Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.bung] | منابوڠ

Definisi : menyimpan wang (di bank, dlm tabung, dll): aku mulai ~ dan ~ terus dan ketika wangku terkumpul delapan rupiah, kubeli sepeda keluaran negeri Belanda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.bung] | منابوڠ

Definisi : menyimpan wang dlm tabung dll: Kami ~ setiap bulan utk bekalan hari tua. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tabung (kata nama)
1. Bersinonim dengan bekas: celengan, bumbung tukil, tarkes, kupi, bacuk, pacuk, botol, balang, geleta, takar, kendi, buyung, gurih, sulang, silinder,

2. Bersinonim dengan dana: pura, rizab, simpanan, kumpulan wang,

Kata Terbitan : menabung, menabungkan, tabungan, penabungan,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
loanable funddana boleh pinjamEkonomiTiadaDana yang ditawarkan ke pasaran wang untuk dipinjam. Dua sumber yang menyumbangkan kepada dana pinjaman, iaitu bank perdagangan, dan penabung yang terdiri daripada individu, syarikat, dan kerajaan. Individu menabung sebahagian daripada pendapatan boleh guna, syarikat menabung elaun susut nilai dan sebahagian daripada perolehan tersimpan, sementara kerajaan menabung lebih hasil cukai. Tabungan dianggap dana pinjaman hanya apabila tabungan itu ditawarkan untuk dipinjam, sama ada secara langsung kepada peminjam atau melalui pengantara kewangan seperti bank.
propensity to savekecenderungan menabungGeografiTiadaTiada

Kembali ke atas