain), memenggal, mengerat; 2. menghiris (daging, ikan dan lain-lain); 3. menebang (kayu, pokok dan lain-lain); 4. menyembelih (binatang dan lain-lain); 5. menggunting (rambut), memangkas; 6. menggunting (pakaian dan lain-lain); 7. menuai (jagung, padi dan lain-lain); 8. mengudungkan (tangan dan lain-lain); 9. membedah (perut dan lain-lain); 10. mengurangi (gaji, pendapatan dan lain-lain); 11. memintasi (jalan, per­jalanan dan lain-lain); 12. menyelang (percakapan, orang dan lain-lain); 13. memendekkan (kata, nama dan lain-lain)

Contoh Ayat:  

        1.   Ali sedang memotong daging di dapur.

        2.   Ali sedang memangkas dahan pokok di kebun.

Tatabahasa21.08.2021
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009.Tatabahasa10.02.2009
Menilai kepada prestasi kerja dan tingkah laku yang baik ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan untuk mengesahkan saudari ke jawatan tetap sebagai Operator Am di syarikat AAA bermula pada 1hb Januari 2009. (Sila Komen ayat ini)

Cadangan daripada kami ialah, "Berdasarkan penilaian prestasi kerja dan tingkah laku yang ditunjukkan oleh saudari, pihak kilang telah memutuskan saudari diserapkan ke jawatan tetap sebagai Operator Am di Syarikat AAA bermula 1 Januari 2009."

Tatabahasa09.02.2009
Assalamualaikum, 1. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) atau kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT). Kemahiran ini menjadi fokus dalam sistem pendidikan di negara kita sekarang. Soalannya, dari segi ejaan, DBP memutuskan ejaan yang bagaimana? Huruf awalnya berhuruf besar atau semuanya huruf kecil? Terima kasih.KBAT ialah singkatan atau akronim bagi frasa “Kemahiran Berfikir Aras Tinggi“ yang terbentuk melalui cantuman huruf awal perkataan. Oleh itu, huruf awal perkataan hendaklah berhuruf besar. Contoh lain seperti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Tenaga Nasional Berhad (TNB).Ejaan21.09.2018
Mengapa ayat-ayat yang berikut salah? 1. Ali yang benar bersalah dalam pergaduhan itu. 2. Tanah itu milik Pak Ali yang benar. 3. Fius berfungsi memutuskan elektrik apabila voltan yang mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosam. 4. Adik sering berlawan cakap kakak apabila kakak memarahinya. 5. Sudah menjadi lumrah kehidupan yang kaya sentiasa dikenang. 6. Menjadi gila anak-anak muda dengan nyanyian lagu artis popular itu. 7. Penyair terkenal itu mendendangkan syair hasil nukilan sasterawan negara.

 
Berikut ayat yang telah dipinda.

1. Ali yang  bersalah dalam pergaduhan itu.
2. Tanah itu sebenarnya milik Pak Ali.
3. Fius berfungsi mematikan aliran elektrik apabila voltan mengalir berlebihan dan menyelamatkan peralatan elektrik daripada rosak.
 4. Adik sering melawan cakap kakak apabila dimarahi.
5. Sudah menjadi lumrah kehidupan, yang kaya sentiasa dipuji.
6. Nyanyian lagu artis popular itu menjadi kegilaan anak-anak muda.
7. Penyair terkenal itu mendeklamasikan syair hasil nukilan sasterawan negara.

Tatabahasa19.07.2013
Mengapakah DBP memutuskan untuk menggunakan istilah lohong hitam untuk padanan 'black hole' dan bukannya 'lubang hitam'. Adakah terdapat maklumat tentang keputusan tersebut daripada bahagian pembentukan istilah?

Keputusan memilih istilah tersebut ditetapkan oleh Jawatankuasa Istllah yang dianggotai oleh pakar-pakar dalam bidang berkaitan. Bahagian Peristilahan dan Leksikologi, Dewan Bahasa dan Pustaka selaku urus setia akan menyusun dan menyebarluaskan istilah yang telah diputuskan melalui media cetak (penerbitan Glosari) dan media elektronik (PRPM- Pusat Rujukan Persuratan Melayu).1">

Istilah12.04.2019
1. Adakah ayat ini betul: Amira meminta Alice menerangkan semula tentang proses fotosintesis. Boleh saya tahu cara yang betul untuk penggunaan ‘tentang’ 2. Apa beza Bahasa Malaysia dan Bahasa Melayu? Terima kasih
Berdasarkan Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga (halaman 278), kata sendi nama "tentang" digunakan sebagai unsur yang membawa maksud rujukan sesuatu yang tidak tentu atau umum, atau mujarad. Kata nama atau frasa nama yang mengikuti kata sendi nama ini menjadi hal yang diperlakukan atau dibicarakan.

Berdasarkan Kamus Dewan Perdana pula, "tentang" mempunyai maksud yang sama dengan "berkenaan atau berkaitan dengan; mengenai". Oleh itu, "tentang" boleh digunakan mengikut kesesuaian sebagaimana penerangan ini.

"Bahasa Melayu" dan "Bahasa Malaysia", kedua-duanya boleh digunakan. Berdasarkan Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152 menyatakan "bahasa Melayu" ialah bahasa kebangsaan. Walau bagaimanapun, pada 4 Jun 2007 kabinet memutuskan "bahasa Malaysia" turut digunakan selain daripada "bahasa Melayu" untuk menyemai rasa kekitaan dalam kalangan rakyat Malaysia tanpa mengira kaum.
Makna11.10.2022
Assalammualaikum Tuan/Puan Pengurusan JPJ Kelantan telah memutuskan untuk membuat papan tanda/bunting sebagai mengalu-alukan kedatangan pelancong yang masuk melalui sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Jabatan ini memohon pandangan pihak Tuan. apakah susunan ayat yang lebih tepat bagi maksud mengalu-alukan kedatangan masyarakat daripada sempadan Thailand ke Rantau Panjang. Berikut adalah cadangan ayat untuk perkara tersebut daripada pihak Jawatankuasa: Cadangan 1 : SELAMAT DATANG RANTAU PANJANG Cadangan 2 : SELAMAT DATANG KE RANTAU PANJANG Untuk makluman Tuan, cadangan ayat di atas dicadangkan untuk diletakkan pada "bunting" di hadapan Pejabat Kawalan Sempadan oleh JPJ dan papan tanda di atas premis Stesen Kawalan Sempadan. Segala tunjuk ajar daripada pihak Tuan amatlah dihargai dan diucapkan terima kasih.Ayat yang gramatis ialah "Selamat Datang ke Rantau Panjang". Jika kita mengungkapkan Selamat Datang Rantau Panjang maknanya kita mengalu-alukan kedatangan orang yang bernama Rantau Panjang seperti Selamat Datang Ahmad.Tatabahasa04.07.2012
12

Kembali ke atas