Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1. menjadikan lebih banyak (besar, kuat, dll): garamnya sudah cukup, tidak perlu ditambah lagi; menerima ini ber­erti ~ beban; 2. memberi tambah, menokok: memang ada peluang ~ jenis barang yg dike­luar­kan; 3. menjumlahkan dgn, mencampur: gajinya ditambah dgn gaji isterinya men­jadi­­kan gaji mereka berganda; 4. = ~ kata melanjutkan kata: beliau ~, tidak seorang pun kawan saya dlm kabinet yg menunjuk­kan minat dlm lumba kuda; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nam.bah] | منمبه

Definisi : 1 men­jadikan lebih besar, lebih kuat dll: Universiti tsb akan ~ bilangan penuntutnya dr setahun ke setahun. 2 memberi tam­bah; menokok: Wang biasiswanya itu tidak cukup dan bapanya terpaksa ~ RM50/- tiap-tiap bulan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Puisi
 

Dari muara mudik ke hulu,
     Sambil menyanyi mendayung sampan;
Belum bersuara tersenyum dulu,
     Menambah seri wajah rupawan.


Lihat selanjutnya...(2)
Peribahasa

Kurang tambah menambah,
     senteng bilai-membilai.

Bermaksud :

Bertolong-tolongan dalam menyelesaikan sesuatu pekerjaan. senteng = kurang cukup; bilai = sambung.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Kamus Bahasa Inggeris

KataTakrifSumber
increasevt menambah; (price, rate, tax, wage, etc) menaikkan: proper husbandry ~d his flock, pengurusan yg baik menambah bilangan ternakannya; the police will have to ~ their vigilance, pihak polis terpaksa menambah kawalan mereka; to ~ taxes, menaikkan cukai.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
subjoin vt menambah: he ~ed his comments at the bottom of the page, dia menambah komennya di bahagian bawah halaman itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
supplement vt menambah: she coached schoolchildren to ~ the family income, dia melatih budak-budak sekolah utk menambah pendapatan keluarga.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
enhancevt menambah; (status, reputation, position) mempertingkatkan; (appearance) membuat [sso] kelihatan lebih menarik: the new highway will ~ the value of the land, lebuh raya baru itu akan menambah nilai tanah tersebut; a good pass in this exam would ~ his chances of getting the scholarship, kelulusan baik dlm peperiksaan ini akan menambah peluangnya utk mendapat biasiswa itu.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
augmentvt 1. make greater, a. (in amount), (act.) menambah; (pass.) bertambah: he ~ed his income by working overtime, dia menambah pendapatannya dgn bekerja lebih masa; b. (in number, size), (act.) menjadikan bertambah besar; (pass.) menjadi bertambah besar: the army was ~ed by national servicemen, pasukan tentera itu menjadi bertambah besar dgn adanya pasukan setia negara; c. (in degree) /menjadikan, menyebabkan/ [n] bertambah + approp adj; 2. (mus) membesarkan;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
slap ~ st on, a. see vt (sense 2.); b. (colloq) add (an amount, rate) to the price etc of, menambah sst: the Government ~ped a duty on imported rubber goods, kerajaan menambah cukai pd barangan getah yg diimport.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
add5. annex, menambahkan: to ~ a room to the house, menambahkan sebuah bilik lagi kpd rumah itu; 6. state further, menambah, /berkata, mengatakan/ lagi: he ~ed that he was not certain, dia menambah bahawa dia tdk pasti;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
paintdia menambah gambar sebatang pokok di sebelah kanan gambar itu;Kamus Inggeris-Melayu Dewan
replenishmentn menambah lagi.Kamus Inggeris-Melayu Dewan
swell ~ the ranks, menambah bilangan sst, menyebabkan bilangan sst bertambah (besar);Kamus Inggeris-Melayu Dewan
12345

Kembali ke atas