Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.naip] | مناءيڤ

Definisi : menulis dgn mesin taip: tatkala dia ~ itu mulutnya kumat-kamit sedang jarinya menekan satu-satu huruf; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.naip] | مناءيڤ

Definisi : menulis dgn mesin taip, komputer dsb. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menaip


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Salam sejahtera, Bolehkah "Find As You Type" diterjemahkan kepada berikut? 1. Cari Semasa Anda Menaip 2. Cari Saat Anda Menaip Penggunaan kata untuk perisian(teknologi maklumat). Jika tidak, sila berikan pendapat dan cadangan anda. Mohon pendapat dan cadangan pihak DBP.Padanan atau terjemahan sangat bergantung pada konteks penggunaan. Tanpa mengambil kira konteks penggunaan, frasa “Find As You Type” secara literalnya boleh sahaja diberikan padanan "cari semasa anda menaip”  atau "jumpa/ketahui semasa anda menaip".  Sila berikan konteks penggunaan frasa “Find As You Type” yang puan maksudkan.Penyemakan dan penterjemahan30.01.2018
Minta maaf, kesilapan dalam menaip kata ~merupakanKami ambil maklum.Lain-lain01.10.2015
Maaf, saya tidak jumpa ruangan untuk menaip terjemahan yang saya perlukan. Bagaimana untuk terjemah on and off road? Contoh On and off-road bike. Ini untuk kayuhan basikal atas jalan raya serta jalan tanah. Terima kasihPadanan bahasa Melayu yang dicadangkan untuk "on and off road" ialah di atas dan luar jalan raya.Istilah11.11.2016
Saudara, Bagaimana saya boleh dapatkan contoh cara menaip surat dan memo rasmi yang betul.Untuk makluman saudara format surat-menyurat ditentukan oleh Jabatan Perdana Menteri dan format ini  diguna pakai oleh semua jabatan sektor awam termasuk DBP. Untuk memo(urusan dalaman) atau minit format ditentukan oleh jabatan masing-masing. Untuk rujukan umum, saudara boleh rujuk buku Kesantunan Berbahasa dan Tertib Mengarang, Awang Sariyan, DBP.Lain-lain13.02.2012
Minta maaf , soalan yang baru dihantar ada sedikit kesilapan menaip, tolong abaikan. Soalan sebenar adalah seperti berikut : Yang manakah satu perkataan sesuai diisi di ayat di bawah ? beta, tuanku, baginda " Laksamana, ________ sultan akan berangkat ke negara China pada minggu hadapan," kata bendahara.Jawapan yang betul ialah baginda.Tatabahasa25.07.2014
Bolehkah saya menggunakan laman ini seperti saya menggunakan Kamus biasa dengan hanya menaip satu perkataan dan makna atau maksudnya akan tertera seperti di dalam kamus DBP? Jika boleh bagaimanakah caranya? Bolehkah laman ini membantu saya menyemak pembetulan tata bahasa atau ejaan dengan cara saya menghantar artikel yang saya tulis? Sekian, terima kasih.Saudara boleh layari http://prpm.dbp.gov.my dan masukkan perkataan yang hendak dicari maknanya. Bagi menyemak tatabahasa dan ejaan, saudara juga boleh menggunakan laman tersebut.Lain-lain19.11.2009
Salam, pembetulan bagi soalan sebentar tadi, kertas peperiksaan UPSR SJK 2012. Harap maaf atas kesilapan menaip. Terima kasih.Terima kasih atas makluman saudara.Tatabahasa27.05.2013
Assalamualaikum dan selamat sejahtera, Saya ingin bertanya adakah laman PRPM ini mengalami masalah talian? Apabila saya menaip perkataan untuk mencari maksud, akan tertulis 'carian kata tiada di dalam kamus terkini'. Sedangkan perkataan yang saya cari itu semudah-mudah perkataan seperti besar, meriah dan sebagainya. Sedangkan pautan lain seperti istilah malaysia, khidmat nasihat dan lain-lain boleh pula dibuka dan dirujuk. Sila berikan penjelasan. Terima kasih.Laman web www.prpm.dbp.gov.my kini boleh diakses seperti biasa. Kami mohon maaf atas kesulitan yang puan hadapi.Lain-lain13.10.2017
erti perkataan bening,rengaekanMakna perkataan bening ialah jernih, hening. Perkataan rengaekan tiada dalam rujukan kami. Mungkin saudara/ saudari tersalah menaip ejaan yang betul. Untuk mengetahui makna sesuatu perkataan, sila rujuk Kamus Dewan Edisi Keempat.Makna31.01.2009
Assalamualaikum.. macam mana saya nak tahu huraian bahasa singkatan dalam PRPM seperti sl (sastera lama)..Salam, Untuk mengetahuinya, saudara hanya perlu menaip perkataan tersebut pada ruang yang telah disediakan. Contoh boleh dilihat pada lampiran di bawah: http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=arkianLain-lain11.01.2017
12345

Kembali ke atas