Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1. memanjat, mendaki: ~ gunung; ~ takhta menjadi raja, mulai memerintah sbg raja; 2. pergi dgn kenderaan, mengenderai, menunggang: kenderaan apa yg akan engkau naiki utk ke Pulau Pinang? 3. memasuki rumah (dgn menggunakan tangga): rumah itu telah dinaiki pencuri; 4. mulai mendiami rumah (baru); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nai.ki]/[me.nai/.ki] | مناءيقي

Definisi : 1 memanjat atau mendaki (gunung dll). 2 pergi ke sesuatu tempat dgn kenderaan; mengenderai. 3 memasuki rumah mela­lui tangga: Rumahnya dinaiki pencuri. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
naik (kata kerja)
1. Bersinonim dengan bergerak ke atas: meninggi, mengatas, membumbung, rafak, mumbul,
Berantonim dengan turun

2. Bersinonim dengan mendaki: memanjat
Berantonim dengan turun

3. Bersinonim dengan mengenderai: menunggang, membawa, memandu,

4. Bersinonim dengan bertambah: meningkat, menjulang,
Berantonim dengan turun

Kata Terbitan : menaiki, menaikkan, kenaikan,

Puisi
 

Biar tidak menaiki lori,
     Asal boleh naik kereta;
Biar tak makan dua hari,
     Asalkan boleh berjumpa mata.


Lihat selanjutnya...(3)

Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas atau menaiki jejantas. menaiki jejantas boleh? biasanya menggunakan jejantasMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, maksud menaiki ialah memanjat atau mendaki (gunung dll), pergi ke sesuatu tempat dengan kenderaan, mengenderai atau memasuki rumah mela­lui tangga. Maka ayat yang betul ialah "Saya selalu menoleh kiri dan kanan sebelum melintas jalan" atau "Saya selalu menggunakan jejantas semasa melintas jalan raya"Tatabahasa15.05.2019
Ayat mana yang betul ? 1) Ali ke sekolah menaiki bas sekolah. 2) Ali ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 3) Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah. 4) Ali menaiki bas sekolah ke sekolah.

Yang betul ialah ayat ketiga dan ayat keempat, iaitu Ali pergi ke sekolah dengan menaiki bas sekolah dan Ali menaiki bas sekolah ke sekolah.

Tatabahasa13.07.2009
Ayat mana satukah yang boleh diterima? 1. Mereka ke sana menaiki kereta. 2. Mereka ke sana dengan menaiki kereta. 3. Mereka menaiki kereta ke sana.

Ayat yang betul ialah 1 dan 3.


Tatabahasa26.07.2021
Gabungkan 2 ayat tunggal dengan kata hubung yang diberi. 1)Mereka tidak menaiki bas. Mereka berjalan kaki.(tetapi) a)Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki. b)Mereka berjalan kaki tetapi tidak menaiki bas. Adakah kedua-dua jawapan boleh diterima?Ayat yang betul ialah "Mereka tidak menaiki bas tetapi berjalan kaki."Tatabahasa09.10.2013
1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi sekolah setiap pagi dengan menaiki bas. / Dia pergi ke sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. Manakah yang betul? 2. Banyak kanak-kanak kelihatan (letih lesu) dalam bulan Ramadan. - ayat ini dengan letih lesu salah kerana hokum jamak? 3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu. 4. Ken Yee (diam) di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. Ayat ini betul dari segi tatabahasa? Diam = tinggal 5. Para pelajar disuruh duduk (diam) semasa ketiadaan guru. Jika ayat tanpa buangkan perkataan duduk. Betul atau salah? TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK! Semoga BAHASA MALAYSIA DIHAYATI OLEH LEBIH RAMAI PELAJAR!

