Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.li] | منالي

Definisi : menangkap lembu (kuda dsb) dgn menggunakan tali: pertunjukan kemahiran ~ lembu, menunggang kuda liar dsb; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.li] | منالي

Definisi : menangkap lembu, kuda dsb dgn menggunakan tali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menali

Juga ditemukan dalam:

Puisi
 

Apa guna pandai menali,
     Kalau tidak pandai melampun;
Apa guna jadi penari,
     Kalau tidak pandai berpantun.


Lihat selanjutnya...(6)

Pantun

PantunSumberTema
Kalian menali-nali sutera, Kami menali-nali terap, Menali sambil bergantung, Kalian bernyanyi berhati suka, Kami bernyanyi ganti meratap, sambil membilang-bilang untung.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan saja saya menali, Saya menali benang melati; Bukan saja adik menyanyi, Adik menyanyi menghibur hati.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Kalau sekali menali lukah, Jangan dipasang pelita loyang; Kalau sekali kaki melangkah, Jangan sayang nyawa melayang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Bukan kami menali sutera, Benang tali di atas batang; Bukan kami bernyanyi suka, Kami terkenang kepada abang.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Dari jauh gunung menali, Sudah dekat bukit bertambah; Dari jauh menjunjung duli, Sudah dekat mengangkat sumpah.Khazanah Pantun Melayu RiauPetalangan
Apa guna pandai menali, Kalau tidak pandai melampun; Apa guna jadi penari, Kalau tidak pandai berpantun.Kurik Kundi Merah SagaNasihat Nasihat
Dari mana pungguk menali, Benang setongkol dibahagi lima; Lama sudah kami menanti, Padang belukar menjadi rimba.Kurik Kundi Merah SagaKiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran
Saya tidak pandai menali, Sebarang tali saya talikan; Saya tidak pandai menyanyi, Sebarang nyanyi saya nyanyikan.Kurik Kundi Merah SagaAdat
Lama sudah kami menali, Ditali-tali tak mahu panjang; Lama sudah kami menanti, Yang dinanti tak mahu datang.Kurik Kundi Merah SagaKasih Sayang/Cinta
Bukan saya pergi ke Daik, Sudah ke Daik menali benang; Budi baik dibalas baik, Sudah baik selalu dikenang.Kurik Kundi Merah SagaBudi

Kembali ke atas