Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.fi.kan] | منافيکن

Definisi : tidak mengakui (menerima dll), menidakkan, menyangkal: beliau ~ ia telah menelefon bapa mentuanya; tidak ada orang yg berani ~ pendapatnya itu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.fi.kan] | منافيکن

Definisi : 1 tidak mengakui; menidakkan; mengingkari: Orang yg tidak beriman ~ wujudnya Tuhan. 2 me­no­lak (bkn tuduhan, pendapat dsb); me­nyangkal: Dia ~ segala tuduhan yg dilemparkan kpdnya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nafi
Kata Terbitan : menafikan, penafian,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Tuan, berpandukan maksud ketiga perkataan "maka" dalam Kamus Dewan, "maka" bermaksud "bahawa". Jadi, soalan saya, bolehkah perkataan "maka" digunakan sebagai kata komplemen dalam ayat majmuk pancangan komplemen? Contoh ayat: 1. Orang itu menafikan maka dia mencuri dompet itu. Dalam ayat ini, "maka" bermaksud "bahawa". Namun begitu, ayat ini menimbulkan kekeliruan pengguna bahasa. Pengguna bahasa akan keliru sama ada ayat ini bermaksud "Orang itu menafikan bahawa dia mencuri dompet itu", atau "Orang itu menafikan lalu dia mencuri dompet itu." Hal ini kerana selain bermaksud "bahawa", perkataan "maka" juga bermaksud "lalu, dan". Contoh-contoh ayat lain: 2. Lee Kian mendengar maka ada satu peraduan menyanyi yang akan diselenggarakan pada Isnin hadapan. 3. Cikgu Rabiatul mengatakan maka sesiapa yang bising tidak dibenarkan balik. 4. Kerajaan menegaskan maka walau dalam apa jua keadaan pun, rakyat Malaysia mesti bersatu. 5. Encik Wong berasa maka di sebalik lelaki yang berjaya pasti ada seorang wanita yang menyokongnya. Sebagai peringatan kepada tuan, semua perkataan "maka" dalam ayat 2,3,4 dan 5 bermaksud "bahawa" dan memikul tugas yang sama dengan kata hubung komplemen.Kata “maka” tidak boleh berfungsi sebagai kata komplemen. Maksud ketiga bagi “maka” yang bermaksud “bahawa” hanya dalam maksud seperti ayat contoh yang dirakamkan dalam kamus. Sebagai peringatan, terdapat dua kata komplemen dalam bahasa Melayu, iaitu untuk dan bahawa, sila rujuk Tatabahasa Dewan. Tatabahasa07.12.2014
Bolehkah pihak tuan tolong jelaskan penggunaan "bukan" dan "tidak" ? Terima kasih.

Kata nafi 'bukan' digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa oleh kata/frasa nama dan kata/frasa sendi nama. Contoh:

1. Makanan itu bukan untuk adik tetapi untuk kakak. (untuk ialah kata sendi nama)

2. Karya itu bukan tulisan saya. (tulisan ialah kata nama)

Kata nafi 'tidak' ialah kata nafi yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan kata/frasa kerja dan kata/frasa adjektif. Contoh:

1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu tidak tepat. (tepat ialah kata adjektif)

2. Lelaki itu tidak hadir dalam mesyuarat syarikatnya, semalam. (hadir ialah kata kerja)

Tatabahasa19.12.2008
Penggunaan "tidak" dan "bukan" Manakah yang betul? i) tidak semua orang ii) bukan semua orang

Kata nafi 'bukan' digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa oleh kata/frasa nama dan kata/frasa sendi nama. Contoh:

1. Makanan itu bukan untuk adik tetapi untuk kakak. (untuk ialah kata sendi nama)

2. Karya itu bukan tulisan saya. (tulisan ialah kata nama)

Kata nafi 'tidak' ialah kata nafi yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan kata/frasa kerja dan kata/frasa adjektif. Contoh:

1. Jawapan yang diberikan oleh pelajar itu tidak tepat. (tepat ialah kata adjektif)

2. Lelaki itu tidak hadir dalam mesyuarat syarikatnya, semalam. (hadir ialah kata kerja)

Tatabahasa15.01.2013
Salam sejahtera. Semasa di sekolah dulu, saya difahamkan bahawa kita seharusnya menggunakan "tidak" untuk menafikan kata/frasa kerja atau kata/frasa adjektif. Tetapi, baru-baru ini, saya terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa sekiranya sesebuah ayat itu mempunyai dua kata/frasa kerja atau dua kata/frasa adjektif yang bertentangan maksudnya, kita seharusnya menggunakan "bukan". Contohnya, "Ali rajin, bukan malas" atau "Dia menyanyi, bukan menari". Adakah ini betul?

Kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Kata nafi bukan boleh hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat. Contohnya, Saya bukan tidak lalu makan, tetapi kenyang. Sila rujuk buku Tatabahasa Dewan halaman 262-263).

Tatabahasa23.03.2017
apa beza antara tidak dan bukan

Berdasarkan Kamus Dewan Edisi Keempat, tidak digunakan utk menyatakan bukan (menafikan, menolak, menghalang, dsb), tiada, tak: rumah saya ~ jauh dr sini; cerita itu ~ benar; ~ alang tidak (bukan) sedikit, banyak; ~ apa a) = ~ apa-apa tidak ada sesuatu; b) tidak mengapa; ~ boleh (dapat) ~ pasti, sudah tentu, mesti, tidak boleh diingkari (diabaikan dll); ~ lain dan ~ bukan (ialah, hanyalah) a) tidak lain drpd ...; b) hanya; ~ (tak) main bp tidak pakai, tidak mengamalkan sesuatu; ~ sekali-kali sedikit pun tidak; ~ urung tidak dapat tiada, tidak boleh tidak; baik ~nya baik atau tidak baiknya, baik buruknya; dapat ~nya dapat atau tidak dapatnya; jangan ~ a) tidak boleh tidak, harus; b) tidak dgn sungguh-sungguh; manakala bukan pula 1. = bukannya sebenarnya tidak, berlainan drpd yg sebenarnya: anak itu ~ bodoh tetapi malas; ini ~ kali pertama ia datang ke mari; ~ begitu cara membuat kerja; 2. utk menyatakan pertanyaan yg mengeraskan dugaan (pd akhir ayat): ini bukumu, ~? ~ barang-barang(sebarang) bukan biasa (sahaja); ~ buatan (kepalang, main) amat sangat; ~ logam unsur yg lain drpd logam. 

Untuk keterangan lanjut, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 262.  

Istilah21.10.2009
maklumat berkenaan analisis kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan

Ayat nafi ditandai dengan penggunaan kata nafi 'bukan' dan 'tidak'. Secara umumnya, ayat nafi digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu, contoh ayat : Dia tidak belajar, tetapi bermain. Atau ayat nafi dapat digunakan untuk menekankan atau menegaskan sesuatu maksud, contoh ayat : Hidupnya tidak pernah senang. Ayat nafi juga sebagai penegas maksud dalam ayat tanya, contoh ayat : Bukankah beliau itu ayah kamu? Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang kesalahan penggunaan kata nafi dalam penulisan, sila rujuk buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga, halaman 493.

Tatabahasa14.03.2008
apakah yang dimaksudkan dengan ayat nafi dalam bahasa melayu? apakah ciri-ciri ayat nafi? bagaimanakah ayat nafi terbentuk?Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". “Baju itu bukan miliknya”. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi"Tatabahasa24.01.2007
Adakah penggunaan kata nafi ayat di bawah ini betul? 1. Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang.Ayat "Saya bukan tidak lalu makan, cuma sudah kenyang" betul. Kata nafi bukan digunakan apabila menafikan frasa yang membawa maksud bertentangan.Tatabahasa15.04.2013
Saya Komariyah Satapo, Sedang belajar Bahasa Melayu,di Pusat Bahasa antarabangsa UIY Thailand. Ingin betanya tentang Tatabahasa, Apakah maksud kata nafi,Terima kasih.Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi"Tatabahasa07.11.2013
Saya Nabila Samani, sedang belajar di pusat Bahasa Melayu kelas dasar, ingin bertannya tentang tata bahasa, apakah perbezaan kata nafi dengan kata perintah, terima kasih.Kata nafi ialah unsur yang menyatakan maksud nafi atau negatif kepada unsur utama dalam predikat. Ada dua bentuk kata nafi, iaitu "bukan" dan "tidak". Kata nafi "bukan" boleh menafikan semua frasa nama dan frasa sendi nama. MIsalnya: "Buku itu bukan untuk dia". "Dia bukan dari Ipoh". Baju itu bukan miliknya. Kata nafi "tidak" pula menafikan frasa kerja dan frasa adjektif, misalnya: "Dia tidak datang semalam"; "Bapa saya tidak kuat lagi"

Kata perintah ialah perkataan yang bertujuan menimbulkan sesuatu tindak balas terhadap perintah, arahan, larangan, silaan atau permintaan. Contoh kata perintah ialah jangan, usah, sila, jemput, minta, tolong dan harap.

Puan boleh merujuk buku Tatabahasa Dewan untuk lebih lanjut.
Tatabahasa26.11.2013
123

Kembali ke atas