Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.kut.kan] | مناکوتکن

Definisi : 1. menyebabkan orang takut akan (kpd): hukuman yg diberi itu mestilah ~ supaya menjadi contoh dan mencegah orang lain melakukan kesalahan; 2. menim­bulkan perasaan takut, mengharukan: peris­tiwa itu menggerunkan, ngeri dan ~; 3. berasa takut akan, gelisah (khuatir) terhadap sesuatu: ditakutkan hujan di tengah jalan nanti; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.kut.kan] | مناکوتکن

Definisi : 1 menyebabkan berasa takut; menggerunkan: Kemalangan itu sungguh dahsyat dan ~. 2 menjadikan orang takut akan (kpd); menimbulkan atau menerbitkan rasa takut kpd: Kamu terlalu suka ~ dia dgn yg bukan-bukan. Hukuman itu telah ~ orang lain drpd melakukan kesalahan yg spt itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
takut (kata kerja)
1. Bersinonim dengan gentar: gementar, gerun, kecut hati, ngeri, seram, seriau, gamang, gayat,
Berantonim dengan berani

2. Bersinonim dengan bimbang: risau, khuatir, cemas, cuak, resah, gelisah, tidak sedap hati,
Berantonim dengan senang hati

3. Bersinonim dengan tidak berani: tidak sanggup, cabar hati, tawar hati, kecut hati, kimput, kia, keder,
Berantonim dengan berani

Kata Terbitan : takut-takut, menakuti, menakut-nakuti, mempertakuti, mempertakut-takuti, menakutkan, ketakutan, penakut,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
'Cerita hantu itu amat menakutkan'. Adakah ayat ini betul? Jika ditukarkan kepada 'Rumah hantu itu amat menakutkan' diterimakah?, atau 'Rumah hantu itu kelihatan amat menakutkan.'1."Cerita hantu itu amat menakutkan". Adakah ayat ini betul?
 Jawapan: Betul

2. Jawapan yang betul ialah "Rumah hantu itu kelihatan amat menakutkan."
Tatabahasa26.07.2014
Mohon semakan terjemahan Boo! I scared you. Boo! Saya sudah menakutkan awak.Kami hanya menyemak penggunaan kata dan ayat dalam Bahasa Melayu. Saya sudah menakutkan awak.Penyemakan dan penterjemahan07.11.2017
Salam. Bunyi dentam-dentum yang berulang-ulang itu menakutkan anak-anak itu. Adakah ayat tersebut betul? Jika salah, apakah yang salah?Ayat yang betul ialah “Bunyi dentam-dentum itu menakutkan anak-anak itu.”.  Frasa “berulang-ulang” tidak perlu dimasukkan dalam ayat kerana perkataan “dentam-dentum” telah membawa maksud  bunyi dentam yang berulang-ulang.Tatabahasa30.07.2022
Ratusan tahun dahulu dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan. Munsyi, apakah kesalahan dalam ayat ini? TKAyat tersebut adalah betul dan perlu ditambah tanda koma selepas perkataan "dahulu". Ratusan tahun dahulu, dunia ini dihuni oleh reptilia gergasi yang begitu menakutkan.Tatabahasa08.04.2012
Salam, Manakah lebih gramatis: Nota: Huruf besar untuk penekanan sahaja. (1a) "... DI DALAM ayat tersebut ..." ATAU "... DALAM ayat tersebut ..." (1b) "... DI DALAM minda kita ..." ATAU "... DALAM minda kita ..." (2) " ... implikasi yang menakutkan IALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ....", ATAU " ... implikasi yang menakutkan ADALAH BAHAWA dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...." Mohon sedikit penjelasan. Terima kasih

a)    Penggunaan kata sendi nama “di dalam” - digunakan khusus di hadapan kata nama atau frasa nama  yang menunjukkan tempat. Manakala kata sendi nama “dalam” hadir di hadapan kata nama atau frasa nama yang membawa pengertian lingkungan yang tidak mempunyai ruang atau jarak. Jawapannya "dalam ayat" dan "dalam minda kita".

 

b)    Ialah dan adalah tergolong dalam kata pemeri. Ialah digunakan di hadapan kata nama atau frasa nama, manakala adalah digunakan di hadapan frasa adjektif dan frasa sendi nama seperti untuk, pada, dalam, dengan dan sebagainya. Kata "bahawa"  ialah kata hubung pancangan komplemen, berfungsi menghubungkan klausa yang menjadi komplemen atau pelengkap pada klausa utama. Contohnya: Dengan ini dimaklumkan (sesuatu).  Esok Hari Raya Aidiladha. => Dengan ini dimaklumkan bahawa esok Hari Raya Aidiladha. Jawapannya: " ... implikasi yang menakutkan adalah dengan membiarkan kesalahan-kesalahan ini terus berlaku, maka ...."

