Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ki/] | مناکيق

Definisi : 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn memarang dll), mena­kuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatan­nya; 2. menoreh kulit kayu utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu prb, Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ki/] | مناکيق

Definisi : 1 membuat takik pd batang pokok; menakuk: Pengganas-pengganas komunis telah ~ batang-batang getah dlm usaha mereka hendak merosakkan ekonomi Malaya. 2 menoreh kulit kayu utk mengambil getahnya; menoreh; menyadap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takik (kata nama)
Bersinonim dengan takuk, toreh, tukik, rakuk, sufal, tokek, cangap, tubang ketak, gerat;,
Kata Terbitan : bertakik, menakik,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Sila jawab soalan di bawah. Arahan terbaharu itu datang---- Bahagian Kewangan pejabat tersebut. A dari B daripada 2.Pemuda itu---- batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. A menarah B menakik 3. ---- semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. A Tidak B Bukan. Mohon beri penjelasan untuk semua jawapan.1. Arahan terbaharu itu datang___________ Bahagian Kewangan pejabat tersebut. Jawapan A. dari (kata sendi nama yang menerangkan tempat bermulanya sesuatu)

2. Pemuda itu__________ batang kayu untuk dijadikan tiang rumahnya. Jawapan A. Menarah (meratakan kayu dan sebagainya dengan  kapak dan lain-lain.

3. 3. __________ semua murid yang meminati bidang sukan dan olahraga. Jawapan B. Bukan (Dalam wacana bahasa Melayu, kata nafi bukan menjadi unsur nafi frasa nama dan frasa sendi nama. Kata nafi tidak pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja dan frasa adjektif. Walau bagaimanapun, kata nafi bukan boleh juga hadir sebelum frasa kerja dan frasa adjektif jika kedua-dua frasa tersebut mendukung maksud pertentangan maklumat.
Lain-lain29.08.2015

Kembali ke atas