Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.gih] | مناݢيه

Definisi : berasa suka (gemar, ingin) benar akan sesuatu, sangat gemar melakukan sesuatu kerana kebiasaan: (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.gih] | مناݢيه

Definisi : 1. menuntut supaya dibayar hutang (sewa, yuran, dll), meminta dijelaskan (hutang dll): dia sangat berdukacita kerana dua hari lagi tuan rumah datang ~ wang sewa rumahnya; 2. menuntut supaya menu­nai­kan janji dll, menggugat: Rokayah ~ janji minta dibelikan kimono sutera; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.gih] | مناݢيه

Definisi : 1 meminta supaya menjelaskan hutang (yuran dll); men­­­desak supaya membayar: Tiap-tiap awal bulan, beliau datang ~ wang sewa rumah­nya. 2 menuntut supaya menunaikan janji dll. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.na.gih] | مناݢيه

Definisi : berasa ingin atau gemar benar akan sesuatu; suka akan sesuatu kerana kebiasaan: ~ kopi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tagih
Kata Terbitan : menagih, tagihan, penagihan, penagih,

Puisi
 

Pasang lampu biar terang,
     Hendak menanam pohon selasih;
Kasih sayang tuan seorang,
     Itu tempat menagih kasih.


Lihat selanjutnya...(2)

Artikel Akhbar

JudulPengarangAkhbarKeluaran
Menagih kasihanak yang kehausan kekasihNew Sabah Times31.03.2009
Menagih SemangatRobby AHarian Ekspres30.04.1995
Menagih Hutang LamaMaznah HayatUtusan Melayu08.11.1996
Menagih kasihTulip PutihMingguan Wanita20.06.1997
Menagih Kasih, Menanti Rindu DatangSri DiahMingguan Wanita09.01.1998
Menagih Kelembutan BudayaA. Rahman AliWatan05.03.1978
Menagih HarapanRahza HM. SyahMingguan Perdana22.12.1985
Raja Bersiong kembali menagih darah rakyatAzman IsmailUtusan Malaysia21.01.2008
Cerita seorang penyanyi terkenal dan ditangkap kerana menagih dadahTiadaUtusan Melayu20.07.1986

Kembali ke atas