Tatabahasa26.07.2020
Salam. Apakah terjemahan tepat bagi istilah bahasa Inggeris "jump scare," iaitu sejenis kandungan bertujuan untuk mengejutkan dan menakutkan penonton pada masa yang tidak dijangka. Terima kasih.Kami mencadangkan jump scare diterjemahkan sebagai "takut kejut". Namun, padanan ini bergantung pada kesesuaian serta konsep dan konteks penggunaannya dalam sesuatu bidang atau laras bahasa.Istilah28.03.2022
tuan, Mangsa taufan Katrina itu dijumpai di bawah runtuhan bangunan yang musnah itu dalam keadaan yang____. A menakutkan B mengerikan C menyeramkan D menyeriaukan apakah jawaban yang sesuai. menurut buku rujukan, jawaban ialah B, tetapi saya masih kekeliruan, tqPada pandangan kami, jawapan yang paling tepat dalam konteks ayat yang diberikan ialah B. mengerikan.Tatabahasa22.01.2012
Sila gantikan perkataan yang berada dalam kurungan dengan perkataan yang tepat. (a) Masalah itu menyebabkan fikirannya (mengacau). (b) Keadaan (mengacau) yang sedang berlaku di negara itu menakutkan rakyat.Untuk makluman tuan, kami menyediakan perkhidmatan bagi membantu pelanggan menangani permasalahan bahasa seperti ejaan, istilah dan tatabahasa. Contohnya, kekeliruan tentang ejaan yang betul, penggunaan istilah yang tepat bagi sesuatu terminologi dan permasalahan tentang tatabahasa. Kami dapati pertanyaan tuan bukanlah berkisar tentang permasalahan yang tersebut, tetapi lebih kepada memberikan jawapan kepada soalan yang dibekalkan seperti lazimnya soalan peperiksaan dan buku rujukan. Kami tidak menyediakan perkhidmatan memberikan jawapan kepada soalan yang dibina; sebaliknya pihak tuan perlulah merujuk kamus dan buku tatabahasa, atau berbincang dengan panel penggubal soalan yang lain. Jika ada pertikaian tentang sesuatu isu tatabahasa yang menjadi jawapan kepada soalan tersebut, seperti "menemukan mayat atau menemui mayat", tuan boleh menghubungi pihak kami semula.Lain-lain08.12.2015
selamat pagi. Terima kasih jawapan yang diberikan. Bolehkah dalam kata penguat bebas seperti sangat , sunggh dan amat boleh disertai dengan perkataan " sekali "' Contohnya : sangat tinggi sekali amat menakutkan sekali Sekian.Kata penguat “amat”, “sangat”,sungguh”, dan “begitu” semuanya boleh digunakan serentak dengan kata penguat "sekali". Ayat yang anda berikan adalah betul. Kata penguat yang tidak boleh digunakan serentak dengan "sekali" ialah "paling" dan "ter " sahaja. Contohnya, penggunaan kata penguat yang salah dalam contoh berikut: Anita gadis tercantik sekali di dalam kelasnya. Ali pemuda paling tinggi sekali dalam pejabatnya.Tatabahasa04.08.2009
Adakah kesalahan dalam perenggan ini? Umumnya,kebanyakkan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir.Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini.Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain.Perbuatan ini bertujuan menakutkan pelajar yang lebih lemah supaya mereka tidak dibuli lagi.Selain itu,terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat pelajar gangster untuk membuli pembuli tersebut.Lama-kelamaan,mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.Kebanyakan pembuli ialah mangsa buli yang pernah disakiti dan disindir. Mangsa buli ini berasa marah dan mereka akan tertekan dengan keadaan ini. Mereka ingin menunjukkan kekuatan dan keberanian kepada pelajar lain. Selain itu, terdapat juga mangsa buli yang menyertai kongsi gelap dan berpakat dengan rakan lain untuk membuli pembuli tersebut. Lama-kelamaan, mangsa buli tersebut akan menjadi pembuli dan membuli pelajar lain.
Untuk makluman tuan, kami tidak menyediakan perkhidmatan menyemak dokumen (walau dihantar satu demi satu). Pada masa akan datang, sila rujuk Kamus Dewan (boleh dilayari melalui laman www.prpm.dbp.gov.my), buku rujukan Bahasa Melayu dan Tatabahasa Dewan.
Tatabahasa28.09.2015
123

Kembali ke atas