Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ki/] | مناکيق

Definisi : 1. melukai sesuatu dgn parang dll, membuat takik (dgn memarang dll), mena­kuk: pohon-pohon getah yg ditakik oleh pengganas dahulu masih baru kelihatan­nya; 2. menoreh kulit kayu utk mengambil getah, menyadap: ~ pokok getah; ~ darah di batu prb, Mn meminta pertolongan kpd orang yg tidak mampu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ki/] | مناکيق

Definisi : 1 membuat takik pd batang pokok; menakuk: Pengganas-pengganas komunis telah ~ batang-batang getah dlm usaha mereka hendak merosakkan ekonomi Malaya. 2 menoreh kulit kayu utk mengambil getahnya; menoreh; menyadap. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takik (kata nama)
Bersinonim dengan takuk, toreh, tukik, rakuk, sufal, tokek, cangap, tubang ketak, gerat;,
Kata Terbitan : bertakik, menakik,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
jagmenakikKejuruteraanTiada1. Herotan yang berlaku pada salinan yang diterima dalam penghantaran faksimile disebabkan berlakunya lelap seketika pada kesegerakan di antara pengimbas dengan perakam.,2. Bahagian logam yang kasar, berduri atau mengunjur kerana penakikan di bawah atau di depannya, dengan menggunakan pahat sejuk atau pahat tukang, atau kerana penuangan.
incising machinemesin takikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanMesin yang digunakan untuk menakik atau melubang permukaan kayu persegi atau kayu bulat sebelum diawet. Tujuannya untuk mendapatkan penembusan pengawet yang lebih sekata pada kayu refraktori semasa pengawetan berkenaan.
blazetanda takikPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanda tohor yang dibuat dengan menakik atau membuang kulit kayu bagi memudahkan pengecaman pokok. Pengecaman dibuat berdasarkan sap yang dikeluarkan dan morfologi kulit dalam isi kayu.
scoretanda tarahPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanTanda yang dibuat dengan cara menakik atau memotong merintangi ira kayu pada jarak tertentu untuk memudahkan kerja menarah kayu balak.
scribealas takik tandaPerhutananSains Kayu dan Hasil HutanAlat yang bermata tajam, seperti parang atau kapak yang digunakan untuk menanda pokok kayu atau kayu balak dengan menakik bahagian permukaan luar balak berkenaan. Penandaan ini biasa dilakukan sebelum operasi menebang, membanci atau memotong tual.

Kembali ke atas