Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.ma.kan] | مناماکن

Definisi : 1. memberi sesuatu nama sbg menggelarkan, menyebutkan: kami ~ bangsa kpd diri kami Magyar; 2. menganggap (sbg), menyebut: kalau hendak dinamakan korban, itulah korban yg sejati; 3. mencalonkan se­seorang (utk memegang sesuatu jawatan dll), mengemukakan nama seseorang sbg calon: Isnin, 5 April, ialah hari ~ calon utk pilihan raya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.ma.kan] | مناماکن

Definisi : 1 mem­berikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia ~ Adli kpd anaknya. Orang Melayu telah ~ tir bagi buah catur yg berbentuk spt kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka ~ beberapa orang calon dlm pemilihan itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
nama (kata nama)
1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,

2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,

Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
menama atau menamakan? terima kasih

Salam sejatera,

Tiada istilah menama dalam bahasa Melayu. Hanya terdapat istilah menamakan yang bermaksud memberikan sesuatu gelaran sbg nama; menjadikan sesuatu sbg nama: Dia menamakan Adli kepeda anaknya. Orang Melayu telah menamakan tir bagi buah catur yang berbentuk seperti kota. 2 mencalonkan seseorang (utk bertanding dlm pilihan raya dll); mencadangkan atau memberikan nama seseorang sbg wakil (calon dsb): Mereka menemakan beberapa orang calon dalam pemilihan itu.

Tatabahasa25.11.2012
Kami ingin menamakan "Seraya @Kiaramas" tanpa memasukkan perkataan kondominium. Diharap pihak tuan dapat mempertimbangankan permohonan kami.Sekiranya ia merupakan nama kondominium, perlu dimasukkan perkataan tersebut pada nama iaitu:  "Kondominium Seraya"
Untuk "@Kiaramas", simbol '@' tidak boleh digunakan dalam bahasa Melayu, sekiranya tuan hendak memasukkan 'Kiaramas' sebagai lokasi, pihak kami cadangkan seperti yang berikut: "Kondominium Seraya di Kiaramas" atau "Kondominum Seraya, Kiaramas"
Makna29.10.2018
SAYA INGIN MENAMAKAN SEBUAH PROGRAM. MANAKAH YANG TEPAT? - SANTAI BOLING ATAU BOLING SANTAI? STKPermainan Boling Santai, iaitu permainan boling secara santai.Tatabahasa23.10.2017
bolehkah saya menamakan majlis penyampaian hadiah dan sijil kpd mm dengan nama Majlis Apresiasi atau malis aspirasi?mana yang lebih sesuaiMenurut Kamus Pelajar Edisi Kedua maksud aspresiasi ialah penghargaan atau penghormatan terhadap jasa, sumbangan dan sebagainya kepada seseorang atau sesuatu pihak. Manakala menurut Kamus Dewan Edisi Keempat maksud aspirasi ialah keinginan yang kuat (untuk mencapai, meng­adakan, dan lain-lain ). Maka nama bagi majlis penyampaian hadian dan sijil yang lebih sesuai ialah Majlis ApresiasiTatabahasa06.10.2016
Apakah perbezaan antara menamakan dengan menamai? Kelihatan banyak konteks yang memerlukan penggunaan menamai tetapi masyarakat cenderung hanya menggunakan menamakan.Bagi membezakan penggunaan me...i dan me... kan, tuan boleh menggunakan rumus, iaitu apitan me ...i perlu menerima orang sebagai objek manakala apitan me..-kan menerima objek bukan orang. Tuan boleh menggunakan kata tanya siapa dan apa bagi membezakan penggunaan yang tepat. Contohnya, menamai siapa? menamakan apa? menemui siapa? menemukan apa?Tatabahasa19.11.2013
Saya mempunyai kemusykilan tentang penggunaan kata: 1. diguna 2. digunakan contoh ayat 1: Kata nama am diguna untuk menamakan sesuatu ... contoh ayat 2: Kata nama am digunakan untuk menamakan sesuatu ... ayat yang mana lebih tepat? terima kasih.Penggunaan perkataan yang betul ialah digunakan, seperti contoh ayat: Kata nama am digunakan untuk menamakan sesuatu.Tatabahasa12.08.2010
mohon semakan penggunaan perkataan vista alamanda untuk menamakan sesebuah bangunanSalam sejahtera,

Tuan,

Nama Vista Alamanda boleh digunakan untuk menamakan sesebuah bangunan kerana mempunyai makna dalam bahasa kebangsaan.
Vista membawa maksud pemandangan, manakala alamanda merupakan sejenis pokok renek atau bunganya.
Sekian, terima kasih.
Makna29.05.2017
As salam. Kami sedang menaik taraf beberapa bilik dengan menamakan bilik tersebut. Salah satunya ialah BICARA PENDETA ZA'BA. 1. Adakah nama tersebut sesuai dari segi maksud dan ejaannya. 2. Adakah perlu diletakkan perkataan BILIK dihadapannya. Mohon respon.Nama BICARA PENDETA ZA'BA yang digunakan ini adalah betul ejaannya dan sesuai sahaja untuk digunakan bagi menamakan sesebuah bilik. Tuan/puan boleh sahaj meletakkan perkataan Bilik bagi menerangkan sesuatu nama bilik tersebut seperti BILIK BICARA PENDETA ZA'BA. Jika dewan boleh juga diletakkan perkataan DEWAN BICARA PENDETA ZA'BA.  Lain-lain18.03.2016
Saya ingin mendapatkan rujukan bagi saya menamakan ruangan/bilik-bilik di Istana yang mencerminkan imej Istana Negara sebagai institusi Diraja.Penamaan bilik atau dewan boleh dibuat berdasarkan nama yang berkaitan dengan diraja seperti nama-nama sultan/Yang Dipertuan Agong, nama klasik di istana zaman dahulu, bunga, tumbuhan, bintang, batu permata dan sebagainya bergantung pada konsep yang hendak ditonjolkan. DBP ada menerbitkan buku Garis Panduan Menamai Syarikat, bangunan, kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan sebagai panduan umum dalam penamaan tempat awam. Walau bagaimanapun jika puan memilih untuk menamakan bilik dengan konsep yang tertentu, silalah rujuk buku yang berkaitan.Lain-lain27.06.2012
Pihak UiTM ingin menamakan satu bangunan dengan nama berikut iaitu: Bangunan Residensi Yayasan LTAT-UiTM Adakah perkataan Residensi tersebut wujud dan boleh digunakan? Sekiranya tidak boleh syorkan perkataan yang sesuai untuk digunakan. Terima kasih.

Untuk makluman, perkataan "Residensi" tidak sesuai digunakan untuk penamaan bangunan yang dimaksudkan.

Kami mencadangkan penggunaan perkataan “Residensi” ditukarkan kepada perkataan lain yang bersesuaian, contohnya “Kediaman” atau nama lain yang lebih lunak, seperti “Puri Kencana”, “Puri Sutera”, “Puri Anggerik”, “Inapan Purnama” dan lain-lain.

Sila buat permohonan penamaan melalui laman web DBP Sah Bahasa www.dbpsahbahasa.my

Lain-lain15.04.2024
12345678

Kembali ke atas