Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.na.mat.kan] | منمتکن

Definisi : 1. membaca (menceritakan, mengisahkan) sampai habis: bagaimana cara­nya yg baik hendak ~ cerita ini? 2. men­jadi­kan tamat, menghabiskan, menye­lesai­kan, menyudahkan: ia ingin melihat saya dapat ~ pelajaran saya sampai dapat sijil; ia mesti ~ khidmatnya setakat ini; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.na.mat.kan] | منمتکن

Definisi : 1 membaca, menceritakan dll hingga ke akhir: Bagaimanakah cara yg baik hendak ~ cerita ini? 2 menjadikan tamat; menghabiskan; menyudahkan: Kerana selalu sakit-sakit, dia terpaksa ~ perkhidmatannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
tamat (kata kerja)
Bersinonim dengan berakhir, selesai, habis, sudah, khatam, berhenti, putus, beres, langsai, kiamat;,
Kata Terbitan : menamatkan, tamatan, penamatan, penamat,


Khidmat Nasihat

SoalanJawapanJenis SoalanTarikh Soalan
Format Surat Menamatkan Perkhidmatan PekerjaUntuk makluman semua surat rasmi sektor awam menggunakan format rasmi yang dikeluarkan oleh kerajaan. Yang berbeza hanyalah kandungan surat berkenaan. Oleh itu sila rujuk format surat rasmi.   Lain-lain24.06.2008
Tuan/Puan, bagaimana menggunakan tanda petikan dengan satu koma ' '? dia menamatkan 'ceramah' itu atau dia menamatkan "ceramah" ituTanda petik tunggal lazimnya digunakan dalam ayat yang sudah diapit tanda petik seperti "Saya sudah mula membuat program hujung minggu 'Motivasi Diri'."Ejaan22.03.2012
saya mohon nasihat penggunaan ayat " mesyuarat senat bertarikh 8 jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian diperingkat sarjana sains (penyelidikan)Salam sejahtera,
 Tuan,

Ayat yang betul:

Mesyuarat Senat bertarikh 8 Jun 2017 mengesahkan penama telah menamatkan pengajian di peringkat Sarjana Sains (Mod Penyelidikan).

Sekian, terima kasih.
Penyemakan dan penterjemahan16.06.2017
Saya sedia maklum bahawa perkataan Graduat dan Graduasi tidak ada dalam Kamus Dewan Edisi Keempat. Namun begitu, saya ingin mengetahui apakah perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa/i yang telah berjaya menamatkan pengajian?Perkataan yang sesuai digunakan untuk majlis meraikan mahasiswa dan mahasiswi yang telah berjaya menamatkan pengajian ialah “Majlis Penyampaian Ijazah” atau “Majlis Penganugerahan Ijazah”.Tatabahasa21.09.2022
tafsiran ayat berikut' 'ditamatkan perkhidmatan atau berhenti bekerja dengan PKNS atau anak syarikat PKNS'. Adakah maksud ditamatkan bermakna individu tersebut dibuang/dihentikan atas sebab-sebab tertentu. Adakah sama perkataan ditamatkan dengan menamatkan perkhidmatan. Mohon penjelasanMaksud ditamatkan jika menurut konteks pekerjaan, bermaksud diberhentikan/dibuang atas sebab- sebab tertentu, ( seperti tamat kontrak dan sebab lain) manakala maksud menamatkan perkhidmatan mengikut konteks pekerjaan ialah berhenti kerja atas sebab pencen dan berhenti atas sebab peletakan jawatan.  Istilah27.09.2018
salam sejahtera, saya ingin mengetahui adakah pihak DBP sudah menamatkan khidmat thesaurus

Untuk menggunakan perkhidmatan carian tesaurus sdr.  boleh menggunakan enjin carian Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM). RPPM merupakan satu cara lain untuk membuat rujukan atau  mendapatkan makna kata, istilah, peribahasa dan sebagainya. Sila layari http://prpm.dbp.gov.my dan memasukkan maklumat yang ingin dicari dalam ruang yang disediakan dan klik "cari".

Lain-lain08.05.2009
An Nas Nazir As Salam admin. sy An Nas dari UNIMAS. baru sahaja menamatkan latihan industri di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur pada bulan September yang lepas. saya ingin bertanya bagaimana jika saya ingin membuat permohonan sebagai pereka grafik luar di DBP? kerana saya berminat untuk berkhidmat di DBP sebagai pereka grafik dalam masa sama sy juga masih membantu staf yang memerlukan khidmat sy walaupun sy telah tamat latihan bagaimana cara untuk memohon jawatan tersebut? maklum balas admin sangat saya harapkan terima kasihWa alaikumussalam. Tuan/Puan boleh menghantar surat permohonan bersama-sama maklumat diri kepada Ketua Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jalan Dewan Bahasa, 50460 Kuala Lumpur.Lain-lain13.10.2016
Pada awal bulan Mac 2021, kesemua negeri dan wilayah persekutuan di dalam negara telah pun menamatkan PKP dan beralih kepada PKPB dan PKPP. BEtulkah ayat itu?Ayat tersebut betul dan tiada kesalahan tatabahasa.Lain-lain30.05.2021
Murid akan dapat: (i) mengenal pasti ungkapan kuadratik. (ii) membentuk ungkapan kuadratik. (iii) menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik. Soalan saya: "Adakah betul saya memulakan setiap pernyataan (i), (ii) dan (iii) dengan huruf kecil dan menamatkan dengan noktah? Bolehkah saya mulakan dengan huruf besar?" Sekian. Terima kasih.

Pengejaan tanda baca yang betul adalah seperti yang berikut:

Murid akan dapat:

(i) Mengenal pasti ungkapan kuadratik.

(ii) Membentuk ungkapan kuadratik.

(iii) Menyelesaikan masalah yang melibatkan ungkapan kuadratik.

- Menggunakan huruf besar pada setiap permulaan ayat dan diakhiri dengan noktah.

Ejaan28.01.2010
adakah ayat-ayat di bawah ini betul?jika salah, tolong betulkan, terima kasih. 1)Para tetamu yang hadir dijemput masuk ke dalam dewan. 2)Sila nyanyikan sebuah lagu irama asli, sudah lama saya tidak mendengarnya. 3)Saya tidak dapat menamatkan semua soalan. 4)Datuk saya melawati adiknya. 5)Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar-segar. 6)Mereka terperangkap di dalam kesesakan jalan raya.1. Ayat (1), (2), (3) dan (4) betul.
2. Ayat (5): Penanda jamak boleh wujud sekali sahaja dalam satu ayat, maka ayat kelima dibetulkan menjadi "Buah-buahan yang baru dipetiknya itu segar belaka".
3. Ayat (6): Mereka terperangkap dalam kesesakan jalan raya.
Tatabahasa15.08.2013
12

Kembali ke atas