1. Dia pergi sekolah pada setiap pagi dengan menaiki bas. 

2. Banyak kanak-kanak kelihatan letih/lesu dalam bulan Ramadan. - Letih atau lesu , kedua-duanya betul

3. Sangat sukar sekali untuk kami membuat keputusan itu.

4. Ken Yee diam di rumah banglo yang terletak di hujung kampung itu. 

5. Para pelajar disuruh duduk semasa ketiadaan guru. - Perkataan diam perlu digugurkan kerana antara maksud duduk ialah tinggal atau diam

Tatabahasa24.10.2011
mana satu ayat yang betul 1) Ahmad ke sekolah dengan menaiki kereta 2) Ahmad ke sekolah menaiki keretaAyat yang betul ialah "Ahmad ke sekolah menaiki kereta".Tatabahasa06.05.2011
Adakah setiap atau tiap-tiap dan masing-masing blh digunakan dlm ayat yg sama? 1)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 2)Tiap-tiap / setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing. 3)Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah. 4) Murid-murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah masing-masing.Setiap dan tiap-tiap mempunyai maksud yang sama, iaitu satu-satu daripada banyak, masing-masing.

Ayat yang paling sesuai digunakan ialah:  Setiap murid dikehendaki beratur semasa menaiki bas sekolah.

Makna21.01.2022
Selamat sejahtera, mohon bantuan tuan/puan untuk menjelaskan perbezaan antara: 1) menaiki basikal 2) menunggang basikal 3) mengayuh basikal Apakah perkataan (menaiki/menunggang/mengayuh) yang paling sesuai jika seorang kanak-kanak menaiki dan mengayuh basikal menuju ke sesuatu tempat? Terima kasih.Perkataan yang paling sesuai digunakan untuk basikal ialah mengayuh.Tatabahasa12.08.2020
1.menaikkan bendera atau menaiki bendera ? manakah yang betul 2. adakah perkataan huruf terakhir adalah k, hanya boleh mengguna men..i contoh duduk - menduduki, naik-menaiki
Mengikut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud perkataan "menaiki" ialah memanjat, mendaki; pergi dengan kenderaan, mengenderai, menunggang; memasuki rumah (dengan menggunakan tangga).

Manakala maksud perkataan "menaikkan" pula ialah menjadikan naik; meletakkan barang ke atas kereta, kapal dan lain-lain; men­jadikan lebih tinggi (pangkat, taraf hidup dan sebagainya); menjadikan bertambah kuat (berkenaan semangat, kemarahan dan sebagainya); menjadikan naik (berkenaan adunan kuih); mengembangkan. 

Oleh itu berdasarkan keterangan tersebut, jawapan yang sesuai ialah "menaikkan bendera"

Fungsi apitan meN-...i -kan dengan meN-...-i terbahagi tiga: (1) Fungsi apitan meN-...-kan untuk menandakan kausatif, manakala apitan meN-...-i menandakan lokatif, contohnya; a. Pak Osman menghadiahkan basikal kepada Ahmad. b. Pak Osman menghadiahi Ahmad sebuah basikal. (2) Bagi kata tertentu, perbezaan penggunaan apiatan meN-...-i adalah dari segi objek tepat yang boleh mengikutinya, iaitu apitan meN-...-kan lazimnya menerima objek tidak bernyawa dan apitan meN-...-i menerima objek bernyawa. Contohnya; a. Ali memberi kucing makanan. b. Ali memberikan makanan kepada kucing. Perkataan memberi dalam ayat (b) sebenarnya terdiri daripada kata dasar beri yang menerima apitan meN-...-i, tetapi telah digugurkan. (3) Bagi sebilangan kecil kata kerja yang menerima apitan meN-...--kan dan meN-...-i, penggunaannya saling berganti tanpa membezakan makna. Contohnya; a. Ali membaiki kereta yang rosak itu. b. Ali membaikkan kereta yang rosak itu.

Untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut, sila dapatkan buku Tatabahasa Dewan Edisi Ketiga terbitan DBP, halaman 207 yang menerangkan perbezaan apitan meN-...-i dan meN-...-kan. 




Tatabahasa30.09.2020
mana satukah ayat yang betul? a) saya pergi ke sekolah dengan menaiki kereta @ saya pergi ke sekolah menaiki kereta. b)beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek @ beberapa orng pemuda berjoging di atas trek. c)Hobi saya membaca buku @ hobi saya ialah membaca buku.a) Saya pergi ke sekolah menaiki kereta.
b) Beberapa orang pemuda sedang berjoging di trek.
c) Hobi saya membaca buku.
Tatabahasa10.05.2012
123456789

Kembali ke atas